Email Oleh : roslan mohd
Posted by admin
Tuesday, 21 July 2009 13:38
(Terjemahan daripada bahasa Inggeris oleh Centre for Policy Initiatives)
Sedikit muak dan patah akal saya tadi tatkala membaca rencana anda berjudul 'Kematian Teoh timbulkan pelbagai spekulasi politik' [yang diterbitkan di suratkhabar Berita Minggu] kemarin.
Penyiaran rencana yang rasis dan membatu api itu adalah ukuran kebobrokan nilai moral kamu (akhbar yang indah khabar dari rupa). Dalam laman sesawangmu, digembar-gemburkan Berita Harian sebagai "akhbar yang dapat merangsang minda dalam mengejar arus maklumat yang mana pengetahuan adalah sumber utama untuk kemakmuran ekonomi". Namun pemerhatian saya ialah: Disiarkan olehmu sepiak lidah pengarang yang terang-terang benyot.
Akan tetapi mengakui yang bahtera Berita Harian seangkatan dengan kapal NST, saya kira kedangkalan pemikiran penulis [iaitu pengarang kumpulan NSTP] tidaklah menghairankan sangat. Sebaliknya, pengutaraan media arus perdana – yang mahu menghasut – sudah memang dijangkakan.
Pertama sekali, para pembaca terhutang budi kerana sekarang ini barulah kami disedarkan bahawa kecelakaan yang menimpa Teoh itu satu "peristiwa malang". Kamu berkata, dan saya petik:
"Apabila mangsa kemalangan pula orang bukan Melayu, yang sebelumnya disiasat orang Melayu, bertambah hebatlah spekulasinya. "
Saya mengucapkan terima kasih atas penjelasan anda sebab sebelum ini, kami diberitahu entah-entah Teoh cuba membunuh diri.
Rasanya kami kurang tahu-menahu babak sebalik tabir manakala kamu lebih arif. Maklumlah, pada lazimnya pembaca mudah diperdaya. Betul, saya bersyukur sampailah ke akhir hayat (minta maaf sekirannya saya sedikit sinis) kerana anda menerangkan dan mencopkan kejadian tersebut sebagai satu 'kemalangan'. Baiklah, saya tunggu penjelasan anda mengenai bagaimana kemalangan itu sebenarnya terjadi, siapa yang terlibat dan mengapa ianya berlaku? Apakah mendiang berjalan dalam tidur ketika ia dikatakan berehat di atas sofa pada jam 6:30 pagi?
Anda tampaknya kurang puas hati bilamana perkembangan semasa ekoran kematian Teoh telah dipolitikkan. Anda juga berpendapat tidak harus orang menggunakan peristiwa tersebut untuk mengaut keuntungan politik. Walaupun saya akur saudara seorang wartawan yang tajam deria penglihatan, namun saya terpaksa nyatakan di sini bahawa huraian kamu kurang teliti.
Izinkan saya membidas hujah anda bahawa perkara ini tidak sepatutnya berbau politik. Dan saya akan menaip huruf besar demi memberi penekanan kepada pesanan saya. INI SEMEMANGNYA PERKARA POLITIK. Mendiang merupakan setiausaha politik kepada seorang wakil DAP. Kalau DAP bukan parti politik, apa agaknya? Lebih-lebih lagi, bos Allahyarham adalah seorang ahli dewan undangan negeri Selangor.
Jadi, pada pucuk pangkalnya, rentetan peristiwa kematian Teoh berciri politik dan pasti ia akan terus berciri persoalan politik sehinggalah ke penghujungnya. Anda tidak bisa lari dari hakikat ini. READ MORE HERE

4 ulasan:
semoga ketua pengarang berita harian.ingat malaysia bukan melayu saje penduduk nya padahal untuk semua kaum..ke memang tak paham 1 malaysia..
hidup bukan untuk mengampu..jangan gadaikan bangsa demi maruah n kepentingan diri.
mesti adil pada tempatnya...
sedikit pembetulan sedara roslan..untuk muslim disebut Allahyarham tp utk non-muslim disebut mendiang... tak gitu pembaca yg lain?
berita hairan,,
Catat Ulasan