Allah telah mencipta satu contoh bagi orang-orang yang beriman, iaitu perempuan (isteri) Fir'aun ketika dia berdo'a, "Oh Tuhanku, buatkanlah untukku sebuah rumah yang dekat dengan-Mu di syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, serta selamatkanlah aku dari orang-orang yang berbuat kezaliman - at Tahrim:11
Sesungguhnya Allah memberi pujian dan sanjungan kepada wanita-wanita solehah yang beriman menerusi firman-Nya di dalam ayat di atas. Justeru itu, alangkah baiknya jika kita cuba berfikir apa sebab dan hikmahnya Allah menjadikan Asiah sebagai contoh atau ikutan bagi orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan. Kenapa Allah menjadikan beliau sebagai model dan teladan bagi mereka yang ingin mendapat hidayah dan melaksanakan suruhan Allah dan perintah rasul-Nya.
Alangkah bijak dan sucinya perempuan ini, beliau bermohon supaya sentiasa dekat dengan Tuhannya, lebih menyukai dekat dengan Allah berbanding sebuah istana, dan enggan ta'at kepada seorang pendosa dan kafir iaitu Fir'aun serta menolak untuk hidup di istananya dengan segala hamba sahaya dan pelbagai bentuk kemewahan. Asiah bermohon sebuah rumah yang lebih abadi, lebih indah, di samping Tuhan seluruh alam, di syurga dengan sungai-sungainya, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa. Asiah adalah seorang perempuan hebat, yang dengan kemahuan hati dan keyakinannya mampu membuatkan beliau meninggalkan suaminya yang engkar kepada suruhan Tuhan.
Kemudian Asiah pun diseksa kerana keimanannya kepada Allah, dan hidupnya berakhir dengan kepulangannya ke haribaan Allah. Bagaimanapun, Allah menjadikan beliau sebagai contoh dan ikutan dan ikutan bagi setiap mukmin dan mukminah hingga ke hari kiamat. Allah memuji beliau di dalam kitab suci , melakarkan namanya serta menyanjung amal perbuatannya, sedangkan suaminya, Allah mencela perbuatannya yang menyimpang dari jalan Allah semasa di dunia.
Optimislah, meskipun kita berada di tengah-tengah badai dan angin taufan. Sesungguhnya selepas kesusahan itu akan ada kemudahan.
***Excerpt from the book "BE A HAPPIEST WOMAN" by 'Aidh al-Qarni
2 ulasan:
Wahai kaum Adam, lindungilah kaum Hawa... hormati mereka kerana mereka adalah Wanita, Ibu, Isteri dan teman yang setia.
fuhh semangatnya sy YB tg gmbr org ISLAM "wanita" begini...
ISLAM ini INDAHnya...
...ni yg US ARMY(tentera syaitan) risau nie...
Catat Ulasan