23 Julai 2009

Ciuman terakhir seorang ibu.....

Ciuman terakhir seorang ibu buat puteri kesayangan yang kembali ke Rahmatullah setelah cedera parah melencur seluruh badan dalam satu kebakaran dirumahnya di Kulim Khamis lepas. Setelah anak kesayangan berada dalam rawatan rapi Hospital Alor Setar selama 4 hari. Puteri kesayangan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2.00 petang Isnin lepas.


Jenazahnya sampai di Mesjid Parit Tok Ngah dalam DUN Titi Serong pada jam 12.20 pagi selasa,lalu disembahyangkan . Setelah itu suasana sayu menyelubungi malam yang semakin dingin dengan ciuman terakhir tersebut. Jenazah juga dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran mesjid.

Keluarga seorang pesara itu cuma memiliki dua anak perempuan, yang meninggal berumur 13 tahun dan kakaknya yang setahun lebih dewasa juga cedera parah dan masih di Hospital Alor Setar. Bapa kepada dua puteri itu yang juga cedera dalam kebakaran itu.

Saya yang berada disitu sejak jam 12.00 malam sejak awal melihat betapa raut muka "si Ibu" yang begitu tabah menghadapai musibah tersebut. Seingat saya inilah solat jenazah yang paling larut malam saya ikuti, apapun itulah yang paling "afdal".

Puteri Kesayangan sudah mati syahid, semuga rohnya di rahmati oleh Allah SWT...

Al Fatihah kita sedekahkah kepada almarhummah.



10 ulasan:

Guru berkata...

innalillahi wa inna ilaihi raji'un

Bangsa Cina Malaysia berkata...

MAY ALLAH BLESS HER SOUL..

mat sabung berkata...

al-fatihah..

rahmanw berkata...

salam....

innalillahi wa innailaihirajiun.....
takziah diucapkan....

Ex-Lynxcrew berkata...

darinya kita datang dan kepadanya kita kembali,Al-Fatehah

Ex-Lynxcrew berkata...

darinya kita datang dan kepadanya kita kembali,Al-Fatehah

Awanama berkata...

al-fatihah

Pena Usang berkata...

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama roh-roh orang beriman... Al-fatihah

Pena Usang berkata...

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama roh-roh orang yang beriman... Al-fatihah

anishah berkata...

banyak dugaan hidup yang mesti ditempuhi..semoga ditempatkan dikalangan para syuhada..al-fatihah