12 September 2009

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Oleh : safarizal saleh

Kenyataan Media (10 September 2009)

ZAMBRY CABAR RAKYAT PERAK: AYUH BUBARKAN DUN PERAK SEGERA

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang menyifatkan rakyat negeri Perak yang telah memilih Pakatan Rakyat (PR) untuk mentadbir kerajaan negeri sebagai tindak tanduk mengarut dan tidak waras adalah cuba mencabar kemarahan rakyat terhadap rampasan kuasa jahat UMNO / Barisan Nasional (BN).

DPPN Pk mengingatkan Zambry supaya jangan celupar di dalam memperkatakan kemelut dan krisis Perak ini mengikut kaca mata UMNO / BN semata-mata. Jika tindakan UMNO / BN itu benar, kenapa perlu takut untuk rakyat menentukan siapakah kerajaan negeri yang sebenarnya yang telah di pilih oleh rakyat Perak semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 tahun lepas.

DPPN Pk menganggap kenyataan Zambry itu sebagai satu amaran kepada rakyat Perak supaya menerima cara mereka untuk terus memerintah secara kuku besi yang tidak menghormati undang-undang yang ada dan boleh melanggar peraturan seperti di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah bersidang pada 7 Mei yang lalu.

DPPN Pk mempersoalkan kenapa UMNO / BN takut jika mereka yakin akan terus di terima oleh rakyat Perak. DPPN Pk amat berkeyakinan bahawa rakyat Perak akan terus bersama dengan PR untuk membangunkan negeri Perak dengan berteraskan Negeri Kebajikan. DPPN Pk akan menunggu saat penting yang akan memastikan rakyat akan terus menolak UMNO / BN kelak.


MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


Tiada ulasan: