07 Ogos 2009

10 pegawai SPRM di pejabat hari Teoh dibunuh

SHAH ALAM, 5 Ogos: Siasatan awam (Inkues) kematian Teoh Beng Hock hari ini dimaklumkan terdapat 10 pegawai SPRM di pejabat pada hari Teoh terbunuh 16 Julai lalu.

Mereka termasuklah seorang pegawai kanan SPRM Selangor.



Bercakap kepada wartawan, Gobind Singh peguam bagi pihak keluarga Teoh pula berkata, sampel DNA yang diambil pada dua aktivis DAP tidak sepadan dengan sampel DNA yang ditemui pada jaket dan talipinggang Teoh.

Kedua-duanya memberikan sampel tersebut kepada polis baru-baru ini.

Sebuah laman web mendakwa kedua-dua mereka disyaki membunuh Teoh dengan cara memegang pada jaket dan tali pinggang Teoh dan mencampakkannya keluar melalui tingkap.

SiasahDaily/-

Tiada ulasan: