07 Ogos 2009

Tiga bot ekspedisi Pelantar Cakerawala selamat pulang

TUMPAT, 5 Ogos: Semua bot yang membawa 60 peserta ekspedisi ke pelantar minyak Cakerawala selamat pulang jam 3.20 petang tadi di perlabuhan Tok Bali dan Pengkalan Kubur.


Ekspedisi ini mengesahkan pelantar itu dalam kawasan perairan Malaysia dan di perairan negeri Kelantan.

Ekspedisi itu bertolak dari perlabuhan Tok Bali dan Pengkalan Kubur jam 10 pagi semalam.
Ia diketuai Datuk Husam Musa dan disertai oleh para Adun, Anggota Parlimen, wartawan dan juga pegawai kerajaan di samping juruukur profesional yang dilantik kerajaan negeri.

Mereka ke sana untuk mengesahkan pelantar minyak di sana adalah dalam kawasan perairan Kelantan dan termasuk dalam syarat-syarat perjanjian antara kerajaan negeri dan Petronas yang ditandatangani pada tahun 1975 lalu.

Kepulangan mereka disambut oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

SiasahDaily/-


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Drs,Semoga pertemuan PM dan Tok Guru baru baru lalu dpt menjernihkan suasana dan melorongkan PM utk menyerahkan royalti minyak kpd yg empunya hak yaani rakyat negeri Kelantan.Semoga PM dijauhkan dr mengulangi kesilapan yg dilakukan Tun Mahathir.Sejahtera tanahair ku. Nona Ratana Chulaborn.