KUALA LUMPUR, 11 Sept: Dakwaan bahawa undi pos dimanipulasikan menyebabkan ramai pihak mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan ketelusannya sebagai pengendali pilihan raya, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Beliau membangkitkan aduan-aduan yang diterima PAS sebelum ini yang mendakwa bahawa setiap pengundi pos akan disemak kertas undinya dengan merujuk nombor siri kertas undi dan Borang Lampiran 2.
Borang Lampiran 2 diberikan kepada pengundi-pengundi pos untuk mencatatkan butiran nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi yang yang diberikan kepada mereka.
Berdasarkan aduan-aduan tersebut, PAS tetap yakin bahawa kewujudan borang tersebut bertujuan membuat semakan terhadap pengundi-pengundi pos.
"Kewujudan Borang Lampiran 2 diyakini atas tujuan membuat semakan terhadap pengundi-pengundi pos yang pro-Pakatan Rakyat (PR).
"Ketidaktelusan dalam menjaga kerahsiaan pengundi ini menjadi senjata ampuh dalam membantu kemenangan calon-calon Barisan Nasional (BN) kerana calon-calon PR bergantung penuh dengan pengundi biasa, sedangkan BN menguasai pengundi pos secara paksa rela," katanya.
PAS, kata Idris, kesal dengan sikap Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang enggan memansuhkan penggunaan borang tersebut.
"PAS kesal dengan sikap tidak progresif dan kurang profesional Pengerusi SPR kerana masih lagi mengamalkan budaya 'double standard' dalam melayani pengundi-pengundi pos di seluruh negara berbanding pengundi biasa.
"Jika pengundi biasa, tiada Borang Lampiran 2 diberikan. Malah tiada dalam peraturan sekalipun.
"Tetapi pelik kenapa Borang Lampiran 2 itu diwajibkan kepada semua pengundi Pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi. Malah kad identiti mereka juga menjadi saksi kehadiran mereka sebagai pengundi yang sah," katanya.
Walau bagaimanapun, katanya lagi, PAS yakin dengan keadaan sekarang pengundi-pengundi biasa mampu membuat kejutan dan keluar beramai-ramai untuk mengundi calon PR.
PAS juga, katanya, menggesa SPR agar tidak menetapkan hari pengundian pada hari bekerja kerana rekod pengundian dalam kebanyakkan pilihan raya kecil sebelum ini menunjukkan penurunan yang ketara berbanding rekod pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu.
"Sewajarnya SPR mengambil statistik penurunan itu sebagai satu peringatan dan tidak menghalang rakyat bagi menunaikan hak mereka dengan mengadakan pilihan raya pada hari bekerja," kata beliau.
PAS mahu Pilihanraya kali ini diadakan pada hari Sabtu atau pun Ahad sebagai meraikan hak pengundi, katanya.
"PAS juga mendesak agar SPR membaca semula empat tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang hingga ke hari ini masih gagal dilaksanakan mereka", kata Idris lagi.
Empat tuntutan Bersih ialah penggunaan dakwat kekal dilaksanakan, membersihkan senarai daftar pemilih, mansuhkan undi pos dan membuka ruang yang luas kepada semua parti dan rakyat dalam mengakses media
Mengenai pilihan raya kecil di Bagan Pinang, Idris mengulangi keyakinan PAS untuk meraih kemenangan walaupun dengan kelebihan satu undi sekalipun.
"Pastinya Umno-BN kini sedang tertekan untuk mempertahankan kerusi berkenaan," kata beliau.
Pilihan raya akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri itu berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di situ, Allahyarham Azman Mohd Nor.
Dari 14,192 pengundi pengundi di Bagan Pinang, 4,925 darinya adalah pengundi pos.
HarakahDaily.Net/-

4 ulasan:
Jawatan akhir saya di dalam tentera ia lah berpangkat brigadier general. Segala dakwaan dan kelohan tentera tersebut ada lah benar terutama mereka di peringkat bawahan yang terasa amat tertekan dengan cara pengundian malahan ada yang tak pernah lihat kertas undi tetapi tetap memangkah. Camno YB.
Asyik kono tipu dengan SPR kudo PM je kito ni. Taapi Lawan totap Lawan jang oooooiiiii!!!!
btoi tu.. walaupon dah bersara, dah x dpt naik pngkat, dah kena pecat, dah kena tekan... lawan tetap lawan.. jangn biar kezaliman bermaharajalela selama-lamanya..
Sewaktu saya didalam ATM pada tahun awal 70 an kami dibahagian perkeranian diminta pangkah dacing dan hantar kepada distinasi kertas undi itu inilah cerita benar dari saya saya menyokong penuh diatas catitan bekas pegewai ATM diatas.
rakyat bersatu bersama pakatan rakyat menolak SPR dan UBN....
Catat Ulasan