16 Ogos 2009

Perhimpuanan 10,000 Penghianat Bangsa

Julung-julung kalinya Umno Bahagian Batu Pahat bergabung dengan beberapa bahagian mensasarkan 10,000 orang berkumpul untuk melaungkan "Anwar Penghianat Bangsa"di Batu Pahat.

Motif utama perhimpuanan itu bagi menyokong kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas yang berkeras menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah penghianat bangsa melayu. Ianya disempurnakan padi tadi dengan pelbagai sepanduk.

Malangnya tidak sampai 10% yang hadir dari 10,000 orang yang disasarkan. Rakan AMK Johor yang berada dilokasi memberitahu saya yang hadir hanya sekitar 400-500 orang. Mungkin wang habuan tidak berbaloi untuk rakyat 10,000 Batu Pahat bersiaga dihadapan 'Dato'-Dato' Umno'.

Apapun, saya ucapkan tahniah kepada pencacai Umno yang 400 orang yang berada diperhimpunan itu. Tanpa mereka siapa lagi yang sudi menghabiskan duit-duit yang telah disonglap oleh 'Dato'-Dato' Umno' yang menganjurkan perhimpunan tersebut.

Dicatat oleh Zabidie Abas

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gambar takdeke? boleh gak kita 'bangga' dgn org2 pejuang bangsa Melayu ni..

DEOBANDI berkata...

begini la keadaannya kalau nak buat sesuatu kena ongkos sakunya,kalaupulus yang diberi tak mencukupi @ tak diberi maka program yang dianjurkan tak akan berjalan.Kalau ini saja yang hadir untuk memberi sokongan terhadap laungan TPM,petanda nak kalah dalam pilihan raya permatang pasir la tu...

Tanpa Nama berkata...

hidup pencacai umno.. 3x

Tanpa Nama berkata...

berapa trak fru turun???

hafiz berkata...

ada permit ke puak2 ni? fru ada tak?

Abdullah Ngah berkata...

Anwar Ibrahim semasa berada didalam umno memang dia adalah pengkhianat bangsa melayu bersama semua ahli umno, termasuk Tan Sri Mahyiddin sendiri.

Pengkhianat kata pengkhianat, macam pencuri kata pada pencuri. Demikian prihal para pemimpin yang sekarang.

Siapa sebenar pengkhianat, Umno ke Anwar atau Mahyiddin yang sedang mengkhianati Melayu.

ubatkuat berkata...

tak de ke siraman air dan gas pemedih mata dari najib utk demonstrasi ni

Tanpa Nama berkata...

Ramai yang pernah pegang jawatan tinggi dalam UMNO menjadi pengkhianat Melayu. Antaranya Mahatihir dan Hishmuddin. Bagaimana? Melalui pelaksanaan PPSMI. Kesannya: 1. Bahasa Melayu menjadi bahasa pinggiran, tidak lagi dianggap penting dan tidak bernilai. 2. Orang Melayu ramai gagal dalam peperiksaan terutama pelajar di luar bandar. Kini kita mahu hapuskan PPSMI, tetapi masih ada keinginan untuk meneruskannya walaupun sudah disebut berakhir pada 2012.

Korang jangan dibodohkan oleh UMNO.

Hamba allah berkata...

Siapa pengkhianat tulisan jawi,biasiswa jadi PTPTN dan PPSMI????

Tanpa Nama berkata...

Polis N.Johor Tertidur semasa bertugas. he,he,he

david ahmad muniandy berkata...

nak khianatkan bangsa tapi lebih teruk lagi kalau jadi pembelot bangsa dan Islam

Tanpa Nama berkata...

dah tengok gambar. makcik-makcik melaram sakan macam rombongan meminang, budak-budak pulak bersuka ria.

umno batu pahat buat hari keluarga kot.

Tanpa Nama berkata...

Kita pun boleh anjurkan "UMNO pengkianat bangsa melayu" "UMNO perosak melayu Islam"

Tanpa Nama berkata...

Apa yang Umno buat sekarang ni sama macam apa yang dibuat oleh BAWANG MERAH ke atas BAWANG PUTIH dalam filem Indonesia tu, pandai bermuka-muka...Umno Pengkhianat bangsa Melayu semenjak zaman sebelum merdeka lagi.. dasar Umno adalah sama dengan British, memastikan orang Melayu tak maju sangat supaya senang nak 'handle', supaya sentiasa mengharapkan "ikan'...bukan ajar pakai mata kail sepenuhnya.

Fakta kenapa British tak menghalang demonstrasi oleh orang Melayu pada zaman sebelum merdeka iaitu masa Malayan Union, ini adalah strategi British supaya org Melayu berpolitik melalui ruang yang terhad (org Melayu menjadi barisan hadapan menentang komunis)sambil di pantau oleh British dan seterusnya menyerahkan kesedaran kebangsaan ini untuk di teruskan oleh anak emasnya iaitu Umno.. buktinya parti2 lain masa itu di haramkan oleh British terlebih dahulu,untuk memberi laluan mudah kepada Umno, sebab itu ulama dalam Umno tak boleh bernafas dalam Umno kerana Umno selama2nya bukan memperjuangkan Islam...(tapi kekuasaan untuk kebendaan menjadi matlamat utama setiap pemimpin) syukurlah ulama sedar dan keluar menubuhkan PAS.

Benarnya firman Allah tentang jika orang Islam berpaling atau menukar matlamat Islam kepada yang lain(KEBANGSAAN-Umno), maka Allah akan mendatangkan satu golongan yang mereka mencintai Allah dan Allah mencintai mereka (PAS)

budak pencen berkata...

dibatu pahat tiada halangan berdemostrasi.jadi
pimpinan Pakatan bolihlah anjur saratus ribu himpunan dgn tajok, "Umno khianati Melayu"kita tengok macam mana pulak sambutan.pdRM.. jangan
kacau.

Tanpa Nama berkata...

sbgai org johor aq malu sgat dgan org negeri aq

Tanpa Nama berkata...

Bawa mengucaplah semua. Islam apa kalau kita sendiri mencaci. Kalau tidak setuju beristifarlah banyak-banyak, insyallah Allah mendengar. UMNO ke PAS ke siapa pun, kalau dah cakap macam ni,sama je semua!

Tanpa Nama berkata...

pi jahanam dgn umno dn pemimpinnya skali...

hamba penang berkata...

umno adalah melayu,senang dato dato tu aku x kisah,orng melayu gak..pada bangsa lain kaya baik aku tgk bangsa sendiri kaya...yang tak usaha..mcmne nak kaya..nak tgk real...mai hidup kat penang...hampa tau langit tinggi rndah...

Tanpa Nama berkata...

tanpa umno tak berpolitik lah bangsa meleyu jadi lah korang semua pak turut bangsa lain; dgn bangsa lain korang ikut je dgn bangsa sendiri pantang tengok yg senang mula lah nak dengki;korang sebenar pun nak juga setinggi gunung habuan korang pasal tak dilayan mula lah nak menuduh org; sama lah korang

Tanpa Nama berkata...

menang lah korang dgn seronok akhirat nanti kita pakat2 makan daging bangsa sendiri