23 Julai 2009

Zahid Hamidi mesti disiasat kerana jumpa Ehud Barak

Ustaz Idris Ahmad

PAS mengecam tindakan Menteri Pertahanan Malaysia yang berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas.

Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak adalah satu pertemuan yang mengguris perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat.

Persoalannya, adakah kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan haram ini?

Zahid mesti disiasat kenapa beliau berani berbuat demikian. Paling merbahaya, beliau adalah Menteri Pertahanan yang sanggup berjumpa dengan manusia yang saban hari menyembelih umat Islam di Palestin.

Siapakah Zahid yang hendak berlagak dan tunjuk hero kepada dunia untuk berbincang dengan Israel?

Seperti sedia maklum bahawa pemimpin Israel bukan bangsa yang boleh berbincang.

Israel hanya faham dengan bahasa jihad sahaja. Buktinya, berapa banyak perundingan mengenai masalah Palestin terutamanya, telah gagal kerana dikhianati oleh Israel.

Tentu kita masih ingat, Dr Mahathir Mohamad, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulupun, menafikan pertemuan dengan pemimpin Israel kerana takut umat Islam marah.

Sudah pasti pertemuan Zahid dengan Barak ini mendapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak, ini satu lagi hadiah 1Malaysia pada rakyat.

Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat

3 ulasan:

zackeye berkata...

Dia sangka dia hero kerana berani berjumpa dengan menteri pertahanan yahudi. Polis mesti siasat mereka yang berjumpa dengan musuh negara. Sehingga kini Malaysia adalah salah sebuah negara didunia yang tidak mengiktiraf negara haram Israel. Mengapa pula bila menteri pertahanan kita boleh jumpa dengan menteri pertahanan Israel? Dulu zaman Syed Hamid terserempak dengan menteri Israel diPBB dan telah menjadi isu besar kerana beliau berjabat tangan dengan menteri tersebut. Begitu juga pernah terjadi seorang VIP kita telah tersilap naik kapal terbang yang telah membawanya keTel Aviv. Mahathir setelah pencen nak pergi ketebing barat tetapi dihalang oleh Israel dijambatan menyeberangi sungai Jordan kerana dia orang Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

macam biasala bila pemimpin bn jumpa israel media tak kecoh tp bila anwar jumpa amarika heboh berbulan bulan.aku x paham ngan malaysia ni.kerajaan malaysia terlalu dengki pada pr.ni ke nama demokrasi.hanya untuk bn je ke.harap tolong jelaskan.kalo org bn or menteri bn baca komen ni.

ubatkuat berkata...

kau tak payah tunggu komen diaorang,,,,hampeh dan perosak masyarakat,,