Alhamdulillah perjuangan kami ADUN Pakatan rakyat mempertahankan madat rasa dan gelombang rakyat yang mahukan DUN Perak dibubarkan pada anggapan saya berjaya setelah kami mampu berdepan dengan tekanan yang kuat dari pasukan keselamatan sehingga terlewat namun kami akhirnya dapat juga berada dalam dewan .
Tahniah kepada kehebatan "panglima" Pakatan Rakyat Perak DS. Muhammad Nizar Jamaluddin yang saya anggap berjaya mengepalai semua ADUN PR bagi menghadapi tekanan yang sangat dasyat dari pihak polis semasa pergelutan kami dengan pasukan polis dalam usaha mereka untuk merampas songkok dan jubah Speaker Sivakumar.
Pagi ini terasa suatu kepuasan dan itulah yang saya anggap dirasakan oleh semua rakan ADUN Pakatan rakyat kerana telah berjaya konsisten dengan prinsip pada landasan yang kami yakin benar belandaskan undang-undang , namun badan terasa sakit dek pergelutan dan tolak menolak dengan "sayap kanan UMNO" itu.
Kerana itu saya ingin mengeluarkan beberapa kenyataan media :-
1. Saya menafi dengan sekeras-kerasnya dakwaan MB Kudeta Perak yang mengatakan kononnya kehadiran ADUN Pakatan Rakyat dalam sidang kelmarin sebagai satu pengiktirafan kami kepada Speaker haram Ganesan.
Suka saya maklumkan bahawa hujah dan bukti dokumen yang lengkap telah kami kemukakan kepada rakan media samada disiar atau tidak disiarkan mengenai kedudukan Ganesan yang tidak sah dan ia melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri perak diluar dewan .
Sekali lagi perkara tersebut dikemukan oleh kami dalam dewan walaupun pembesar suara diganggu saya beranggapan suara ADUN Buntong yang ditugaskan mengemukan hujjah tersebut sangat jelas untuk didengari oleh Ganesan, ADUN BN dan semua yang berada di dalam dewan.
2. Saya mencabar supaya rakaman hujjah yang dikemukan oleh ADUN Buntong mengenai haramnya Ganesan yang dibuat oleh petugas Bahagian Teknologi Makmumat disiarkan kepada umum khususnya rakyat Perak, termasuklah untuk menginsafkan Zambry dan semua ADUN BN bahawa mereka sebenarnya sedang memperkudakan Ganesan untuk mencapai hasrat jahatnya bagi membentag bajet 2009 yang saya anggap tidak sah.
3. Tindakan pengendalian sidang oleh seorang yang bernama Ganesan sesungguhnya memalukan sistem demokrasi dan dewan negeri Perak yang kita muliakan. Sidang 28 Okt menyaksikan satu sidang meluluskan bajet haram oleh sebuah kerajaan haram dan dikendalikan oleh seorang speaker haram.
4. Kehadiran semua ADUN pakatan Rakyat adalah atas surat yang dikeluarkan oleh Speaker Perak yang sah V. Sivakumar. Usaha Zambry memutar belit fakta dengan mengatakan kami hadir kerana mengiktiraf Ganesan adalah tindakan memperbodohkan dirinya sendiri. Tidakkah beliau sendiri menyaksikan selama sidang berlangsung dan seluruh tetamu menyaksikan serta dilaporkan oleh semua media bahawa kami tetap konsisten bersidang dan menghormati jawatan Speaker yang sah iaitu V. Sivakumar dan kami beredar meninggalkan dewan setelah sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah V.Sivakumar selesai dan ditangguhkan.
Sebaliknya kami langsung tidak menghormati Ganesan walaupun ianya dianggap sangat penting oleh BN dengan dikawal ketat oleh puluhan orang upahan.
5. Sehubungan dengan itu tidak ada istilah kami memboikot atau memulau sidang yang dikendalikan oleh Ganesan, malah saya anggap sebagai kebudak-budakan kerana dengan status Ganesan yang tidak sah sebagai speaker apakah alasan sehingga itu boleh dikatakan sidang yang sah, siapakah yang masih waras fikirannya akan mengatakan bahawa itu adalah sidang. Lebih tepat boleh saya katakan lakonan dan sandiwara untuk menyampaikan hasrat jahat BN bagi meluluskan bajet bagi meneruskan kerajaan kudeta di Perak.
6. Saya membantah tindakan kekerasan yang dilakukan terhadap ADUN Pakatan Rakyat. Jika alasan untuk menanggalkan jubah speaker seperti kononnya Sivakumar mengingkari arahan notis menyerahkannya kepada polis, kenapakan dengan cara yang tidak bertamadun seperti itu. Tidakkah negara kita masih mempunyai proses dan prosuder undang-undang untuk mendapatkan barang yang kononya dicuri.Itupun Sivakumar tidak pernah mencuri dan dia mempertahankan hak atas nama jawatan Speaker yang telah dilantik dengan sah dan jawatannya masih kekal sehingga kehari ini.
Tindakan menyekik, menekan perut sehingga mengancam nyawa Sivakumar serta menanggalkan dengan paksa jubah Speaker Sivakumar adalah tindakan tidak bertamaddun dan saya yakin diarahkan oleh BN yang sudah sekian lama tidak menghormati undang-undang yang mereka sendiri cipta.
Bukankah tindakan BN itulah dipanggil mencuri ?
7. Halangan yang berulangkali sehingga semua ADUN terpaksa melewati 5 sekatan adalah suatu titik hitam dan sejarah yang menyebabkan demokrasi di Perak telahpun hampir mati. Kebeaasan rakyat dan ADUN yang dipilih dengan sah disekat jelas dengan arahan pihak BN kepada pihak polis dengan bertindak diluar batas undang-undang yang sedia ada.
BN semacam merancang supaya kami tidak boleh samapai ke dalam Dewan, kalau itu bukan tujuannya saya mempersoalkan kenapakan kami diperiksa sedemikian rupa.
8. Saya juga membantah tindakan polis melarang dibawa kami membawa masuk perakam video, kamera dan komputer riba adalah tindakan yang melampau dan menyalahi undang-undang.Dalam keadaan perak ingin dimajukan IT nya bagaimana sehingga ada ADUN yang dilarang membawa komputer.Selain itu saya membantah tindakan menghalang saya membawa masuk kamera. Yang jelas apabila saya meminta dari mana arahannya seorang pegawai polis cuma berani meminta dari jauh menunjukkan dari jauh tanpa berani menyerahkan kepada kami dan terus disembunyikan dibalik punggungnya.
9. Saya ingin mempersoalkan, jika sekiranya tidak ada ratusan pihak polis membantu BN untuk mennegedalikan sidang haram kelmarin, beranikah BN bersidang. Tidakkan selama ini sidang sangat aman dan tenteram dan tidak ada seorangpun polis yang berada di dalam Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Kerana itu jelaslah pengunaan kuasa polis dalam rentetan sidang DUN perak termasuklah kelmarin membuktikan BN adalah penakut dan bacul dan saya mencabar kalau BN benar-benar ada hujjah dia kerajaan yang sah, speakernya sah, segera kendalikan sidang tanpa campurtangan pihak polis atau pihak lain yang diperkudakan.
9. Kerana itu saya menyeru supaya krisis ini diselesaikan dengan cara yang paling tepat iaitu segerakan bubarkan DUN Perak. berilah laluan kepada rakyat untuk kembali memilih.
Tindakan BN yang ingin menegakkan benang basah dan memperkudakan pihak keselamatan dan badan kehakiman tidak akan menyelesaikan kemelut ini.
Sekian.
KENYATAAN MEDIA/29 OKT 2009
YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi PRBBC Perak/
Ketua penerangan PAS Perak.

20 ulasan:
Kami rakyat yang telah memilih 28 Adun Pakatan Rakyat mencela dan mengecam tindakan tidak bertamadun UBN menggunakan jentera pasukan keselamatan bagi menghalang wakil kami ke sidang DUN. Kami juga mencela dan menghina sehina-hinanya 3 ADUN katak yang melompat dan kami bertekad untuk menuntut hak kami diakhirat kelak.Kamu akan diadili di mahkamah yang palingggggggggggg adil iaitu mahkamah ALLAH..Ingat..man Jailu dan Din Behrang....kalau anda percaya kepada hari akhirat,kembalikan DUN itu utk rakyat memilih wakil mereka.
kebenaran pasti datang. yang halal itu jelas yang haram itu jelas. yang tak jelas itu subhah lebih baik dijauhkan. Teruskan perjuangan sahabat-sahabat sekalian. kami rakyat perak berdiri teguh di belakang para syuhada.
Tahniah berjuang hingga berjaya!!! Keputusan nak seminar, macam pelajar sekolah!!! Boleh brainwash ahli sokong UG!!!
Seminar, kursus, kem, kerja pakar motivasi!!!
Perjuangan pas dan pakatan rakyat perak umpama Hamas menentang Yahudi Israel...
Tahniah macam pejuang badar, walaupun tak tawan mekah tapi kepuasan jelas terbayang...teruskan perjuangan, rakyat bersama anda...
Salam Yb,
Diharapkan tiada ADUN yg akan ditahan dan dipenjarakan sebab MENGHALANG PENJAWAT AWAN MENJALANKAN TUGAS, sebab polis buat benteng, adun PR rempoh aje... ker... polis yang sepatutnya didakwa.. sebab menghalang ADUN dari menjalankan tugas.... kuang 3x
Semuga perjuanag dan kepenatan YB dipandang tinggi di sisi ALLAH walaupun dipandang rendah oleh Rakyat tak mengapa
tahniah atas kejayaan adun2 pr dan speaker sah sivakumar.
Berujang hingga dapat semuala kerjaan yang telah dirampas secara haram jadah. Tahniah semua wakil rakyat PR dan kerjaan PR yang sah algi benar.
pi mampus umNO BN
Salam...
Kenyataan media yang mantap... teruskan perjuangan. Jangan tunduk dengan ancaman puak haram jadah. Mereka hanya layak digelar penyamun dan perompak... tidak wajar mereka dihormati kerana mereka sendiri tidak tahu menghormati hak rakyat.. Hak rakyat ialah memilih kerajaan dan rakyat telah memilih PR... bukan BN. Golongan kemaruk kuasa ni memang tak sedar diri.
Salam YB ,
With all this happening in Perak , i hope Yb and other PR adun , will continew to serve the rakyat of perak . Work must be done at each adun's area .
Im from selangor , if im from Perak , you guys will get my vote .
Keep up the good work but remember jgn abaikan tanggunjawap kepada rakyat .
Salam
YB,
MB HARAM-LANUN, SEPAKER HARAM, DUIT HARAM,KATAK HARAM DARI SPORTS TOTO,APA LAGI INI BERSIH, SUCI BAGI UMMNO HARAM. TOLAK MEREKA PADA GE13 NANTI.
SULTAN PUN TIDAK ADIL BAGI RAKYAT, INI DI PANGI DOMKRASI LAGI, BUKAN PILIHAN RAKYAT.KALAU ANAK JANTANG BUBARKAN DUN PERAK DAN HADAPI RAKYAT, BARU TAHU MEREKA ITU BETUL BETUL PILIHAN RAKYAT.
PR ni dah berdaftar ke sebagai satu gabungan?
Setiap parti dalam PR bertanding sebagai parti berasingan. Paling banyak DAP - 18 kerusi. BN mempunyai 28 kerusi.
Jadi kalau tak sah, maksudnya Pakatan Haram lah.
Bukanke begitu?
Adun PR masuk dewan cuma nak tanda kehadiran je. Nanti kalau tak tanda kena tindakan. Tu jer.
Teruskan perjuangan, rakyat perak tetap bersama PR!
Foto yang dirakam tidak berbohong, orang ramai yang menyaksikan nampak kebenaran. Masih mahu berbohong. Memang dasar dajalun suka berbohong.
Ini lah dia gelagat segelintir dua tiga kerat pemimpin islam yang bersetengkol dgn pemimpin majoriti anti islam menentang pemimpin2 yang majoriti beragama islam. jangan menang sorak kampung tergadai. tak kan kemana kekuatan kamu pemimpin islam didalam majoriti bukan islam. lebih baik perpaduan sesama umat islam. kamu pemimpin islam pakatan lebih mengetahui hal ini. jangan kerana kedudukan politik kamu sanggup menjadi suara minoriti didalam pentadbiran yang dikuasai majoriti bukan islam.
teruskan berjuang wahai serikandi PR. Allah bersama-sama orang yang benar............
ni bkn soal majoriti atau minoriti, ini pasal rasuah ,salah guna kuasa,kehakiman,penipuan ,kroni,bodohkan org melayu,suka tgk melayu bodoh dan mundur supaya senang dpt undi,beri subsidi pada kaum kerabat,budak hilang ,ragut,rogol,bunuh,rompak bersenjata,terbunuh dlm lokap dan banyak lagi.
Ini isu Nasional
Kalau itu pun tak leh nak fikir,besok kena btg hidung sendiri baru akan sedar.
Catat Ulasan