23 Julai 2009

Isu lilin : Jawapan kepada Zambry (Kenyataan KPP/2/2009)

Saya rasa terpanggil sejak kelmarin bila melihat kepada kenyataan Dr. Zambry berkaitan dengan Isu lilin yang semuanya sudah maklum hangat diperkatakan kebelakangan ini. Namun hari ini saya sempat untuk mengeluarkan beberapa kenyataan dan pandangan seperti berikut :-

1. Sebenarnya Dr.Zambry jangan terlalu terlajak jauh dengan melihat kepada PAS ada Tok Guru untuk memberi pandangan sedangkan perkara tersebut berlaku di Perak maka sewajarnyanya Mufti Peraklah yang selayaknya menjaga hal ehwal tentang hukum Islam apa lagi sesuatu yang berat dan dikaitkan dengan persoalan akidah umat Islam di negeri ini, kalaulah itu perbuatan itu salah saya kira orang yang paling layak dan seharusnya perlu disegerakan dimohon pandangan dari nya adalah Mufti Perak.

Saya yakin kedudukan Ulama PAS sejak ditubuhkan sangat berperanan untuk menegur semua pihak termasuklah DS. Nizar sendiri sekiranya terdapat sesuatu perbuatan yang jelas bercanggah dengan hukum Islam.

2. Berhubung dengan pandangan dari Mufti Perak, sebetulnya terdapat beberapa perkara yang tertangguh atau sengaja ditangguh oleh pihak berkenaan sehingga banyak pihak tertunggu-tunggu termasuklah dari saya sendiri :-

a. Apakah hukumnya dari sudut hukum Islam mengenai pencabulan demokrasi dengan kudeta dan rampasan kuasa di Perak , serta dikaitkan dengan pembeliaan wakil rakyat Pakatan Rakyat dengan sejumlah wang sebingga mereka berpaling tadah kepada BN. Rentetan dari itu timbul suasana yang tidak tenteram dan desakan yang berterusan supaya hak rakyat dikembalikan dengan dibubarkan DUN Perak. Apa jawabnya ?

b. Pertanya saya kepada Dato Seri Mufti (Sekarang Tan Sri) pada sidang media pada 3 Mac 2009 apakah hukumnya Dewan Negeri yang telah dijampi oleh bomoh dari segi hukum Islam, Jawapan ?

c. Hukum program Jom Heboh yang diadakan di Lumut beberapa ketika setelah kudeta berlaku di Perak adakah sudah jadi halal atau masih kekal haram seperti pandangan Tan Sri Mufti pada suatu masa dulu.

c. Isu terkini hukum DS. Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin dalam sidang media di Wisma DAP pada 17 July lepas, apa hukumnya ?

Semuga selepasnya ini semua rakyat Perak akan menerima penjelasan dari pihak Tan Sri Mufti.

Sekian terima kasih.

Kenyataan Media/22 July 2009

DRS. KHALIL IDHAM LIM,
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak.

8 ulasan:

org memali berkata...

tidak ada rampasan kuasa di Perak .cuma peralihan kuasa dari kumpulan minoriti kepada majoriti . Sekiranya PR mendapat kembali majoriti dgn kemasukan ADUN UMNO kedalam PR saya kira UMNO akan menyerahkan kembali kerajaan Perak kepada PR dan lagi satu soal pembelian ke apa ke tidak timbul krn keadaan ini pasti berlaku sekiranya 916 menjadi kenyataan . Siapa mula dulu ..... .Sekiranya perjuangan kamu ikhlas pasti Allah tolong biarpun seluruh makhluk menentangnya . Kepada sdr Nizar , sdr kan tahu hadis yg bermaksud ' sekiranya kita menyerupai sesuatu kaum maka kita termasuk dalam golongannya .

nmjnh berkata...

Betul ... betul... betul...

