16 Ogos 2009

Jangan tangguh tunai zakat

Oleh : mohd naim mohd zain

Soalan 1:
SESEORANG yang telah cukup segala syarat wajib zakatnya tetapi dengan sengaja menangguhkannya tanpa sebarang keuzuran sehingga berlaku kebakaran menyebabkan hartanya rosak, apakah dia masih wajib berzakat?

Jawapan:

Seorang muslim yang baik ialah mereka yang bersegera melaksanakan kewajipan apabila telah cukup syaratnya. Jika sudah mempunyai harta melebihi nisab dan menggenapi haul tetapi sengaja menangguhkannya tanpa sebarang alasan, bermakna seseorang itu bersikap acuh tak acuh kepada perintah Allah SWT.

Apabila hartanya rosak kerana sesuatu musibah, maka dia ditakrifkan sebagai muslim yang lalai dalam kewajipannya, kerana bertangguh-tangguh sehingga hartanya rosak baharu teringat untuk berzakat.

Dalam kes ini, dia dianggap berhutang dengan Allah SWT dan wajiblah membayar zakatnya apabila dia sudah memiliki kemampuan dalam hartanya.

Inilah pandangan ulama yang dianggap rajih (kuat), seperti pandangan Ibn Hazm, Imam Ahmad, Abu Hanifah Syafiie, Ibn Qudamah dan ramai lagi.

Ini kerana, ia adalah satu hutang kepada Allah SWT, maka ia wajib dilunasi seperti mana hutang manusia sesama manusia. Wallahua'lam. (Rujuk Sayid Sabiq, Fikih Sunah, Jilid 3, hal. 82)..

Soalan 2:

DI DALAM sebuah buku fikah, saya pernah terjumpa bahawa asas pengiraan nisab zakat bukanlah dinilai kepada 85 gram emas; sebaliknya dinilai kepada berat 94 gram emas. Saya keliru, kenapakah ada perbezaan dan berat emas manakah yang lebih tepat di sini?

Jawapan:

SUKACITA dimaklumkan, nisab emas di Malaysia khususnya di Selangor, disandarkan kepada berat 85 gram emas semasa sebagaimana yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia. Walau bagaimanapun, memang ada beberapa buah negara lain yang menyandarkannya kepada berat yang berbeza, misalnya 94 gram emas.

Hal ini terjadi, disebabkan wujudnya variasi kepada kualiti emas berdasarkan campuran logam lain ke dalamnya.

Misalnya terdapat emas tulen (99.99 peratus emas), emas 24 karat (97 - 98 peratus), emas 23 karat (96.5 peratus), emas 22 karat (91.6 peratus), emas 18 karat (75 peratus) dan emas 14 karat pula 58.5 peratus. Ada juga emas dinamakan emas 999, emas 950 dan emas 916 berdasarkan mutunya.

Perbezaan kualiti emas ini menyebabkan berbeza harga. Maka, harga-harga itulah yang digunapakai oleh pihak berkuasa agama bagi sandaran nisab zakat di tempat mereka.

3 ulasan:

david ahmad muniandy berkata...

setiap tahun demi setiap tahun wang zakat yang orang muslim derma tu mana perginya?

seorang ustaz membawa seorang miskin ke pejabat zakat untuk bantuan, kerani-kerani buat muka bongkak beri borang suruh balik rumah isi, ustaz tu tanya kerani zakat tu adakah bantuan dari segi beg sekolah buku-buku wang dan baju sekolah untuk anak-anak? kerani zakat tu kata balik rumah sahaja dan isi borang lepas tu hantar. Beginikah caranya berkhidmat untuk Allah, hangpa orang2 yang bekerja dalam zakat, peguam shariah atau dan sebagainya bukan berkhidmat untuk kerajaan KENA INGAT HANGPA BERKHIDMAT DENGAN ALLAH. Aku berani kata hangpa ni memang dah lupakan diri, kalau tak tiada lagi orang miskin di malaysia, sebab itu aku beri tajuk tahun demi setiap tahun wang zakat mana p? bukan hanya nak simpan lihatkan graf tahun 2008 keuntungan zakat RM8bil tahun 2009 naik sikit RM9.2bil lepastu masuk papan utama KLSE main saham guna duit Allah.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.. Tuan David Ahmad Muniandy...

Saya amat tersentuh dengan luahan tuan, dan memohon maaf andai kata benar apa yang tuan atau orang lain lalui seperti pengalaman di atas.

Walau bagaimanapun, saya juga merupakan salah seorang petugas di Institusi Zakat di Selangor, amat berbesar hati di atas luahan tuan ini.

Sekali lagi saya memohon maaf.

Mungkin di kala ini, semua kaunter zakat di Selangor Khasnya dan di seluruh Malaysia amnya sedang dikunjungi ramai terutamanya di kalangan mereka 2 yang memerlukan bantuan. (Ramadhan dah dekat...lepas tu raya pulak).

Apa pun, petugas-petugas ini menerima terlalu ramai pelanggan sehingga mereka ini terlupa tatasusila sebagai "PEGAWAI ALLAH SWT". Samada terlupa atau sengaja lupa...WALLAHUA'LAM.

Apa pun, terima kasih di atas terguran serta luahan tuan. InsyaAllah...di pihak kami...akan sendtiasa memperbaiki segala kelemahan.

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri." (Al-Fathir, 35-29-30)


[+] Masih keliru mengira pelbagai jenis zakat? Sila hubungi saya untuk mendapatkan khidmat rundingan. Kini anda boleh mengira sendiri zakat pendapatan anda. Ke Kalkulator

[+] Kemudahan bayaran zakat di 14 buah bank termasuk pos serta ejen lain. Kini secara online menggunakan Internet Banking. Untuk pembayaran Klik Sini

[+] Anda perlukan bantuan Zakat? Atau anda mengetahui ada golongan yang layak menerima bantuan zakat. Sekiranya ada sila berikan maklumat tersebut di sini

[+] Maklumat lanjut, sila layari: http://www.e-zakat.com.my/skimberkat

david ahmad muniandy berkata...

waalaikumussalam choky,

ramai orang yang dapat zakat ini adalah ahli pencarum yang lama sebelum semua negeri bawah pentadbiran umno lg, saya percaya orang-orang yang dapat zakat ini tinggal di negeri ditadbir oleh pihak umno saya percaya negeri ditadbir oleh pakatan rakyat memang susah ataupun tidak dapat langsung zakat, lagi satu yang saya percaya (pusat zakat) dipengang oleh orang umno bukan pakatan rakyat, sebab setiap negeri kalau ada sesiapa memohon zakat mesti melalui pusat zakat.

awak seorang petugas sahaja bukan pegawai tinggi.

Lebih dosa lagi kalau guna ayat suci Al-Quran dan hadis kenakan orang.

bagi saya iblis lebih pandai dalam bab agama termasuk menghafal ayat Al-Quran.