IPOH : Saya telah selesai membuat laporan polis dan sedang memberi keterangan kepada seorang pegawai yang ditugaskan untuk mengambil keterangan terhadap laporan tersebut.
Persoalan penting dari laporan saya ialah Ganesan bukannya Speaker yang sah dan dia tidak berhak untuk mengeluarkan apa-apa dokumen termasuk surat untuk memanggil sidang pada 28hb Oktober ini.
Dia dilantik secara tidak sah dalam keadaan Speaker yang masih sah jawatannya sehingga sekarang. Tindakan beliau menyamar dan bertindak sebagai Speaker Dun Perak adalah tindakan yang memalukan dan mencabul undang-undang sedia ada.
Berikutan itu pada esok hari kami akan mendedahkan fakta yang jelas tentang kedudukan Ganesan yang tidak sah.
Saya juga menyatakan sewajarnya dia meletakkan jawatan dan segera berundur sebelum masalah yang lebih rumit berlaku akibat dari tindakannya menyamar sebagai Speaker Dun Perak.
Saya juga ingin menegaskan bahawa Ganesan adalah boneka kepada tindakan jahat BN untuk mengekalkan kuasa di Perak.

2 ulasan:
Sekali lagi BN telah mempergunakan cara yang jahat demi memastikan kuasanya terus bertahan di Perak walaupun dengan cara yang amat memalukan.
BN ni ingat rakyat sekarang bodoh ker? Tak tahu nak menilai yang mana undang-undang dan yang mana penyelewengan.Harap-harap ulamak yang ada di dalam BN bersuaralah.Tegurlah pemimpin ni kerana itu tanggungjawab anda.
Salam YB,
Saya rasa PR perlu atur strategi dengan menyuruh speaker Sivakumar utk memanggil sidang DUN pada tarikh yg sama dan duduk di kerusi Speaker sebelum Speaker HARAM Ganesan ambil alih, dan gunakan kuasa Speaker Sivakumar utk membahas n meluluskan usul-usul yang berkaitan. Kalau semua YB pakatan tidak hadir maka MB Kudeta dan seangkatannya akan meluluskan apa2 sahaja yg mereka suka....
Catat Ulasan