Oleh : mohd hafez sabri
8/9/09 Ipoh, Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menegaskan bagaimana pimpinan umno nak bercakap berkenaan kebenaran Islam, apabila dasar Umno dari awal-awal lagi tidak berpaksikan Al-Quran dan Hadis. Umno parti kebangsaan dan dia sepenuhnya berteraskan kebangsaan. Jika ada pun Islam di sana sini, ia cuma bersifat ritual dan kosmetik yang direka-reka pemimpin umno untuk mengaburi mata rakyat, jelas beliauIslam ini bukan jenis falsafah, atau jalan pemikiran semata-mata. Ia adalah himpunan wahyu yang terkumpul dalam sebuah Al-Quran Karim. Penterjemah atau Attorney General ialah seorang Nabi maksum terakhir bernama Nabi Muhammad S.A.W. Jika Umno sudah awal-awal lagi menolak Al-Quran dan mengambil kebangsaan, maka bagaimana Umno mahu mendakwa bahawa mereka pejuang Islam?
Pesuruhjaya PAS Perak itu menyeru seluruh rakyat Malaysia memikirkan mampukah parti umno yang dasarnya jelas-jelas menolak Islam menjadi golongan yang kononnya mahu mewakili suara majoriti umat Islam? Beliau mengeluarkan beberapa bukti untuk dilihat rakyat, pertama Umno menolak Islam boleh dilihat seawal-awal melalui sikap mereka semasa menggubal Perlembagaan. Bukti kedua ialah semua orang tahu yang Perkara 4(1) membelakangi Islam, bukankah ini bukti yang jelas bahawa selama ini umno hanya mempermainkan ajaran Islam. Sudah 52 tahun begitu dan Umno tidak nampak apa-apa tanda pun untuk memindanya. Bukti ketiga ialah di tahun 60-an, Umno pernah menanhjap ulama’ dan Tuan-tuan guru pondok dengan terus menggunakan ISA untuk menutup proses pengadilan melalui mahkamah. Keempat, tiap-tiap kali pilihan raya, Umno lawan sebuah parti yang dasarnya Islam. Kelima, Umno tolak Hudud.
Ustaz Abu Bakar Hussain juga menempelak ucapan yang dikeluarkan oleh Najib Tun Razak ketika pelancaran e-Qalam, pen digital Al-Quran dan portal pemasarannya melalui laman web yang dilancarkan semalam Najib Tun Razak, dalam ucapannya menyatakan "Al-Quran diturunkan di antaranya bertujuan memperbaiki keadaan manusia dan juga sebagai petunjuk ke jalan lurus yang diredainya. Melalui pemahaman yang betul, Al-Quran mampu memperkasa sesebuah bangsa dan negara,", ini jelas sekali bertentangan dengan sifat yang ada pada dirinya dengan dipalitkan dengan belbagai skandal-skandal, rasuah, pecah amanah, menzalimi rakyat dengan akta-akta zalim dan juga dikaitkan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia yang tersebar luas kesluruh pelusuk dunia berkenaan imej buruk yan dipalitkan pada beliau.
Pesuruhjaya PAS Perak itu menasihatkan najib agar segera melihat dan memahami amaran Allah SWT dalam Al Quran Karim, berkenaan dengan orang yang hanya bijak bertopeng dengan mengatakan berkenaan kebaikan tetapi dalam masa yang sama ia tidak lakukan apa yang dikatakan, dalilnya boleh dilihat dalam Surah As Saff ayat ketiga “amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya”.
Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyatakan, di bawah kepimpinan Umno, Islam semakin sehari semakin tidak bermaya. Rakyat telah disempitkan minda melalui proses “brain washing” yang panjang untuk melihat Umno dari perspektif Islam sederhana. Islam dalam bentuk yang lain di luar dari kerangka yang dijerat oleh Umno semua dikira melampau.
Dari tadika lagi minda rakyat diumpan dengan sekularisme hinggalah ke peringkat KBSR dan KBSM. Dari situ, belia dan remaja kita disogok pula dengan faham kebangsaan lanjutan melalui program PLKN. Proses indoktrinasi seterusnya bersambung dengan kem-kem Bina Negara dan berakhir dengan akujanji bagi setiap anggota penjawat awam. Lalu dari atas nama kuasa, satu jala besar OSA, ISA, Akta Polis, Akta Mesin Cetak, dan lain-lain telah dicampakkan turun untuk memberkas kebebasan rakyat keseluruhannya. Di setiap lompang waktu pula, minda rakyat terus diasuh dan diasak dengan pelbagai propaganda media.
Pesuruhjaya PAS itu juga menegaskan bahawa, di tangan sekumpulan pemimpin umno yang menolak ajaran Islam inilah, Negara Malaysia telah dipandu oleh “drebar-drebar” yang tidak berlesen. Di atas muka bumi Allah S.W.T. yang penuh dengan isyarat dan peraturan syariat tinggalan Nabi Muhammad S.A.W., Umno berlagak pandai mentadbir negara dengan pelbagai skim perundangan dan peraturan baru. Lantaran tidak memiliki “road tax” dan memandu secara songsang ini, Malaysia sentiasa diburu kecemasan dan mala petaka demi mala petaka. Umno tinggalkan roh dan cuma mementingkan jasad. Sepatutnya Islam diterima dengan iman, roh dan badannya. Iman untuk roh manakala syariat Islam untuk mengatur tubuh badan dan kehidupan, sebarang pembangunan wajib mengandungi komponen ini. Malangnya Malaysia dipimpin oleh orang-orang yang keliru dan mengelirukan orang. Kemudian Umno dianjur oleh pemimpinnya untuk bercakap mengenai Islam dalam keadaan yang dia sendiri tidak faham jelas Pesuruhjaya PAS Perak itu.
Pesuruhjaya PAS Perak itu juga, menyeru kepada seluruh pemimpin umno agar memilih Islam sebagai wadah penyuluh kehidupan mereka, perjuangan berpaksikan Islam sahaja yang akan dapat mendapat pertolongan dari Allah SWT, dan ingatlah kuasa yang kita ada didunia ini hanyalah pinjaman dari Allah SWT, oleh itu janganlah kita mengkhianati tujuan sebenar Allah SWT ciptakan kita diatas muka bumi yang sementara ini, jelas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan