TITI SERONG, 14 Sept :- Kehidupan seorang muslimah warga telantar, Aisyah binti Bakri yang hidup sebatang kara di Kampung Parit Tok Ngah Atas dalam DUN Titi Serong mendapat perhatian oleh ADUN setempat, Drs. Khalil Idham Lim bersama dengan isterinya dan diiringi oleh AJK PAS Cawangan serta sekitar 15 orang warga muslimat setempat menyampaikan sumbangan kerusi roda yang diusahakan oleh Ust. Mokhtar bin Masdar dari Taiping.
Pada kesempatan itu beliau juga meninjau pembinaan tempat tinggal yang lebih selesa kepada Aisyah yang diusahakan oleh PAS Cawangan dengan kerjasama Pejabat ADUN Titi Serong. Pembinaan yang menelan kos sebanyak RM 5500 itu setakat ini hampir siap sepenuhnya dan Aisyah akan dipindahkan dari tingkat atas rumah ke bahagian bawah yang dibina tersebut.
Sumbang pembinaan tersebut termasuklah sumbangan dari Tabung Amal DUN Titi Serong dan Tabung Kemiskinan Harakah yang masing masing menyumbangkan sebanyak RM 1000. Selain itu adalah sumbangan dari kutipan yang dilakukan oleh PAS Cawangan.
"Namun begitu masih terdapat kekurangan sebanyak RM 2000 ringgit yang memerlukan sumbangan pelbagai pihak yang perihatin" Jelas Bendahari Cawangan kepada pihak kami.
Kepada para penderma yang budiman bolehlah menyalurkan sumbangan tersebut ke Tabung Amal DUN Titi Serong bagi menampung kekurangan yang masih ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan