KUALA LUMPUR, 29 Okt: Pakatan Rakyat Perak menyelar penafian yang dibuat ketua polis negeri itu yang mendakwa anggota keselamatan mereka tidak melakukan sebarang halangan dan kekasaran kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan.
Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada satu sidang media di lobi parlimen siang tadi berkata, penafian oleh mana-mana pihak berhubung berlakunya kekasaran dan halangan terhadap Adun pakatan adalah satu penafian bohong.
Menurutnya, kesemua Adun Pakatan semalam di halang dan ada di antara mereka dikasari sewaktu ingin menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) tersebut.
"Kalaulah dinafikan oleh ketua polis Perak, ketua polis negara mahupun menteri dalam negeri, ini satu pembohongan," katanya.
Pihak polis dakwanya telah melanggar peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan kerana telah menghalang ADUN dari melaksanakan tugasan menghadiri sidang Dun.
Menceritakan kembali pengalaman mereka menghadiri Sidang DUN Perak semalam, beliau memberitahu kesemua ADUN pakatan berdepan sekatan pihak polis di lima tempat iaitu tiga sebelum masuk ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, dan dua sebelum masuk ke dewan persidangan.
"Kami disekat dengan lima 'check point' (pemeriksaan), di setiap check point itu kami hanya dibenar masuk seorang demi seorang.
"Keadaan itu sengaja dibuat supaya kami tidak masuk (dewan persidangan) sebelum pukul 10," katanya yang juga ADUN Pasir Panjang.
Selepas memasuki pagar bangunan SUK, kesemua Adun Pakatan katanya ditolak ke kawasan letak kereta di bawah bangunan tersebut.
Jelasnya, tindakan tersebut bagi menghalang oarang ramai dan pihak media melihat kekasan yang mereka lakukan kepada Adun pakatan.
"Mereka menolak kami ke kawasan parking kereta supaya tidak dilihat umum.
"Di situlah mereka menjalankan 'operasi' mencekik sivakumar," ceritanya lagi.
Apa yang diketahui rakyat berhubung insiden semalam katanya, hanya antara secebis yang berlaku yang sempat dirakam oleh petugas media, malah masih banyak kekasaran lain diperlakukan kepada mereka khususnya kepada Speaker, V Sivakumar sebelum memasuki dewan persidangan.
"Saya lihat seorang anggota polis, ASP Bala nama dia, merampas songkok speaker Sivakumar di hadapan kami," katanya lagi.
Beliau juga mendakwa selain dicekik, Sivakumar turut dihentak diperut.
Selain itu, pelbagai tekanan lagi dilakukan kepada ADdun pakatan termasuk dipaksa menggunakan laluan tangga kerana lif ke dewan persidangan diberhentikan, komputer riba dan kamera dirampas dan kesemua pintu masuk ke dewan dikunci dengan hanya satu laluan dibuka.
Kehadiran ratusan anggota polis mengawal bangunan SUK itu juga di ibarat Ipoh seperti berada dalam 'zon perang'.
Jelasnya jalan-jalan menuju ke bangunan tersebut yang ditutup, berpuluh trak polis dan simpanan persekutuan FRU merintangi pintu masuk ke bangunan SUK serta notis larangan berada di dalam kawasan 50 meter dari kawasan bangunan SUK seolah-olah wujud ancaman besar terhadap ibu negeri itu.
Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah semalam menafikan anggota keselamatan mereka melakukan kekasaran dan menghalang Adun Pakatan Rakyat memasuki Bangunan SUK untuk menghadiri sidang.
Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan speaker yang juga Adun Tronoh V.Sivakumar dikasari sehingga menyebabkan jubah yang dipakainya terkoyak.
Hadir sama pada sidang media tersebut, Adun Pantai remis, Nga Kor Meng dan Adun Setiawan Ngeh Ko Ham.
Semalam, Adun Pakatan memberitahu selain Sivakumar, sekurang kurangnya dua lagi dikasari pihak polis termasuk Nga Kor Meng di mana alat sulitnya dipegang manakala seorang lagi Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai diseret di lantai.
Dalam persidangan berasingan semalam, Pakatan Rakyat telah meluluskan dua usul dan satu usul tergempar.
Usul tergempar adalah rakaman takziah kepada mangsa tragedi program 1Malaysia di Kuala Dipang dan semua kem program latihan khidmat negara dan program luaran lain digantung sehingga siasatan kes tersebut selesai.
Dua usul lagi adalah bersetuju melantik bekas pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai senator dan merakam penghargaan terhadap laporan Ketua Audit Negara, sewaktu pentadbiran Pakatan pada tahun 2008.Harakahdaily/-

5 ulasan:
mahazalim sudah kembali!!!
what next?.x kan biarkan jer kot.Rakyat bawahan perlu tahu apa yg terjadi hari itu.Dont just use blog and internet.
salam semua
sebenarnya memang menyampah sangat bila nak sentuh cerita adun bersidang ni..sebab dah jadi macam nak berperang je..saya perhatikan pihak polis dah melebih lebih sangat..mentang mentang lah tak boleh buat apa pun..cakap lah apa saja..sebenarnya kalau difikirkanlah..negara ni depa punya..ataupun POLIS RAJA DI MALAYSIA bukan POLIS DI RAJA MALAYSIA...macam semua adalah bapak dia orang punya..tambahan pula dengan menteri baru yang perasan akan jadi next pm pula..macam takda anak orang lain yang lebih cerdik..asyik asyik anak sinyanyuk mahadir..si lalak..dan anak yang tak pernah off tu..
apa pun..biar dia orang berbuat apa saja..kita hidup ni pun kerana ALLAH..paling tidak kita mengutuk dalam hati..jangan lah langsung tak ambil tahu..
nak cakap kita di zalimi kadang kadang memang patut sebab mungkin kita pun sama cuma tak menyedari..
jika ada masa..doa doa lah untuk di tunjukkan jalan yang benar..
perangai buruk polis tu (bukan semua ya)tak kemana pun..sebab pada depa ..depa tetap betul..ikut arahan..yang patut mampus adalah yang di atas sekali...
Ketua Polis Perak asik menafikan aje kerja kerja jahat anak buah mereka. Apakah beliau tidak diberikan taklimat yg betul dari kuncu2 nya atau sentiasa hendak menipu pada rakyat.
ANTARA SULTAN2 DI STIAP NEGERI,SULTAN PERAK LAH YG PALING BIJAKSANA DAN TEGAS.BGITU JAGK ANAKANDA BAGINDA.STIAPKALI NAIK KE PENTAS PETAH BKATA2.STIAP KTA2NYA ADA MAKSUDNYA.HINGGA ORAG KG XFHM APE MAKNANYE.YELA PERKATAAN TIGGI INDAH DAN BIJAKSANA.HANYA YG BPENDIDIKAN TGGI DPT MENGIYAKANNYA.TP BG PATIK PACAL YG HINA.NAK TAHU JGAK BGAIMANA MASALAH NEGERI BAGINDA INI YG AKHIR2 INI PELBAGAI MASAALAH YG TIMPA.TIDAKKAH BAGINDA DPT MENYELESAIKANNYA.KLU LAH BAGINDA MENERIMA NASIHAT MEMANDA BAGINDA YG SAH KETIKA ITU.TIDAKKAH INI JDNYA.BILA MEMANDA YG SAH MENYATAKAN SEMBAH DERHAKA,TIDAKKAH BAGINDA DPT MEMAHAMI APA KESUDAHANNYA.NEGARA TUANKU DLM DELEMA.TUANKU HARUS MENYATAKAN PERSETUJUAN MENERIMA NASIHAT MEMNDA YG SAH.KRNA ADA MERKA YG MNJALANI PERBICARAAN MERUPAKAN ORG YG BMASALAH.TIDAKKAH TUANKU TFIKIR MEREKA BDUA ITU.LOMPAT SANA LOMPAT SINI.SILAP LOMPAT TRUS XTIMBUL.PATIK DLM DILEMA.
Catat Ulasan