Email Oleh : izdihar baharin
Zaidel B or Sinatra_Z is an electronics engineer and he blogs at Catatan Seekor Lipas.http://www.lipassep i.blogspot. com/
Hang Tuah sebenarnya bukan Melayu; Hang Tuah sebenarnya orang berketurunan dari China mengikut kata sesetengah orang lah (bukan saya OK). Mengapa pula dikatakan begitu? Sebab diambil contoh dari Hang Li Po seorang puteri dari China, namanya bermula dengan Hang, atas dasar itu orang keturunan dari China maka namanya bermula dengan Hang dari perkataan “Han” iaitu nama satu dinasti lama di China.
Hang Li Po bererti Li Po orang Han, itulah ceritanya maka atas sebab samalah Hang Tuah itu bukan Melayu. Kalau nak diikut begitulah Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan juga Hang Kasturi. Malah ada yang lebih jauh mengatakan yang Hang Tuah itu namanya sebenar adalah Han Too Ah, Jebat pula Han Jee Fat (macam watak utama dalam komik Alam Perwira pulak) manakala Hang Lekiu pula adalah Han Lee Kiu.
Ada ada kemungkinan, mungkin betul, bunyinya macam betul, tapi kalau hendak diikutkan kesimpulan begini bolehlah saya mengatakan yang sebenarnya “Tong Sampah” bukanlah perkataan Melayu akan tetapi ianya berasal dari China. Ini adalah kerana Tong Sampah adalah dari Thong Sam Ah seorang ushawan karung guni berbangsa Hakka yang suka mengambil barang-barang lama di sekitar tahun awal 1930an di Taiping. Maka apabila ada barang hendak dibuang orang kampung suka berkata “ahh ko bagi la barang nak dibuang tu ke Thong Sam Ah, dia memang ambil barang hendak dibuang”. Bunyinya memang macam betul tapi itu tidak menyebabkan ianya fakta bukan walau berapa puluh kali saya mengulangi cerita ini sesungguhnya Tong Sampah bukanlah Thong Sam Ah.
Penulis telah beberapa kali juga terserempak dengan sesi perbincangan atau perbualan mengenai bagaimana sebenarnya konsep atau orang “Melayu” itu sendiri tidak wujud. Jangan kata Hang Tuah bukan Melayu, Melayu itu pun bukan Melayu. Dikatakan sebenarnya Melayu itu adalah ciptaan atau rekaan penjajah British yang hendak memudahkan pemerintahan di Malaya (Tanah Melayu tidak wujud ye dalam konsep ini).
Orang Melayu itu adalah rekaan semata-mata, kalau ikutkan “hakikat” yang ada adalah orang Jawa, Bugis, Minang, Siam, Acheh dan sebagainya. Malah orang Melayu (kerana ianya tidak wujud) bukanlah orang asal keturunan di semenanjung Malaya (Semenanjung Tanah Melayu tidak wujud) akan tetapi orang asal adalah Orang Asli dan bukanlah orang Melayu. Merekalah Bumiputera yang sebenarnya dan yang lain adalah rekaan semata-mata. Hujah ini banyak digunakan apabila sesetengah pihak hendak mempertikaikan atau mendebatkan mengenai Dasar Ekonomi baru atau hendak memarahi suatu parti politik tertentu. Penulis tidaklah mengatakan yang hendak memperdebatkan Dasar Ekonomi Baru itu salah, tapi janganlah sampai adat resam dan keturunan terus dipertikaikan dan dipersoalkan atau diperlekehkan. Hanya kerana kegiatan berpolitik berlebihan dan taksub marah terhadap sesuatu tak tentu pasal habis dijahanamkan dan dikorbankan adat resam dan kebudayaan yang umurnya bekurun-kurun lamanya. Maka terpaksalah sejarah ditulis semula yang Hang Tuah pernah mengatakan yang “Takkan Bugis, Jawa, Minang, Acheh, Bali, Baweyan dan sebagainya (bukan Melayu) hilang di dunia.” Penat tu nak sebut.
Itu yang membuatkan penulis rasa terkedu sedikit sejak kebelakangan ini kerana seolah-olah persepsinya bahawa segala yang penulis dibesarkan dengan, diajar dan bahasa ibunda sendiri adalah penipuan semata-mata. Rupa-rupanya segala adat resam seperti pantun, gurindam, Bahasa Melayu, baju Melayu, sepatu, kuih raya dan sajak malah sejarah sendiri adalah rekaan British semata-mata. Malah kalau nak diikutkan terpaksalah kita mengubah Rukun Negara nampak gayanya. Ini adalah kerana orang Melayu itu tidak wujud. Maka atas dasar itu terpaksalah kita mengakui yang Raja-Raja Melayu bukanlah pemerintah yang hak negara ini, masakan ada kesultanan Melayu kalau Melayu itu sendiri tidak wujud. Maka Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara terpaksalah dipinda, maka tak gunalah kita memakai baju kuning berarak ke Istana Negara dan menjerit Daulat Tuanku sambil menyerahkan memorandum.
Pembaca sekelian kalau hendak dikatakan Melayu itu tidak wujud atas sebab-sebab di atas maka bolehlah kita pertikaikan macam-macam. Kita bolehlah mengatakan bahawa orang Cina juga tidak wujud kerana yang ada adalah orang-orang Manchu, Hakka, Canton, Han dan sebagainya. Mandarin adalah ciptaan pemerintah kejam yang memaksa mereka ini berada dibawah pemerintahan Maharaja dan menghapuskan susur galur etnik. Begitu juga dengan tidak wujudnya orang India akan tetapi yang ada adalah Hindi, Tamil, Malayalam, Sinhala dan sebagainya. Bahawa India itu juga adalah ciptaan British. Maka atas dasar itu buat apa diadakan sekolah jenis kebangsaan yang mengajar dalam Bahasa Mandarin kerana Bangsa Cina itu tidak wujud, sepatutnya di Pulau Pinang diajar dalam bahasa Hokkien manakala di Kuala Lumpur diajar dalam bahasa Cantonese. Malah kalau nak diikutkan juga konsep bangsa Malaysia itu juga adalah ciptaan British kerana sebelum ini tidak wujud Malaysia sehinggalah pihak British mencadangkan untuk menggabungkan Semenanjung Tanah… Malaya dengan Sabah dan Sarawak. Oleh sebab kini Melayu sudah tidak wujud maka timbul juga persoalan tentang Brunei nanti, ye lah orang Brunei ini orang apa? Jawa? Bugis? Yahudi?
Seperti biasa pastinya banyak yang akan mengatakan bahawa semua ini adalah salah sebuah parti tertentu yang mempunyai nama Melayu didalamnya. Bahawa segala sejarah yang kita belajar ini adalah rekaan agenda politik tersembunyi dari mereka. Kalau anda berpendapat begitu itu adalah hak anda akan tetapi berfikirlah sebelum berkata-kata. Sesungguhnya kalau nak diikutkan begitu, orang yang paling berdosa adalah ketua pembangkan sekarang kerana suatu ketika dahulu dia adalah Menteri Pelajaran dari tahun 1986–1991 ketika mana banyak dasar-dasar dan buku teks sejarah ditulis ketika itu. Malah jangan lupa ketika itu dialah jaguh ketua pemuda yang hendak mengumpulkan setengah juga umat Melayu di Dataran Merdeka yang mencetuskan Operasi Lalang 1989. Tapi ye lah, itu dulu, masa bersongkok berbaju Melayu menjerit hidup Melayu. Sekarang dunia politik sudah berubah, lain padang lainlah belalang. Tapi betullah kalau hendak dikatakan semua masaalah politik sekarang berpunca dari satu parti, mana taknya kerajaan dan pembangkang sekarang semuanya berasal dari tempat yang sama.
Tidak salah kalau kita hendak mengkritik, berdebat atau kita hendak membincangkan tentang konsep kenegaraan dan hal-hal melibatkan politik. Demokrasi membenarkan ini semua dan ianya adalah suatu aktiviti pembetulan yang menyihatkan. Tapi janganlah sampai dikorbankan, dibunuh dan dipijak adat resam dan keturunan yang telah berlangsung selama beratus-ratus tahun hanya kerana aktiviti politik taksub yang berlebihan. Mungkin ini adalah perasaan penulis semata-mata tapi sejak kebelakangan ini banyak dilihat anak muda Melayu sendiri malu hendak mengaku Melayu.
