23 Julai 2009

MARUAH UMAT ISLAM DI MANA?

Oleh : amri el wahab

Umat Islam hari ini tidak begitu serius dalam membina maruah diri selaku seorang Islam.Pun tidak serius dalam menjaganya.Bahkan lebih dasyat daripada itu ada umat yang rasa malu untuk menonjolkan diri sebagai seorang Islam. Malu untuk menjadi seorang yang benar benar beriman, mengamalkan hukum hukum yang wajib dan sunat, dan malu untuk berakhlak sebagai seorang Islam.Mereka takut untuk dituduh kolot, ketinggalan zaman dan jumud, sekiranya mereka benar benar mengamalkan Islam.

Mereka turut membenarkan fitnah fitnah yang mengatakan, kalau ikut Islam seseorang itu akan jadi jumud dan ketinggalam zaman. Mereka tidak yakin bahawa dengan Islamlah, umat Islam akan benar benar menjadi maju dan berjaya di dunia dan akhirat.Mereka tidak faham bahawa tamadun Islam yang agung yang telah pernah menggemparkan dunia satu masa dulu adalah dibina atas dasar Iman, Islam dan Akhlak. Itulah yang di ajar olih Allah dan Rasul.Dan itulah juga yang di katakan maruah tadi.Mereka tidak sedar bahawa umat Islam pada abad ini sebenarnya merempat dan terhina di bumi sendiri.Hatta makanan yang di suap kemulut pun bukan bikinan sendiri, terpaksa menadah tangan pada hasil buatan orang kafir.Pakaian yang di gayakan sebagai ciri kemodenan itu pun di ambil dari kilang orang kafir.Demikianlah juga halnya dalam apa jua aspek hidup, umat Islam bersandar pada ciptaan dan hasil usaha orang bukan Islam. Umat Islam tidak ada identiti sendiri. Umat Islam tidak ada maruah sendiri.Mana dia kemajuan dan kemodenan yang dibanggakan itu hingga kerana itu tergamak menggadai maruah agama.

Umat Islam hari ini kerana inginkan pujian, pengaruh, pangkat, harta, wang ringgit dan kuasa telah menggadai maruah selaku umat Islam. Mereka kebelakangkan iman dan hukum hukum Allah semata mata kerana memburu apa mereka istilahkan kemajuan tadi.Mereka kira dengan cara itu mereka lebih terhormat, mulia dan terpuji.Mereka menjual sesuatu yang mahal untuk membeli dunia yang tiada nilainya.Mereka lupakan Allah dan Rasul kerana kepentingan nafsu dan syaitan. Alhasil, kemuliaan dan kebahagiaan yang di cari makin hilang. Umat Islam makin tidak dipedulikan oleh dunia, malah tiada harga.Ada macam tidak ada.Yang ada tinggal nama, sedangkan kemuliaan , keagungan, dan kegemilangan Islam dan Umat Islam telah terlucut daripada manusia manusia bernama Islam!

"Kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini bukan sahaja disebabkan karenah musuh tetapi berpunca dari kelalaian diri sendiri. Umat Islam sudah meremeh remehkan persoalan Iman, Syariat dan Akhlak ia itu tunggak maruah dalam Islam.Jika Iman kuat, Syariat kemas dan Akhlak meningkat, nescaya umat Islam menjdai tuan di dunia sebelum menjadi tuan di Akhirat".


Salaam & Regards

Amri el Wahab

Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com/

Tiada ulasan: