15 Oktober 2009

Benarkah Umno akan jaga kepentingan seluruh rakyat??

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah sampai masanya Umno menjadi parti utama yang menjaga kebajikan dan kesejahteraan bukan sahaja orang Melayu dan bumiputera tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya.

Kenyataan ini saya anggap sebagai gimik politik untuk menutup dosa BN terhadap rakyat Malaysia setelah 50tahun memerintah.

Siapakah akan percaya bahawa Umno akan menjaga kepentingan seluruh rakyat sedangkan umumnya mengetahui siapakah Umno yang sebenarnya.

Sebenarnya bukan BN dan Umno perlu di ubah tetapi rakyat telahpun membuat keputusan untuk mengubah sokongannya kepada Pakatan Rakyat.

Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, yang diamalkan oleh pentadbiran sekarang semakin mendapat penerimaan positif sebenarnya adalah slogan kosong setiap kali muncul bila seorang Perdana Menteri BN dinobatkan.

6 ulasan:

Kuda Perang berkata...

Pakatan Rakyat mesti menidakkan dan menafikan apa yang dibawa oleh Najib Razak melalui tindakan2 dalam pemerintahan yang dijalankan di 4Negeri yang PR masih berkuasa.

Buat yang terbaik, rakyat seluruh negara akan menilai dan membuat perbandingan.

Apapun saya berdoa agar PR terus sukses memacu perubahan, menjadi Harapan Baru rakyat Malaysia!

Takbir!!

ALLAHU AKBAR!!!

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.

Di Pahang. Rakyat didahulukan untuk membayar sejumlah RM63 juta. MB Pahang minta mahkamah gugurkan dia sebagai orang yang kena bayar. Tetapi letakkan tuntutan pada kerajaan Pahang. Duit kerajaan Pahang bermakna duit rakyat yang dikutip daripada pelbagai cukai yang dikenakan.

Inilah realiti rakyat didahulukan. Rakyat didahulu untuk membiayai salah laku dan penyelewengan kerajaan BN. Sepatutnya MB yang kena bayar. Tambahan pula tahan yang terlibat ialah milik UMNO Pahang. Ambil balik tanah berkenaan dan berikan kepada rakyat Pahang.

Tanpa Nama berkata...

Perlembagaan Negara mengiktiraf hak Melayu/bumiputra.Antaranya tanah rezab melayu..yg mana sekiranya tanah itu diambil oleh kerajaan maka hendaklah diganti semula mengikut keluasan.

Hari ini jumlah tanah rezab melayu telah merosot dgn begitu drastik sekali angkara umno/bn.

Maka menjadi tanggung jawab kerajaan PR diempat buah negeri utk menggantikan semula tanah tersebut mengikut kehendak perlembagaan dan bidang kuasa yg ada.

Diharap pihak kerajaan negeri dpt (sebagai contoh) menukarkan syarat pemilikan tanah orang melayu dari tanah pajakan,tanah kurnia dan sebagainya kpd tanah rezab dgn persetujuan bersama.

david ahmad muniandy berkata...

bagi pendapat saya bukannya semua umno tu jahat, ada yang baik juga dan ada yang memikir masa depan kemajuan pembangunan malaysia yang jahat kita ketepikan.

kita lihat dari segi perbandingan pembangunan ekonomi pulau pinang, kedah dan perlis tempat mana paling maju? bukankah pulau pinang paling maju di utara. Kedah dan perlis pelancong datang nak melabur untuk beli rumah hanya lihat kawasan bendang dan rumah kampung-kampung, jadi mereka orang asing letakkan pulau pinang adalah destinasinya untuk melabur dalam malaysia maka aliran sumber kewangan dari luar masuk dalam negara terhadap sesebuah negeri itu.


P/S:
kita selalu kata kaum melayu dipinggirkan mengapa? sebab tidak ikut sunnah tidak mahu belajar cara berniaga kata tiada modal siapa nak bagi duit awakkah nak bagi? itu bukannya alasan...
kesilapan datang dari diri sendiri bukan takdir.

masuksuku berkata...

salam yb
baru sekarang altantuya berikrar untuk membela kaum..kenapa baru sekarang selepas 50 tahun...baru sedar ke atau baru tahu rakyat dah muak dengan perangai depa..
jangan le cuma bercakap..lepas tu lupa..bila berdepan dengan duit...
seperti satu cerita..
2 orang kaki rasuah berjumpa dan bertemu..kira kawan lama le..satu kaki rasuah daripada indon dan satu kaki rasuah daripada malaysia..1 malaysia.
yang dari malaysia ke pejabat perasuah di indon..lihat keadaan pejabat yang dilengkapi kemewahan dan canggih..si mat malaysia ni puji..canggih ya..satu ketua jabatan boleh macam ini..belum lagi presiden katanya...
si indon berkata..selakkan langsir tingkap..lihat tu..jambatan tu...projek ...25 persen..menunjukkan ke dadanya..ooo..dalam hati perasuah malaysia..dia ambil 25 persen dari situ..
minggu depan secara kebetulan perasuan indon datang ke pejabat malaysia pula..lagi dahsyat..dari pejabat..perhiasan..kereta..serba mewah..dia di tegur oleh indon..bapak lagi dahsyat ya...sama macam di indon..perasuah malaysia menyelakkan langsir tingkap dan menunjukan ke kiri pejabatnya..lihat projek rumah tersebut..untuk rakyat..si indon terpingga pinga..sebab tak nampak apa pun...si perasuah malaysia pula mendabik dada...100 persen...
itulah yang berlaku di jaman ini..hi..hi..hi..

david ahmad muniandy berkata...

kita manusia tak boleh salah hukum sumpah fitnah seseorang yang buat jahat, macamana pula kalau penjahat itu betul-betul bertaubat secara diam-diam kita pula duk sumpah mencaci maki dia, kita lebih berdosa daripada dia sedangkan dia dah insaf dan bertaubat.

bukan semua orang umno itu perasuah ataupun jahat....itulah dia dengan Allah bukan kita apabila soal jawab di padang mashyar nanti....