Lagi satu soalan, apakah hukum seseorang meletakkan kaumnya lebih tinggi dari agamanya? Tabiat ini adalah bersamaan dengan tabiat orang Yahudi dimana mereka meletakkan bangsanya lebih agung dari bangsa lain. Sedangkan Nabi sendiri tidak pernah mengagungkan bangsa Yahudi kecuali pandangan Syiah sahaja. Apakah hukum dan fatwa bagi kes ini? Semua rakyat Malaysia terutama orang Islam tak sabar dan menunggu jawapan mufti

Tanpa Nama berkata...

Apa hukum banyak orang unno tak solat/berjudi?Apa hukum pergi ke MAKKAH BerTAUBAT balik MAKKAH macam2 buat?

ROSHATIKA berkata...

Adakah ini bermakna "DS Nizar boleh buat dosa sebab orang lain pun buat". Tolong jelaskan.

Teropong Rakyat berkata...

Ada sejenis penyakit yang diriwayatkan dalam hadith nabi, ianya boleh mengghinggapi sesiapa sahaja. Maksud saya tidakterkecualilah jika ianya seorang mufti, apatah lagi bertaraf menteri.

Tan Sri bukan calang pendapatannya. Takkan sanggup kehilangan pendapatan tetap sebulan Rm25,0000.00. Itu belum dikira dengan pelbagai pendapatan yang lain seperti menjadi penasihat syarie kepada sesuatu institusi yang mencecah sebulan pendapatan Tan Sri Mufti RM50,000.00.

Berbalik kepada penyakit akhir zaman yang saya maksudkan di atasadalah 'wahan' iaitu cintakan dunia. Dua buah mercedes jenis kompressor pada sekali pembelian sudahcukup melambangkan penyakit wahan yang hinggap di hati mufti.

Setelah sepuloh tahun hampir rapat dengan Tan Sri ini memang saya dah dapat mengagak bahawa Tan Sri sudah ada bibit penyakit wahan, apa lagi Puan Sri menambahkan satu lagi penyakit kepada Tan Sri iaitulah penyakit TB.

Tan Sri memang di kalangan yang pemurah. Sumbangannya ke tabung wakaf sebulan mencecah angka RM1,500.00 Namun apalah RM1,500.00 sebulan jika masuknya RM50,000.00 sebulan. Beliau mufti paling mewah almaklumlah bertaraf exco.

Saya bukan dengki dengan pendapatan mewah Tan Sri kerana sebagai yang rapat dengan Tan Sri sesekalisaya dapat lelehnya juga, tetapi untuk 'berkeras' dengan pendirian Islam saya sudah tahu itu bukan Tan Sri suka.

Paling tidak suka kepada Tan Sri menegur pemimpin kerana disitulah punca rezeki Tan Sri. Mudah-mudahan Allah beri peluang Tan Sri bermuhasabah diri merenung apayang telah dilakukakannya kepada Islam dan dirinya sendiri.
Jika diberi saya membandingkan dengan TG Nik Aziz, saya kata 1/10 pun Tan Sri tiada markahnya.

Mudah-mudahan ada jalan untuk Tan Sri melafazkan taubat agar menangislah syaitan yang berada disekeliling Tan Sri.

Teropong Rakyat

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana mengemukakan soalan yang boleh beri penjelasan kepada semua golongan masyarakat. Jangan asyik tuduh sahaja selalu. Banyak sangat fikir agama dan politik akibatkan mundurnya negeri Perak? Tak tahu mana satu haram dan mana satu halal! Minda semua diracuni oleh kuasa-kuasa besar!!

blues75 berkata...

Salaaam.

Catatan Teropong Rakyat ada hikamhnya.
Terima kasih.

Pesanan berkata...

Roshatika, YB Idham Lim tidak pun berkata dalam kenyataannya bahawa DS Nizar betul kerana UMNO melakukan dosa. Sebaliknya, YB Lim menyerahkan kepada SS Mufti Perak untuk memfatwakan. Cumanya, sementara itu, bagaimana pula pendapat SS Mufti Perak tentang apa yang dilakukan oleh UMNO dan Zambry? Takkan hendak hukum PAS saja, tapi UMNO dibiar melakukan dosa?