09 Oktober 2009

PAS dakwa BN cuba rasuah tentera

Pemuda PAS hari ini mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN.

Menurut rakaman tersebut lagi, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED.

Di kem tentera tersebut, menurut PAS, seramai 847 pemilih pos layak membuang undi.


Bagaimanapun parti itu tidak menjelaskan jumlah kehadiran tentera di majlis tersebut dan sama ada keraian itu khusus diadakan untuk anggota di kem IJED sahaja.

PAS sebelum ini menyatakan ia mempunyai "mata-mata" di kalangan anggota-anggota tentera untuk memantau kempen BN di kem-kem pasukan keselamatan itu.

Rakaman tersebut dimainkan dan diedarkan kepada wartawan dalam sidang media Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pagi ini.

Ketika rakaman kira-kira sepuluh minit itu dimainkan, timbul kelucuan di kalangan petugas media apabila Nasrudin secara berseloroh berkata: "(Janji tersebut) macam Santa Claus".

Naib ketua dewan itu Sabky Yusuf, setiausaha Kamaruzaman Mohamad dan ketua penerangannya, Suhaizan Kaiat, yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS, turut hadir.

Nasrudin berkata, perbuatan Zahid dan Mohamad jelas melanggar peruntukan dalam Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya, berkaitan larangan menyogok pengundi secara langsung atau tidak langsung.

"Dan pihak Pemuda PAS akan membuat laporan kepada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan kita membatalkan keputusan pilihan raya sekiranya (keputusan pengundian) berpihak kepada BN," katanya.

Ditanya bila laporan itu akan dibuat, Nasrudin berkata, aduan kepada polis dijangka dibuat pada 6 petang ini di ibu pejabat polis Port Dicskson.

Sementara aduan kepada SPRM, tambahnya, akan dibuat segera. "SPR pula, tiap-tiap hari kita jumpa," kata Nasrudin.


Beliau menegaskan lagi jaminan Pemuda PAS untuk menyediakan khidmat guaman percuma kepada tentera jika dikenakan tindakan kerana mengundi calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pada Ahad ini.

"Setakat ini, kita terima maklumat, ada tentera yang menerima risalah, yang kita edarkan di sekitar kem, dipanggil dan diambil namanya," jelasnya.

Dengan penuh yakin, Nasrudin berkata, dewan itu kini mampu mengesan sebarang manipulasi undi pos sekiranya berlaku dan tidak akan teragak-agak menyaman pihak yang terbabit.

"Kita kini sejengkal di depan dan sejengkal di belakang," tambahnya.

Pembuangan undi pos, selama tiga hari, bermula pagi ini di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson.

Kira-kira 2,000 anggota pasukan keselamatan dilaporkan berbuat demikian hari ini (foto fail - pembuangan undi pos pada Mac 2008).

Sebanyak 4,571 tentera termasuk dalam sejumlah besar pemilih pos (4,620 orang) daripada keseluruhan 13,664 yang layak membuang undi di Bagan Pinang.

Zulkefly bersaing dalam pertarungan dua penjuru dengan calon BN Tan Sri Isa Samad yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan. Malaysiakini/-

6 ulasan:

ubatkuat berkata...

salam yb...tak payah nak beritahu pada 1 malaysia,,memang undi pos telah dimanipulasikan oleh BN sejak ujudnya UNDI POS lagi

sesiapa yg nak percaya atau tidak,,terserah

jelita purdah berkata...

Assalamualaikum..
Kami rakyat umum dah sedar YB. Dulu saya tak suka PAS sebab nampak extreme sangat..tapi diberi petunjuk dan hidayah Allah S.W.T, saya sedar, PAS menegakkan dan memperjuangkan kalimah Allah tanpa mengira kaum dan agama, untuk kepentingan sejagat, saya pun tertarik hati..Saya minta maaf pada seluruh umat ISLAM terutama peminpin-pemimpin PAS..Moga ISLAM kembali gemilang bukan hanya di BAGAN PINANG tapi di seluruh dunia..Mohon Allah beri petunjuk dan hidayah pada kita semua..

anak bagan datok berkata...

Lagi-lagi Dato Zahid buat hal.Keja rasuah ni memang dah jadi darah dagingnya. Bawak lah bertobat Dato. Rakyat Bgn Datoh memerhati aje gerak laku Dato.Jgn bagi rakyat Bg Datok bangkit.

Tanpa Nama berkata...

bukan cuba, tapi memang bagi rasuah pun

hamba Allah berkata...

askum..kadang2 susah nak taksir ape yg surat dan tersirat...mcm riak la..diri sendiri yg tahu tapi x sedar...jadi jgn tengok dari mata kasar dan dengar dr yg beselindung dengan agama islam...islam memang suci bersih tapi manusia yg merosakannya...fikir2 la..lihat la secara menyeluruh...lain padang lain belalangnya..

hamba Allah berkata...

mcm msg yg sebelum nie la..after approval....utk ape..x telus...sendiri fikir pun dah tahu...