23 Julai 2009
ADUN tinjau Pasar Awam Parit Buntar yang di perbaiki
PARIT BUNTAR : Untuk meninjau keadaan Pasar Awam Parit Buntar yang telah dilakukan pembaikan oleh pihak Majlis Daerah kerian (MDK),ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim mengadakan lawatan kerja untuk meninjau apakah rungutan dari para peniaga dan pengunjung setelah pembaikan itu. Lawatan itu diadakan pada selasa (21/7) lepas dengan ditemani oleh pegawai dari pejabat beliau.
Drs. Khalil berada disana selama hampir satu setengah jam dengan meninjau semua gerai dan mendengar rungutan dari semua pihak yang ditemuinya.
Antara rungutan yang diterimanya ilah :
1. Keadaan palong cucuran air besar disekeliling cucuran atap bangunan utama masih dalam keadaan belum sempurna penukaran yang baru atau pembaikannya.
2. Terdapat bahagian tiang tempat jualan ikan yang mengalami kebocoran akibat pemasangan atap bangunan yang tidak sempurna.
3. Keadaan wayar elektrik yang membahayakan ditinggalkan oleh kontrakter perlu mendapat perhatian sebelum mengancam keselamatan .
4. Keadaan longkang berhampiran pusat pembuangan sampah yang perlu ada pembaikan sama.
Kebanyakan peniaga memohon jasa baik pejabat ADUN berkenaan untuk menyampaikan rungutan tersebut kepada pihak MDK, dan beliau berjanji untuk berusaha dalam bidang tugas yang ada untuk menyampaikan rungutan tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Tahniah YB Idham Lim, Lawatan YB buat sangat berkesan.Elok sangat di panjangkan ke Majlis Daerah Kerian.Buat satu pertemuan dengan Pihak Majlis Daerah dan ambil gambar semasa mesyuarat nanti.Ana pun dulu ahli majlis dan ana dapati ada juga orang majlis daerah yg berikan kerjasama.Hubungi bahagian projek atau kejuruteraan.Jabatan ini yg mengendalikan pembaikan atas kerosakan kemudahan majlis daerah.
Salam YB Lim, tahniah di atas keperihatian kepada penduduk setempat...
salam YB,
Dari: PKR Parit Buntar
Layari Laman Blog Kami di : http://amkreform.blogspot.com
Catat Ulasan