12 September 2009

HAKIM SAHKAN ARTIKEL 72: ZAMBRY KENA GANTUNG, NIZAR MENTERI BESAR SAH

Oleh : Nik Noor Azman Ghazali

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apakah yang berlaku di dalam DUN.

Malah DPPN Pk amat bersetuju bahawa Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak telah mengikuti semua paraturan di dalam membuat keputusannya terhadap penggantungan dan denda terhadap Zambry dan 6 ‘Exco’nya adalah sah mengikut Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan tersebut. Perkara ini jelas bertentangan apabila Zambry dan 6 ‘Exco’nya melanggari keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.

DPPN Pk juga amat berkeyakinan bahawa Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan itu juga mengesahkan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah di buat di luar DUN Perak. DPPN Pk meragui keputusan 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan semasa menolak pengesahan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah tanpa dokumen bertulis amat tidak mempertegaskan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan ini.

Oleh yang demikian, DPPN Pk amat berkeyakinan dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut bahawa keputusan kelak akan bersama dengan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.


MOHD NUR AMIN
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


6 ulasan:

Hj Mat berkata...

Berusaha apa2 yang patut disamping kita berdoa agar dibuka pintu hati DDMM Sultan Perak agar dibubarkan DUN Perak bila2 masa.

Tanpa Nama berkata...

sememangnya Nizar masih MB Perak yang sah...
cume rampasan kuasa yang dihalalkan UMNO telah membelakangkan undang2 demi kepentingan politik..

Tanpa Nama berkata...

kalau umno tak rampas umno lagi cepat mampus,sebab umno tak ada cara lagi nak cari duit.umno hidup dengan duit,kalau tak ada duit macam nak rasuah rakyat.tapi aku pasti umno akan dapat pembalasan yg paling dahsyat, sama2lah kita tenguk nanti

Tanpa Nama berkata...

itulah..nak main bola... mana tahu... team zamry score own goal....sekarang undang undang itu makan balik diri sendiri..... memang bodoh la.... hahhahha

Tanpa Nama berkata...

orng tak penah tewas dlm perjuangan..tetiba tumpo plak..tunggang langgang la depa..terpaksa la cari pengadil yg memihak kat depa..pengadilnya plak depa yg lantik...ni barulah pemain bersama pengadilnya..tp tak semua pengadil yg ikut arahan depa..insyaallah

Tanpa Nama berkata...

janganlah ingat ramai sangat orang perak tu yang sokong mb nizar belaci cina wangkang. nanti cina wangkang tu habis kami timpas.