Saya terus-terang mengatakan bahawa saya bukan anak Bangsa Malaysia, saya rasa saya tidak perlu malu, takut ataupun merasa berdosa mengaku diri saya ini orang Melayu. Saya adalah seorang Melayu yang merupakan warganegara Malaysia. Malah kalau nak diikutkan perlembagaan sesiapa sahaja tidak kira keturunan boleh mengaku dirinya Melayu, pergi baca. Dan kalau anda hendak mengaku diri anda Bangsa Malaysia, Iban, India, Cina, Hakka, Kadazan atau apa sekalipun saya tidak mempunyai masaalah, kita semua rakyat Malaysia. Suka hatilah janji anda bahagia, tapi janganlah hendak memadamkan identiti saya — itu salah dan tidak patut.
Saya hanya mempunyai masaalah dengan orang-orang yang dengan bangga dan lantang mengaku dirinya Bangsa Malaysia tapi sepatah haram Bahasa Malaysia pun tidak tahu. Bahasa Malaysia adalah bahasa yang digunakan hanya ketika hendak memesan nasi lemak dekat gerai makcik depan rumah. Tatabahasa yang ada cumalah nasi lemak, satu, bungkus, rendang daging, sambal kurang dan thank you. Yang kelakar apabila orang-orang ini dilihat lebih “Englishman” dari “Malaysian”. Saya ingat lah kan, tak perlulah kita buang identity Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau apa-apa sekalipun kalau kita hendak bersatu dan mencapai perpaduan. Anggaplah macam kita ni semua rojak, lain rasa lain warna tapi bila campur dalam satu kuah sedap rasanya. Kalau semua sama pun bosan jugak kan. Nak tulis panjang lagi tapi tak pelah saya simpan lain kali.
Jangan terkejutlah kalau artikel ini masuk dalam artikel popular dibaca di dalam The Malaysian Insider, almaklumlah tajuknya sendiri memang dekat di hati pembaca TMI.
http://www.themalay sianinsider. com/index. php/opinion/ zaidel-baharudin /33632-melayu- tak-wujud- sebenarnya

17 ulasan:
semasa di indonesia saya pernah bertemu seorang budayawan tersohor yang menyatakan bahawa erti "melayu' itu kepada indonesia ialah "pelarian" atau orang lari. Beliau juga menjelaskan bahawa bangsa indonesia juga tidak pernah ujud sebaliknya yang ujud ialah bangsa minang, bugis, jawa dsbnya. para sejarawan negara kita elok juga mengadakan forum dan seminar pemikiran bangsa bagi menentukan wajah kita sebenarnya.
Mengata orang Melayu tu tak wujud samalah seperti menyebut bahawa orang jepun tak wujud juga sebab mereka adalah berasal dari tanah besar cina Begitu juga dgn korea ! Golongan Panglima Melayu (Tuah and the gangs) adalah Melayu.
kalau pun hang tuah and the gang adalah melayu, part manakah yang perlu dibangga kan sangat tu.
for all you know, hang tuah adalah cerita karut.
kalau hang tuah tu mencipta mentol ka, talipon ka, lain la...
cina/melayu
adapun zamri belemoih itu juga dikatakan bukanlah melayu..^^
Bangsa Minang, Bugis, Jawa? Atau suku2 dlm bangsa Melayu?
Bila kita mundur, semua tak mengaku kita Melayu. Bila sesuatu bangsa MAJU, semua orang mengaku ada kaitan dengan bangsa itu. Itulah orang yg tiada pendirian dan berjiwa hamba.
Orang bangsa pun ok...asalkan mereka Islam.
Apa punya teori ini? Semua manusia berasal dari keturunan Adam an Hawa'. Semua dijadikan berpuak-puak supaya mengenali satu sama lain. Ada puak besar dan didalamnya ada kelumpuk yang kecil dan menjadi lebih kecil lagi sehinggalah menjadi cuma seorang individu.
Kalau sekelumpuk orang bercakap dan berbudaya yang lazim dipraktis oleh orang Melayu maka jadilah orang itu orang Melayu. Dalam orang Melayu tentu ada Melayu Minang, Melayu Kelantan, Melayu Petani dan sebagainya kerana mereka bertutur Bahasa Melayu mengikut loghat setempat. Dalam Melayu Kelantan pula tentu boleh dikecilkan lagi menjadi Melayu Kelantan Gua Musang yang bercakap mungkin sedikit berbeza dengan orang Melayu Kelantan Kota Bharu. Itulah dikatakan manusia dijadikan berpuak-puak supaya mengenali diantara satu sama lain.
