07 Ogos 2009

Empat langkah tambahan bendung penularan H1N1

Oleh : mohd naim mohd zain

PUTRAJAYA 4 Ogos – Kerajaan hari ini memutuskan empat langkah tambahan menangani wabak selesema babi atau influeza A (H1N1) yang sehingga kini telah mengorbankan sembilan nyawa.

Langkah-langkah tersebut adalah:

*Meningkatkan simpanan stok antivirus dari 10 kepada 20 peratus melibatkan kos sebanyak RM20 juta.

*Memberi rawatan antivirus serta merta kepada enam kategori pesakit yang berisiko dan mempunyai simptom selesema babi.

Enam kategori pesakit itu adalah:

*Wanita mengandung

*Obesiti

*Penghidap asma

*Pesakit paru-paru kronik

*Pesakit diabetes

*Pesakit yang mempunyai

imuniti rendah

*Melaksanakan saringan suhu badan ke atas semua pelajar sebelum kelas bermula. Semua guru kelas akan dibekalkan dengan alat penyukat suhu. Pelajar yang didapati kurang sihat akan diasing dan dinasihat berehat di rumah serta mematuhi nasihat kesihatan.

Menambah jumlah katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital-hospital terbabit sekiranya tidak mencukupi.

Langkah tambahan itu diputuskan Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik A (HINI) yang bermesyuarat di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua pesakit yang berisiko dan mempunyai simptom HINI tidak perlu menjalani ujian pengesahan.

Katanya, rawatan antivirus akan diberi untuk kes-kes yang dikesan dalam tempoh 48 jam selepas menunjukkan tanda dijangkiti H1N1.

Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat berikutan jumlah kehadiran orang ramai yang mahu menjalani pemeriksaan H1N1 di hospital agak ramai.

“Semua kes yang mempunyai simptom jangkitan influenza dan mempunyai faktor risiko akan diberi rawatan antivirus serta-merta tanpa perlu membuat ujian pengesahan H1N1,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di sini, hari ini.

Muhyiddin memberitahu, sebanyak 14 kes baru H1N1 melibatkan jangkitan tempatan dan warga Malaysia dilaporkan hari ini di mana 13 daripadanya merupakan kejadian daripada tiga kluster baru serta satu kes terpencil.

Katanya, jumlah terkumpul kes H1N1 di negara ini adalah sebanyak 1,460 kes terdiri daripada 574 kes import dan 886 jangkitan tempatan dengan angka kematian masih lapan orang.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,410 pesakit telah sembuh. Hanya 27 orang sedang menerima rawatan antivirus di hospital dengan 10 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 23 pesakit lain menerima rawatan antivirus di rumah.

“Daripada 10 kes di ICU, tiga orang mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), wanita lepas bersalin (1) dan imuniti rendah (2),” ujarnya.

Timbalan Perdana Menteri menambah, berdasarkan situasi global, sehingga hari ini sebanyak 189,155 kes dengan 1,319 kematian dilaporkan membabitkan 168 negara dengan Pakistan melaporkan kes pertama.

Jelas beliau, statistik tersebut meningkat sebanyak 3,301 kes dengan 12 kematian berbanding hari sebelumnya.

13 ulasan:

PAS-PKR-DAPigs berkata...

Di P Pinang, oleh kerana DAP nya teguh macam piramit di Egypt, maka tiada siapa boleh gugatnya - walaupun PAS ada satu ADUN ianya macam anjing kurap sahaja di pandang oleh DAP.

Paling istimewa bagi PAS ialah di Perak. Oleh kerana undang2 negeri Perak tidak membolehkan kafir jadi MB makan PAS diberi peluang jadi MB walaupun PAS cuma ada 6 ADUN nya. Jika sekiranya ketika itu DAP ada seorang calun nya dari melayu/Islam sudah tentu PAS jadi anjing kurap juga.

Jika diadakan PRU semula di Perak, dah tentu DAP akan letak kan seorang calun nya dari kaum melayu/Islam. Calun melayu/Islam DAP pernah menang di kawasa cina 90% di Pasir Bedamar, Teluk Intan satu masa dulu. Nama calun nya Fazlan Yahya kalau tidak silap.

Sekarang PAS sudah di anjing kurapkan oleh DAP/PKR di Selangor pula.

Edyes berkata...

sepatutnya langkah seperti di atas dilaksanakan lebih awal.

ia pasti dapat mencegah bilangan kematian sedia ada!

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya umno yang telah dianjingkurapkan oleh mca n mic sebab cuba tengok persempadanan semula yang membabitkan kawasan melayu telah disempadankan meliputi kawasan cina n india. so kuasa politik melayu berkurangkan. umnongook telah menggadaikan n mendajalkan org melayu bila pilihanraya yg ke-10, melayu telah berpihak kepada pas dan pkr dan menyebabkan byk kawasan melayu disempadankan semula.akhirnya perancangan kotor umnongook ini memakan diri apb pada pru ke 12, org cina n india tlh berpataharah mengundi pakatan rakyat sehingga jatuhnya byk negeri di semenanjung malaysia.
uMNOngok ini membuat tindakan untuk kepentingan kuasa mereka sahaja tanpa memikirkan kepentingan org melayu. saya percaya jika umnongook ini terus diberi mandat, maka habislah org melayu tergadai ditanah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

kami pulak di NS di anjing kurapkan oleh Puak UMNO sejak berzaman. PRU13 nanti siap ko....

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

Untuk pas-pkr-dapigs..

Nak tanya sikit, sebelum DAP menang besar di Penang, adakah Ketua Menteri Pulau Pinang semasa BN memerintah dulu adalah dari Umno?

Setahu kami pada masa tu kerusi yang dimenangi Umno Pulau Pinang melebih 3 kerusi yang dimenangi Gerakan. Abis tu kenapa bukan Umno yang jadi Ketua Menteri?

Tanpa Nama berkata...

anjing kurap ape ,..mung tu bengong tak faham politik.

Tanpa Nama berkata...

apa mamat ni punya ulasan...orang cerite H1N1..dia punye topik..anjing kurap..ape ke bende ni..

miezanz berkata...

PAS-PKR-DAPigs : Apa kaitan komen anda dengan posting di atas? Memang indah sungguh bahasa anda... inikah ketamadunan yang cuba dibawa oleh UMNO?

Tanpa Nama berkata...

Pasal mamat atas sekali tu sakit kurap la,

Dia ingat semua orang ada kurap macam dia..

Kita tukar nama mamat atas sekali tu jadi KURAP

Tanpa Nama berkata...

Drs,Dr 9 komentar yg terpapar hanya edyes mengulas tentang isu yg dibangkitkan.Dukacita yg lain melatah dgn provokasi PAs-PKR-DAPIGS.Kindly stick to the topic.We got to be serious with this epidemic.Dak gitu YB? Nona ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

untuk memberi komen... gunalah bahasa yg baik2, kata2 yg indah cantik pekertinya,halus tuturnya tinggi imannya,ai melambangkan keperibadian seorg insan

Tanpa Nama berkata...

dah mmg kurap pun..nak suruh org garu ke?kurap sdiri garu la wei..x kn nak suruh org plak..kurap ssguh la mung ni..

Tanpa Nama berkata...

Kita ni dah ada masalah kronik selsema babi yang berjangkit dengan manusia, dia dok kesah dengan anjing kurap yang dia bela di rumah. Macam mana TPM yang ngok tu, sama dengan PM yang ngek, dia ni ngokngek. Gelak kat dia banyak-banyak.. Macam aku bantai gelak bila tengok iklan DIGI yang belasah nombor 1.