30 Oktober 2009

Kenyataan penuh PAS Selangor

PAS Selangor ingin merujuk kepada keputusan mesyuarat khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009 di Pejabat Agung PAS.

Pendirian PAS Selangor adalah seperti berikut:

PAS Selangor mengalu-alukan kesediaan PAS pusat untuk menangani kemelut yang berlaku dalam PAS sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009.

PAS Selangor juga menyambut baik keputusan untuk menolak EGM (mesyuarat agung khas) dan seterusnya menyelesaikan masalah dalaman melalui siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri Selangor bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa disiplin parti. Kami menyeru agar siasatan ini dilakukan dengan serta-merta bagi mengembalikan integriti seluruh ahli-ahli PAS di negeri Selangor.

Bagi memulihkan imej parti, PAS Selangor menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang mengganggu-gugat PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog.

Bagi meninggikan prinsip-prinsip al-'adalah yang ditetapkan oleh Islam, PAS Selangor ingin menekankan jawatankuasa disiplin parti hendaklah juga menyiasat orang yang membuat tuduhan dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka sekiranya tuduhan tersebut tidak benar kerana mencetuskan suasana yang tidak stabil dalam parti dan seterusnya merosakkan imej parti.

Merujuk kepada beberapa isu yang dibangkitkan, kami ingin menegaskan bahawa ahli-ahli PAS Selangor di semua peringkat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan PAS negeri sebagaimana yang telah diputuskan melalui mesyuarat khas badan perhubungan PAS negeri Selangor yang bertarikh 27 September 2009.
PAS Selangor menyeru kepada semua ahli-ahli parti agar menghormati jawatankuasa disiplin parti di dalam menjalankan tugasnya dengan tidak membicarakan isu ini sehinggalah proses penyiasatan dan pendakwaan selesai.

PAS Selangor seterusnya menyeru kepada ahli-ahli PAS di Selangor agar bertenang dan membiarkan proses siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti selesai sepenuhnya. Semua ahli-ahli PAS di Selangor mestilah menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YB Tuan Guru Presiden.

Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Janganla jadikan PAS mcm UMNO. Taat setia tak tentu hala..Pemimpin yg salah ditegur yang betul jadikan ikutan..

Tanpa Nama berkata...

Saya mengharapkan semua pimpinan PAS samada di peringkat pusat ataupun pimpinan PAS selangor tidak menjadikan medan penyelesaian melalui sidang akhbar dan blog.. sidang media tidak pernah pada saya menguntungkan PAS... kepada PAS SElangor.. kembalikan kepada pencarian ketaatan sepenuhnya kepada pimpinan dan jangan memilih pemimpin....

Anak Bugis berkata...

PAS Selangor kena memahami kehendak majoriti rakyat yang menyokong PR, tak perlu menjadi seperti umno yang memperjuangan ketuan melayu.. PAS for All

King berkata...

Semua pejuang Pas tidak kira di Selangor atau dimana jua hendaklah meletakkan ketaatan ditempatnya yg betul.Ketaatan adalah pada perjuangan.Pemimpin spt Imam solat...ditaati apabila betul dan ditegur apabila tersilap.
Ingatlah akan ucapan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq apabila Rasul saw wafat dahulu.

Usmad berkata...

Ana sokong kenyataan pimpinan selangor. Kedua-dua pihak harus disiasat. Jangan jadi lontar batu sembunyi tangan. Siasatan mestilah adil. Yang salah perlu dibetulkan.

Tanpa Nama berkata...

Kebersamaan dan ketaatan adalah asas kerja berjamaah. Musyawarah dpt menghuraikan segala kekusutan. Nabi Muhamad s.a.w sentiasa bermusyarah dengan para sahabatnya dalam setiap peperangan yang dilalui bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Setelah berbincang, maka keputusan yang telah diputuskan akan ditaati oleh semua sahabat.

Ketaatan datang bersama dengan ilmu, tanggungjawab dan kesedaran. Islam menolak ketaatan membabi buta namun selagi arahan dalam lingkungan bukan perkara maksiat maka ia wajib dipatuhi.

Siasatan wajar menyeluruh merangkumi mendapatkan maklumat daripada seluruh YDP Pas Kawasan dan ADUN/MP Pas. Ini bagi memastikan kesepakatan dalam keputusan yang dibuat. PAS Selangor perlu kerja keras untuk mendidik orang Melayu/Islam di Selangor supaya menyakini kemuliaan bersama PAS dan Pakatan Rakyat. Sasaran utama ialah di sekitar Sabak Bernam, Tanjung Karang, Kuala Selangor- kawasan majoriti Melayu yang PAS tewas kebanyakan kerusi disana. Jika ini berjaya- kepimpinan PAS akan lebih dihormati. Selamat bekerja untuk mencari redha Illahi melalui wadah PAS. Pas Untuk Semua. Islam Rahmat Sekalian Alam.

Tanpa Nama berkata...

salam
PAS skrg dh jd mcm UMNO plak....
bla Prof Aziz Bari bg pandangan, semua melenting seolah2 PAS ni maksum....
apa laa nk jd ngan PAS sekrg.... xleh ditegur
pas2 PAS skrg nie dh ada kroni cam UMNO....
insaf laa pimpinan2 yg berotakkan UMNO
turun laaa jd ahli biasa
buat menyusahkan orang jerrr

Tanpa Nama berkata...

PAS selangor harus menguatkan prinsip kerana islam. ramai ahli pas selangor yg dilantik ahli majlis perangai dah macam umno.pentingkan projek.dapat projek takut nak bersuara . taat membuta tuli. rakyat pas di selngor bukan krn pas sahaja ttp pakatan rakyat. pas hanya ada 8 kerusi. pkr dan dap 27 kerusi. ingat tu. pas hanya amik tuah pkr sahaja nak mng.