Kebanyakan orang yang hidup dari Selatan Cina hingga kepulauan Pasifik dinamakan Melanesia kerana mereka mempunyai beberapa persamaan samaada dari kepercayaan atau pertuturan kebudayaan Melayu. Jadi macam mana boleh dikatakan Melayu tidak wujud?
Tentang Melayu dikatakan sebagai bangsa pelarian pun tidak betul kerana dalam gelombang perpindahan semua bangsa kecil dan lemah lari dari bangsa besar dan gagah. Kalau kita tidak bersatu kita juga akan jadi pelarian macam orang Palestin, Red Indian, Kosovo dan macam-macam lagi.
Itulah sekarang ini kita perlu bersatu secara lebih besar lagi menjadi orang Malaysia yang cinta dan taat kepada negara ini. Baru kita boleh bertahan daripada dihalau dari negara kita sendiri. Jangan terkejut kerana kita tidak bersatu kita telah dihalau dari tempat kita mencari pendapatan seperti kilang-kilang dan kompleks perniagaan sudah menghalau orang kita Malaysia dari mencari makan dan diambil alih oleh orang Bangla, Nepal, Indon dan sebagainya diperingkat bawahan dan diperingkat atasan pula orang Singapura, Hong Kong dan orang Putih telah menghalau kita dari memiliki hartanah yang berkualiti tinggi ditempat-tempat strategik seperti ditengah bandaraya, tepi pantai indah dan diwilayah pembangunan baru.
Kata MELAYU daripada perkataan MOLOYU yang dikatakan berasal dari daerah Yunan di China.Sebelum prasejarah berlaku proses perpindahan dari bahagian utara tanah besar ke alam Melayu. Sewaktu berlakunya proses perpindahan pelbagai aspek dan kosmologi mereka diasimilasikan dalam budaya tempatan. Justru kita ada Melayu di Afrika, Melayu di Australia,sosio budaya tradisi masih ada kesinambungan namun aspek kebahasaan telah berubah kerana telah diasimilasi dengan budaya tempatan.
Maaf saya sekadar nak bertanya:
Kata Melayu wujud sebelum kepahlawanan Melaka wujud.Kata Melayu bukan hadir sewaktu kegemilangan kerajaan Melayu Melaka mahupun selepas kejatuhannya. Kalau nak dikirakan tahun sekitar abad ke14 atau abad ke15. Melaka kan jatuh ke tangan Portugis pada 1511.
Sebelum wujudnya Melaka, kata Melayu telah lama wujud.Jangan samakan Hang Tuah dan saudaranya dengan orang Melayu.Kita tak pasti betulkah Hang Tuah lima bersaudara itu orang Cina atau bukan.Ada teori katanya dari Cina mungkin boleh diterima.Tapi saya amat tak setuju jika dikatakan tidak wujudnya Melayu.Pembaca jangan tersalah anggap bahawa kata-kata Tak Kan Melayu Hilang Di dunia itu lahirnya daripada mulut Hang Tuah. Mana buktinya? Untuk pengetahuan semua, dalam kajian saya kata-kata semangat tersebut dicatat oleh tokoh penulis A. Samad Ahmad dalam karya biografi ketuanan Melayu.Tidak daripada Hang Tuah.Wujudnya orang Jawa, Minang, Acheh, Brunei dan sebagainya itu disandarkan kepada tempat atau propinsinya.Hakikat sebenarnya mereka semua adalah Melayu, yakni Melayu Brunei, Melayu Jawa, Melayu Patani dan sebagainya.Penulis sendiri sebelah bapa berketurunan Melayu Acheh dan nenek moyang ada yang Melayu Patani.
Betul seperti kata rakan-rakan. Kita tak nak mengaku Melayu kerana kita lemah dalam segala aspek. Tapi saya yakin saya masih MELAYU walaupun miskin,dihina,dikeji...kerana itu semua bukan berpuncakan MELAYU tetapi diri sendiri yang tidak mahu mengubah hidup.Sebab itu amat bertuah ALLAH memberikan Islam pada orang Melayu, tapi malang Melayu tak nak berubah.Betul di sisi ALLAH tidak dinilai kehebatan sesuatu berdasarkan bangsa.Tetapi bangsa itu menjadi medium untuk mengukir kejayaan.
Terima kasih. Salam daripada Pak Teh Ail(Mail)
Jika ikut http://www.abjadmalaysia.blogspot.com/
perkataan MELAYU berasal dari perkataan 'AL-MALA-U' yang dinamakan oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy, yang bermaksud '(berkembang biak) memenuhi ruang' sempena pengIslaman Sultan Muzaffar Syah 1. Melayu bukan dirujuk kepada sesuatu keturunan tetapi lebih kepada warga nusantara pelbagai bangsa yang beragama Islam. Sila baca maklumat lanjut di laman blog tersebut.
Baru2 pernah baca satu ualsan di catat dlm artikal baru pasal "kaki dlm kasut"blog TUN mahathir.
katakan perkataan MELAYU memang tidak bergitu sesuai utk Org2 "melayu" kerana ia bermaksudkan bagai "merayu" golongan yg sentiasa rayu2 saje.juga nama negara "Melaysia" bagai Melayu sia.
Ini bukan maksud saya.Ok! saya cuma ambil dari apa saya lihat dlm comment blog TUN mahathir saje....
Kita mungkin marahkan UMNO, tetapi janganlah sampai melalut ke menghina bangsa. Bangsa wujud di atas faktur kewilayah, tempat, budaya, bahasa dan adat. Itu kena faham. Jika bangsa Melayu tak wujud, tiadalah bangsa Arab, China dan India. Adam a.s berbangsa Sumeria. Jadi adakah kita berbangsa Sumeria? Atau selain dari bangsa Sumeria tidak diiktiraf sebagai bangsa. Sedangkan kita tahu, bangsa Sumeria sekarang sudah tidak wujud lagi.
Kita menolak UMNO kerana ia zalim. Seandainya PAS zalim, kita wajib tolak juga.
Lebih baik artikel yang diambil berdasarkan hujah dan fakta yang lebih baik.Melainkan kita ada agenda disebalik yang tersirat.
seteju- melayu adalah istilah kpada org yang melarikan diri.. merujuk kepada kisah parameswara yang melarikan diri dari palembang ke sini.. bukan bangsa.. ia terus dikekalkan penggunaannya sehingga sekarang kerana kejayaan parameswara membentuk sebuah kerajaan n berkembang serta terkenal seantero dunia..berkat beliau memeluk islam.. sebab itu 'org yg melarikan diri-pelarian' yang menempa nama sehingga sekarang dan bukannya 'org peribumi@arg asli"....sila baca dan ikuti salasilah sejarah awal negara ini.. harus diingatkan kepada setiap generasi..sejarah negara ini bukan bermula selepas 1957...sekurang2nya biarlah pada penghijrahan parameswara ke sini..
AKU ANAK MELAYU...IBU BAPA AKU MELAYU....MOYANG AKU MELAYU.....ISTERI AKU MELAYU.....ANAK AKU MELAYU....AKU HENDAK SEMUA KELUARGA AKU MELAYU....DAN AKU RELA MATI KERANA MENEGAKKAN AGAMA AKU,ISLAM DAN BANGSA AKU,MELAYU....
AKU BANGGA AKU ADALAH M E L A Y U
Sejarah Bangsa Melayu yang sebenarnya kabur kerana sifat bangsa kita yang bercampur baur. Pada pendapat saya perkataan Melayu bukan perkataan asal kalu ikut sanskrit. Bahasa Melayu yg sebenarnya setahu saya tidak ada perkataan atau huruf "u" dibelakang. Bahasa Melayu lamaa pakai huruf pallava dan sanskrit yang ada huruf atau bunyi "a" dibelakang. Melayu sebenarnya ialah "Malaya" sepertimana patung yang di ukir perkataan Malaya yang ada di Sumatera. Pergunungan Himalaya juga adalah menunjukkan bahawa org Melayu atau lebih tepatnya nama "MALAYA" mempunyai nama yang besar, dipercayai nama Himalaya adalah dari 2 perkataan iaitu "Hi" yg bermaksud pergunungan, manakala Malaya iaitu org2 Malaya. Kdg2 sy terfikir, mesti ada sebab kenapa kita org2 Malaya (nama asal) telah ditukarkan nama kepada Melayu.....
Cuba semua pembaca fikir.. nama Kosovo dibandingkan degan perkataan Kosovar.
Org/etnik sama tapi ada 2 gelaran.
Org2 Kosovar tidak mahu di kenali sebagai org2 Kosovo kerana bagi mereka perkataan Kosovo merujuk kepada org2 yang di jajah/hina. Mreka memilih untuk di kenalai dan di gelar Kosovar.. tapi pihak Barat tetap ingin merujuk mereka sebagai org2 Kosovo.... renung2kan bandingkan dengan perkataan Melayu, yg nama sebenarnya ialah Malaya.
Org2 Indonesia memang merujuk Melayu sebagai org2 pelarian/lari/berpindah randah. Perlu di ingat bahawa jika etnik Jawa, Bugis, Banjar dan lain2 jika mereka berpindah ke Tanah Melayu, maka mereka akan juga di gelar Melayu.jadi kesimpulannya, perkataan Melayu itu (atau lebih tepat Malaya) di rujuk kepada org2 yang berada di Tanah Melayu walapun dari suku atau etnik yang bukan Melayu.
Saya merasakan bahawa perkataan Melayu itu sendiri bukanlah nama yang baik... sebab semenjak perkataan itu digunakan untuk merujuk kepada org Malaya, kita mundur dan tidak ada keyakinan diri.. (ada org ckp, ada apa dengan nama!) bagi saya nama sangat penting... Kalu tidak kenapa penjajah bila dia menjajah sesuatu kawasan, dia akan mengubah apa2 saja nama yg merujuk kepada bangsa yang di jajah terutama sekali nama seperti nama tempat, nama bangsa,menulis kembali sejarah bangsa yg di jajah dan termasuklah NAMA BANGSA YANG DI JAJAH dengan di beri nama baru seperti kes etnik Kosovar di atas. Kerja penjajah menjadi sangat MUDAH kerana org2 Melayu tidak suka membantah, dan ikut aje... berbeza dengan bangsa lain yang tidak mengikut membuta tuli..
pd kesimpulannya, org Melayu atau Malaya hanya perlu mengikut ajaaran2 Islam yg sebenarnya... kerana terbukti, Melayu atau Malaya akan tinggi martabat bangsanya dengan Islam dan Islam juga terbukti dapat menyatukan bangsa2 yang berpecah belah menajdi bersatu padu dan maju sebagaimana Nabi Muhammad S.A.W menyatukan bangsa Arab yang berpecah belah itu dengan Islam. PERCAYALAH, HANYA DENGAN MENGIKUT AJARAN2 ISLAM ,KITA AKAN MAJU (NAMA BANGSA JUGA AKAN HARUM)DAN DISEGANI OLEH BANGSA2 LAIN, DAN PADA MASA ITU MAKA TERBUKTILAH BAHAWA PENGENALAN NAMA BANGSA HANYALAH SEBAGAI RUJUKAN TEMPAT ASAL BANGSA SAHAJA BUKANLAH SEBAGAI ALAT UNTUK MENDAPATKAN KUASA ATAU UNTUK BERMEGAH2, KERANA ISLAM TELAH MENYATUKAN SEMUA BANGSA.
"ISLAM ITU TINGGI,TIADA YANG LEBIH TINGGI DARIPADANYA (SAMA ADA BANGSA, IDEOLOGI, ETNIK,DLL)"
mengikut kitab tun sri lanang hang tuah memang tak wujud.
CERITA ASAL TAJUK INI TAK ADA DALAM BUKU SEJARAH.ITU SEMUA CEGHITA BAWAH POKOK KETAPANG.MENGAJI KAT U MANA?
firman ALLAH swt ;mafhumnya:
"Wahai umat manusia!Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku-puak,supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra,berhubung silaturahim antara satu dengan).Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi ALLAH ialah orang yang lebih Taqwanya diantara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)Sesungguhnya ALLAH amat mengetahui,lagi amat mendalam pengetahuannya(akan keadaan dan amalan kamu).Al-Hujarat;13
Bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan campuran pelbagai kelompok manusia seumpama;MONGGOL,ARAB,PARSI,CHINA,INDIA dan lain-lain yang mendiami di Wilayah Atas Angin dan Bawah Angin di Negeri Kedah Tua.Peristiwa ini berlaku pada tahun 531Hijrah(1136Masihi)di Istana Bukit Meriam,Kota Kuala Muda kepada Raja Pertama diAlam Melayu meletakkan kepercayaan dan jaminan asa pendirian ilmu dan amalan hidup dan kehidupan berpegang teguh kepada Agama Islam.
yang ko pergi Tanya pada indon kenapa? lain kali nak tau makna bahasa Melayu sendiri bertanyalah kepada pakar bahasa Melayu.
Cuba ko panggil indon tu indon, mampus mereka tak mengaku indon. Padahal pada kita indon adalah bangsa indon.
Catat Ulasan