SHAH ALAM, 5 Ogos: Lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memasuki pejabat Exco kerajaan negeri Selangor, Rodziah Ismail mulai jam 3 petang tadi.
(Dua peguam Rodziah bercakap kepada wartawan)
Percubaan mereka untuk memasuki pejabat Rodziah itu dihalang oleh pegawai beliau sehinggalah para peguamnya tiba. Peguam mereka pula tidak membenarkan sebarang dokumen diambil kerana tidak memberikan notis yang cukup.
Wartawan Siasah yang ke pejabat itu mendapati para pegawai SPRM itu meninggalkan pejabat itu jam 3.50 petang.
Dua peguam Rodziah, Saleem Bashir dan Arif Azamy menguruskan para pegawai SPRM itu.
"Ini baru peringkat awal siasatan. Tiada apa-apa caj lagi dikenakan, SPRM hanya mencari dokumen yang mereka mahu dan akan datang lagi," kata salah seorang dari mereka.
Namun kali ini tidak ada sebarang dokumen yang dibenarkan mereka ambil kerana notis yang diberikan terlalu pendek, kata peguam Rodziah itu.
Siasah difahamkan, tindakan SPRM ini ekoran laporan yang dibuat oleh Pengerusi Gerakan Rakyat dan Anti Korupsi Malaysia (Gerak), Nazree Mohd Yunos pada 30 Julai lalu.
Dakwaan itu membabitkan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri di kawasan seorang wakil rakyat, yang tidak dinamakan, berjumlah RM375,000.
Satu dokumen 17 halaman itu diserahkan oleh Mohd Nazree kepada pegawai penyiasat SPRM di pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam.
Sebelum ini, Pejabat MB Selangor diserbu SPRM ekoran laporan yang dibuat oleh Nazree berkaitan dengan lembu korban MB Selangor itu.
SiasahDaily/-

9 ulasan:
Cepat benor serbu pejabat kerajaan pakatan. Kalau Khir Toyo tu, pandang sebelah mata jer... huhuhu.
samseng paling rakus malaysia (sprm)
sapa peduli rakyat merana (sprm)
tak pernah sedar diri salah................
Tu pasal ADUN kat Terengganu kena tangkap....nak tunjuk tangkapan adil...piiirah....UMNO membabikan SPRM.
SPRM SAYAP BARU UMNO/BN SELAIN PEMUDA,WANITA PUTERI, UMNO ADA SPRM...
Ingat lah ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI. Tiada siapa melebehi ALLAH
Jangan lupa PDRM pun dah jadi komponen BN jugee
semua ejensi kerajaan jadi kompenen u/bn. sebut saja jabatan apa...
yang di atas tu taat setianya tak berbelah bagi...
Catat Ulasan