15 Oktober 2009

Untuk siapakah profil syarikat ditulis?

Email : studioperintis@perintis.com.my

Jika sesuatu penulisan itu diterbitkan, maka haruslah ada sasaran pembacanya. Begitu juga dengan profil syarikat yang mempunyai sasarannya yang tersendiri. Terdapat beberapa sebab profil syarikat penting dan perlu dalam sesebuah organisasi hari ini. Pendekatan penulisan yang berbeza dilakukan seiring dengan sasaran pembaca atau penilainya.

Kebiasaannya profil syarikat ini dibangunkan mengikut kepentingan seperti yang dinyatakan di bawah:


i. Pelanggan sasaran

Profil syarikat ditulis bagi memberikan penerangan dan butiran berkenaan syarikat anda kepada pelanggan agar skop perniagaan dapat dilihat dengan jelas oleh pihak pelanggan khususnya.

Kebiasaannya, profil syarikat yang disediakan untuk pelanggan sasaran anda haruslah mengandungi segala maklumat dan kenyataan produk yang ingin disampaikan mengikut keperluan permintaan pelanggan sasaran tersebut.

Contoh:

Syarikat anda menjalankan perusahaan kosmetik, maka semestinya anda perbanyakkan maklumat mengenai kebaikan dan imej-imej produk yang ditawarkan dalam profil syarikat anda.


ii. Badan kerajaan

Badan kerajaan merupakan sebahagian daripada kelompok sasaran pelanggan tetapi berbeza dari sudut keterampilan perbentangan profil syarikat, iaitu butiran dan kerja-kerja yang pernah dijalankan disediakan dengan terperinci. Hal ini demikian kerana anda berhubung dengan pihak kerajaan, maka sudah semestinya segalanya agak kompleks dan spesifik.

Bahagian kewangan selalunya menjadi isu apabila berhadapan dengan pelanggan bagi kategori ini. Hanya syarikat yang mempunyai kewangan yang kukuh mendapat menjadi perhatian. Oleh itu, harus diingatkan bahawa anda perlu menitikberatkan maklumat dalam bahagian ini.

Sertakan juga maklumat kejayaan syarikat anda menyempurnakan kerja-kerja atau projek sepanjang syarikat ditubuhkan sebagai rujukan.


iii. Tender

Kemasukan sesuatu tender memerlukan dokumen sampingan yang menjelaskan kekuatan sesebuah syarikat. Oleh itu, syarikat anda haruslah menyediakan profil syarikat yang lengkap dan menarik perhatian pihak penilai tender.

Jika syarikat anda terlibat dalam sesuatu kemasukan tender, dokumen sampingan yang relevan perlu disertakan sekali seperti brosur (brochure) produk atau perkhidmatan, imej-imej tertentu seperti lukisan pelan (jika terlibat dengan produk fizikal), salinan profil berbentuk cakera padat secara interaktif (ini adalah untuk mewujudkan kelainan) dan juga lampiran maklumat syarikat yang bekerjasama dengan syarikat anda seperti pembekal, tenaga kerja dan pengeluar bahan mentah.


iv. Institusi kewangan

Profil syarikat juga diperlukan oleh pihak bank dalam menilai pertimbangan sesebuah syarikat untuk mengeluarkan pinjaman perniagaan. Aspek penting yang perlu diberi penekanan berkaitan dengan bahagian pengurusan kewangan. Segala projek atau kerja yang pernah dijalankan perlu dimasukkan dalam profil syarikat anda.

Anda haruslah memastikan segala maklumat tersebut adalah tepat dan sah bagi tujuan pemeriksaan dan rujukan institusi kewangan tersebut.


v. Pihak berkuasa tempatan

Kadangkala profil syarikat perlu diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan bagi tujuan kelulusan menjalankan perniagaan dan tujuan rekod. Profil jenis ini memadai dengan hanya membentangkan butiran perniagaan yang dijalankan. Anda tidak perlu memberikan data terperinci dan secara khusus.

Hal ini demikian kerana kebiasaannya pihak berkuasa tempatan akan membuat rujukan berdasarkan profil syarikat jika berlaku sebarang masalah dan isu berbangkit terhadap sesebuah syarikat tersebut semasa atau setelah kerja-kerja dijalankan.

Artikel di atas dipetik daripada buku Aneka Contoh Profil Syarikat. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati dengan menghubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303 atau melayari web kami di www.books.perintis. com.my.

4 ulasan:

Guru Tajwid berkata...

Suatu perkongsian ilmu yang menarik. Ini bermakna untuk membuat suatu profil tu mestilah melihat kepada siapa yang bakal berurusan dengannya yer.

terima kasih atas info ini.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

kita report semua kat polis...
lepas tu kita maki hamun polis...

yobleh berkata...

apekeheinya pencacai umno-bn diatas menyibuk kat blog ni? dah tak de orang nak masuk blog kome ke?

Tanpa Nama berkata...

sesat.... haruuuu...huhhuhuhuhuhuhu....