Oleh MOHD. SHAUKI ABD. MAJID
DALAM hidup, suka atau tidak, kita akan berdepan dengan kesedihan, kegagalan, kegembiraan dan kejayaan. Memang banyak kesedihan atau kesakitan yang dapat dicegah. Tetapi banyak juga yang tidak dapat dicegah sehingga membawa kepada kematian walau segala usaha dan ikhtiar telah dilakukan.
Pelbagai peristiwa suka duka itu juga menyaksikan kepentingan manfaat doa atau berdoa. Walaupun bukan semua yang kita pohon akan tercapai tetapi kita tidak boleh meninggalkan doa. Yang penting kita perlu optimis.
Sesungguhnya kita tidak boleh berputus asa daripada menanti rahmat-Nya. Rasulullah SAW bersabda: Berdoalah kepada Allah disertai dengan keyakinan penuh bahawa Dia akan memperkenankannya.
Untuk mencapai sesuatu hajat dan hasrat, tumpuan utama ialah pergantungan kepada Allah.
Oleh itu dalam menghadapi musibah atau bala bencana, tidak ada yang lain melainkan kita perlu mengunakan senjata-senjata orang mukmin yang ada iaitu doa, senjata fakir (contohnya sembahyang hajat) selain melakukan pelbagai ikhtiar dan usaha lain.
Justeru mari kita sama-sama menyempurnakan solat hajat dan berdoa kepada-Nya daripada kemudaratan musibah penyakit selesema babi yang sedang melanda negara ini. Selain itu kita juga tidak seharusnya mengetepikan ikhtiar secara perubatan moden.
Kita manusia tidak memiliki daya dan upaya selain mengharap pertolongan- Nya. Begitu juga ketidakupayaan kita untuk menolak sesuatu musibah.
Jadi, langkah terbaik adalah apa yang dianjurkan oleh agama iaitu berusaha, berdoa dan bertawakal. Agama menjadikan doa sebagai salah satu bentuk yang sangat jelas dari penghambaan diri kepada Allah. Justeru, Allah murka apabila hamba-Nya tidak memohon kepada-Nya.
Allah berfirman: Dan demi sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakan mereka) maka kami seksa mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat).
Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka apa yang mereka telah lakukan. (Surah Al-An'aam ayat 42-43).
Kita digalakkan sentiasa berdoa memohon kepada-Nya setiap ketika. Jangan menjadi seperti kaum musyrik yang hanya berdoa ketika dalam kesusahan. Sikap buruk mereka ini diceritakan dalam Surah Yunus ayat 12.
Antara lain firmannya yang bermaksud: Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya.
Sifat Allah sebagai Al-Mujib (Yang Maha Mengabulkan Doa) berfungsi saat permohonan diajukan kepada Allah atau ketika kita berkehendak kepada pertolongan- Nya. Dia mengabul atau memperkenankan semua permintaan atau permohonan hamba-Nya.
Jangan kata seorang mukmin yang ikhlas berdoa, syaitan pun dimakbulkan Allah SWT doanya ketika ia bermohon untuk dipanjangkan usianya hingga Hari Kebangkitan (al-Quran Surah Al-Araf ayat 14-15).
Dalam berdoa, kita wajib meyakini bahawa Allah akan memperkenankan- Nya. Kita ucapkan kalimah istighfar (mohon keampunan) yang bukan sahaja dapat menghindari musibah daripada diri sendiri tetapi juga pada orang-orang yang berada di sekitarnya.
Ketika dilanda musibah ini kita juga digalakkan agar banyak bersedekah.
Nabi Muhammad bersabda: Bersegeralah untuk bersedekah kerana sesungguhnya bencana tidak akan melangkahinya (Riwayat Baihaki). Demikian juga kita digalakkan banyak membaca zikir baik berupa tasbih, tahmid, takbir atau tahlil juga merupakan jalan untuk menolak datangnya sesuatu bencana.
Banyak manfaat yang kita perolehi melalui zikir atau doa dan tidak sedikit mudarat yang menimpa jika manusia mengabaikannya. Kerana keengganan melakukan doa maka ia boleh diertikan sebagai satu bentuk penolakan manusia akan hakikat kebergantungan kepada Allah SWT.
Dari hakikat ini sebenarnya tidak ada tempat bagi seseorang atau masyarakat untuk berputus asa atau hidup dalam pesimis.
Allah berfirman: Tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat." (Surah Al-Hijr ayat 56).
Mari kita hadapi kesulitan ini dengan penuh optimis dan melakukan pelbagai ikhtiar secara fizikal dan kerohanian. Sandarkan sepenuh harapan kepada bantuan Allah SWT.
PENULIS ialah Pengurus Penyelidikan,
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan