16 Ogos 2009

Bukan Islam guna lambang PAS PRU akan datang

BUTTERWORTH, 15 Ogos: Orang bukan Islam yang menyertai Kelab Penyokong PAS akan berpeluang bertanding atas tiket PAS dan menggunakan lambang parti itu, bulan purnama, dalam pilihan raya ke 13 nanti.

Demikian beritahu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali ketika membentangkan kertasnya dalam munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS peringkat negeri Pulau Pinang hari ini.

Dengan pendekatan ini, dipercayai ramai orang bukan Islam akan bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya umum akan datang, sesuatu yang sangat baru kepada parti Islam itu.

Sebelum ini, PAS juga membuat keputusan mencalonkan wanita sebagai calonnya dalam pilihan raya. Ekoran itu, ramai wanita dicalonkan PAS dalam pilihan raya umum. Ia hanya berlaku di awal penubuhan PAS namun sudah lama tidak belaku.

Kini, orang bukan Islam pula bakal menjadi calon PAS. Buat masa ini, kira-kira 20,000 orang Cina dan India yang bukan Islam menjadi ahli KPP di seluruh negara. PAS juga sedang mengkaji semula perlembagaannya untuk membolehkan mereka menjadi ahli PAS.

Menurut Mustafa, pada pilihan raya umum lalu perkara ini tidak diputuskan lagi walaupun ada permintaan yang bertubi-tubi dari orang bukan Islam.

"Pada pilihan raya umum akan datang PAS bercadang membenarkan ahli Kelab Penyokong PAS yang diamanahkan bertanding menggunakan lambang bulan purnama. Walaupun ianya masih dalam perancangan namun saya yakin ia akan menjadi kenyataan, " jelasnya ketika membentangkan ulasan kepada Ucapan Dasar Presiden bertajuk 'Islam Pemimpin Perubahan' di Dewan Datuk Ahmad Badawi, Butterworth.

Ujar beliau lagi, peristiwa sebegitu pernah terjadi di Johor di mana salah seorang ahli KPP meminta menggunakan lambang bulan pada pilihan raya umum lalu tetapi setelah dipersetujui bersama akhirnya beliau diberikan kebenaran menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Atas permintaan ramai itu sambungnya, menunjukan sokongan mereka terhadap PAS terus menjadi agenda utama ekoran ketidak percayaan mereka terhadap Umno yang menjadi teras Barisan Nasional (BN).

Menyentuh mengenai perancangan aktiviti beliau yang juga bekas Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat menambah, melihatkan senario sedemkian maka PAS amat memerlukan ahli yang kreatif bagi menjulang imej PAS menjelang pilihan raya umum kelak.

Tanpa percaturan politik yang tersusun PAS tidak boleh meningkat naik sebaliknya berada di tahap lama dan sukar untuk dibaik pulih.

"PAS amat memerlukan ahli yang kreatif kerana sikap itu dapat menjulang nama PAS pada masa depan, " tegasnya di hadapan kira-kira 100 orang peserta.

Majlis yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man itu turut dihadiri Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Rosidi Husin, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Shuib Mohd Amin, Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Ustazah Rahmah Mat Isa. _

5 ulasan:

Duit Raya berkata...

Semoga non muslim akan tertarik dan lebih mendekati Islam selepas ini. Ya Allah..beri lah hidayah kepada mereka.

david ahmad muniandy berkata...

Kini, orang bukan Islam pula bakal menjadi calon PAS. Buat masa ini, kira-kira 20,000 orang Cina dan India yang bukan Islam menjadi ahli KPP di seluruh negara. PAS juga sedang mengkaji semula perlembagaannya untuk membolehkan mereka menjadi ahli PAS.

ayat diatas tu aku memang tak setujulah tak lama lagi ramai cina india ramai dari ahli PAS maka orang yg bukan islam akan memijak kepala Islam lepas tu buka isu babi pula dan berleluasa dan bermaharajarela.

Tanpa Nama berkata...

cubala jadi cerdik skit.islam bukan hanya untuk melayu sehaja.islam untuk semua.Tuhan turunkan Al quran untuk semua.jangan kita kolot sangat.Begitula pendekatan dakwah.InsyaAllah,mudah-mudahan lebih ramai non Muslim tertarik dengan Islam

ZAMRI kecik's berkata...

Secara kasarnya,aku pun tak berapa setuju bukan islam jadi calon.aku amat bersetuju bukan islam jadi ahli/penyokong.
Tapi, dalam politik kena ada strategi.mungkin ini adalah strategi yang terbaik dalam keadaan sekarang.

mael library berkata...

Pada aku biar calon tu ISLAM tapi dari bangsa Cina, India atau lain2... itu lagi molek... sebelum semua ini tercapai usaha hendaklah dimulai dari sekarang... jgn buat kerja last2 minit pulak... dan jalinkan kerjasama yang kukuh dalam Pakatan Rakyat terlebih dahulu....