17 September 2009

Drs. Khalil sampaikan sumbangan kepada 50 fakir miskin.

Drs. Khalil sedang menyampaikan sumbangan kepada penerima yang terpilih.

TITI SERONG, 15 Sept :- Kegiatan tahunan iaitu penyampaikan sumbangan kepada fakir miskin Cawangan PAS Pekan Sungai Kota dalam DUN Titi Serong mendapat pujian dari ADUN kawasan tersebut, Drs. Khalil Idham Lim. Pujian tersebut disampaikan oleh beliau semasa memberikan ucapan sempena penyampai kepada 50 orang yang terlibat yang diadakan di Markaz Pas Cawangan Pekan Sungai Kota di sini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj. Harun Hashim bersama pimpinan PAS cawangan yang lain.

"Saya menyeru supaya semua yang hadir pagi ini untuk menghayati satu sifat mahmudah yang dianjurkan oleh Islam iaitu qanaah dengan maksud rasa cukup dengan apa yang ada" Jelas Drs. Khalil dalam ucapannya.

"Kalau kita merasakan kita orang yang paling kaya, ingatlah ada orang yang lebih miskin dari kita, begitu juga sebaliknya jika kita rasakan kitalah yang paling susah dan miskin, ingatlah ada orang lain yang lebih miskin dan susah dari kita, demikianlah pelbagai nikmat dari Allah SWT yang perlu dihiasi dengan sifat qanaah kerana dengan itu kita akan sentiasa bersyukur dengan segala anugerah dari Allah" Katanya.

Beliau juga menyatakan betapa penting sifat syukur kerana akan diberikan dua kelebihan iaitu nikmat kita akan di kekalkan dan keduanya akan ditambah oleh Allah.

Sumbangan tahunan cawangan Pekan Sungai Kota untuk kali ini kebanyakannya diterima oleh golongan ibu tunggal (armalah) yang dipilih tidak mengira dari kelo9mpok manpun. Setiap penerima diberikan sumbangan dalam bentuk wang dan makan keperluan asas.

Drs. Khalil bersama YDP PAS Kawasan, Hj. Harun Hashim bergambar bersama dalam majlis tersaebut.


"Saya berharap semuayang menerima sumbangan pada pagi ini untuk meningkatkan ibadah kepada Allah diakhir Raqmadhan ini, dan mendoakan semuga dimurahkan rezeki dimasa akan datang" ucap Drs. Khalil mengakhiri tazkirah ringkasnya.

Tiada ulasan: