PAS bercadang mengadakan perbincangan dengan gabungan NGO wanita mengenai pelbagai isu agama dan gender, termasuk kontroversi hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno.
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, inisiatif itu diambil susulan beberapa siri dialog dengan kumpulan terbabit, khususnya Sisters In Islam (SIS) sebelum ini yang gagal mencapai penyelesaian.
"Dialog dulu tidak menemukan penyelesaian. Kemungkinan sebab sekali atau dua kali sahaja (berdialog).
"Di masa akan datang, kita ada lihat keadaan yang sesuai untuk menganjurkan dialog atau seminar. Kemungkinannya selepas Hari Raya," katanya.
Nasrudin diminta mengulas pendekatan PAS bagi mendekati Kumpulan Bertindak Menentang Keganasan Terhadap Wanita (JAG) yang mendesak kerajaan memansuhkan satu hukuman bawah enakmen jenayah syariah itu.
JAG dalam memorandum bertarikh 25 Ogos juga menggesa perdana menteri segera menilai semula hukuman sebat kerana didakwa melanggar prinsip hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.
Nasrudin semalam menyifatkan desakan JAG, ekoran kontroversi hukuman sebat terhadap model sambilan itu, sebagai menceroboh bidang kuasa pelaksanaan enakmen jenayah syariah dan "biadap".
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Nasrudin berkata, pertemuan dengan SIS – yang turut bergabung dalam JAG – dibuat ketika PAS memerintah Terengganu antara 1999 hingga 2004 bagi membincangkan pelaksanaan enakmen hudud.
Katanya, pertemuan sebegitu sebelum ini "gagal menemukan penyelesaian" kerana pelbagai pihak mempunyai pandangan tersendiri yang diyakini.
"Bila timbul isu, kita akan ambil tindakan berdasarkan keyakinan (terhadap kefahaman) masing-masing. Kita tidak fikirkan soal pandangan orang lain.
"Jika timbul konfontasi selepas itu, kita akan selesai selepas itu. Di masa akan datang, kita akan anjur (pertemuan)," kata ketua dewan itu.
Ditanya kenapa sukar mencari pemahaman antara NGO terbabit dengan PAS, Nasrudin berkata:
"Kebanyakan mereka (NGO wanita) menilai nilai Islam dengan perspektif yang berbeza, lihat pandangan ulama terpencil. Atau mereka ini ambil kira soal rasionaliti, logik akal semata-mata."
MalaysiaKini/-

5 ulasan:
Salam YB
Apahal mamat ni. Dh tak krja ka. Apasal plak mamat ni gatal plak nk jmpa Jag. Sayap wanita smua tidur ke atau sbuk bliblah kat bazar Rmadhan.
Puak ni kn bole hrap sgt. Nnti tak pasal2 ada yg bbni muda plak nnti. Jag tu rmai gak yg andalusia n jandalusia....
Dh ggal pertms ksli... nk try lsgi... spspun slmst brjaya
Bila kta puak ni.. mtlamat hllkan cara marah.. gnua islam untuk kpntgan politik pn marah
Pastu klau tak jaya juga kali ni... try uat lagi sa,pai brjaya... brbini muda
Itu lah... ini smua mamat2 budk kampung yg skong puak2 ni... klau tak tak jadi miang mcam ni.
Dlam Umno tak akan jadi cam ni... sayap wanita bole hndle. Tak pun puteri. Itu cntiknya Umno
Pie laaa Mampus dengan UMNO...
sayap wanita umno blh hndle?
hndle cm na tuh mat rempit?
rse2nya WANITA2 UMNO LA yg jd ahli tegar sis n jag...
kalau tak gitu knp puteri2 n wanita2 umno wat dont knOw je dgn kenyataan2 sis yg bnyk merosakkan akidah? kalau betul la UMNO ni PARTI ISLAM SEBENAARRR........PI LA BUAT DIALOG TERBUKA DGN PUAK2 SESAT NI..ADA BERANI KA UMNOO?!!
bila PAS nk buat dikata nk berbini muda la pulak..hampeh! kalau pemuda umno dari parti islam sebenar yg buat nk kata apa lak??
mat dol ni buat komen panas jer....positifla dol...
Alahai Dol kaki Rempit...Anda berkata tanpa menggunakan fikiran yang waras. Sudah jelas SIS dan JAG ini menghina Islam Namun. segala tindakan mereka seolah-olah dilindungi oleh orang tertentu. Dalam isu Kartika, puak Wanita UMeNolah yang lantang menentang hukuman sebat ini.
Catat Ulasan