09 Oktober 2009

Pemuda PR cabar Muhyidin debat dengan Anwar isu 'Pengkhianat Melayu'

BAGAN PINANG, 7 Okt: Pemuda Pakatan Rakyat akan menyerahkan surat rasmi mencabar Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk mengadakan debat terbuka dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tajuk 'Siapa Pengkhianat Melayu' sempena Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang.

Surat tersebut akan diserahkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, pada jam 2.30 petang ini di pejabat Timbalan Perdana Menteri Putrajaya.

Shamsul ketika dihubungi berkata, cabaran debat tersebut dibuat berikutan tindakan Muhyidin dan pemimpin Umno lain yang masih memainkan isu Anwar pengkhianat Melayu dalam kempen mereka di Bagan Pinang.

Sehubungan itu mereka menawarkan pentas debat kepada Muhyidin untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR secara terbuka supaya rakyat dapat menilai siapa pengkhianat sebenar.

"Dia (Muhyidin) mainkan isu ini di sini (Bagan Pinang), kalau betul dia berani, sambutlah cabaran debat terbuka ini, biar semua rakyat dapat tengok dan buat penilaian, tajuknya mudah sahaja, 'Siapa Pengkhianat Melayu', " katanya ketika dihubungi.

Beliau juga memberitahu, tarikh yang mereka cadang untuk debat tersebut adalah pada 9 Oktober ini iaitu dua hari sebelum hari pembuangan undi.

Debat tersebut juga akan diadakan ala debat isu minyak antara Anwar dengan bekas Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Chik yang disiarkan secara langsung sebelum ini.

Manakala moderator debat itu pula dicadangkan dari tokoh akademik.

"Kalau dia tolak bermakna dia takut dan rakyat akan menilai siapa pengkhianat sebenar," katanya.

Isu pengkhianat Melayu seringkali dimainkan Umno dalam siri kempen mereka pada pilihan raya sebelum ini mensasarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).

Namun melihat kepada beberapa kemenangan Pakatan Rakyat dalam 7 siri pilihanraya kecil lalu, ramai pemerhati berpendapat, isu tersebut sebenarnya sudah basi dan rakyat sudah tidak boleh menerimanya.

Namun, apabila ianya terus dimainkan Umno, jalan penyelesaiannya adalah debat terbuka agar rakyat menjadi hakimnya.

HarakahDaily.Net/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jgn muhyidin lak yg berbuih mulut macam shabery...
kalo muhyidin tak nak, cabar lak debat ngan tajuk siapa pengecut...
umno da takde tokoh yg berwibawa..
tinggal tokoh kitar semula ajer...
retak menanti belah....

masuksuku berkata...

Salam yb
Dalam dunia ini jika kita perasan orang yang bercakap menjurus kepada sesuatu benda atau perkara tu..contohnya di dalam kes pengkhianat ni..sebenarnya orang itulah yang melakukannya..
semua orang yang berkaitan dengan Tanah contohnya pejabat tanah di johor tahu dan sedia maklum perihal tpm masa jadi mb dulu..
nasib baik tanah johor tu tak terjual sepenuhnya pada rakyat singapura kerana ada segelintir yang masih ingat dan tak pandang pada wang..
tak masuk lagi kes pinjaman yang dibuat dan diarahkan satu jabatan menjamin..masa jadi menteri pertanian..
dan macam macam lagi..
La ni timbul pula cerita dia menuduh pengkhianat pada orang lain..mentang mentang media ikut telunjuknya yang lurus tetapi kelingking berkait itu..dia cakap ikut suka..orang yang tak berapa cerdik pula percaya bulat bulat..
untuk berdebat mana ada yang berani..sebab takda idea..kemahiran dan pengetahuan..
sebab mana nak dapat jika sibuk main golf..main perempuan ..minum..shopping dan mengira nak tambah harta saja..
ilmu..lama dah dilupakan sejak berkecimpung dalam umno dimana putih kata ketua..putih le jawabnya walau hakikat ianya hitam legam..tiada pendirian..
jangan harap le dia berani nak sambut cabaran..sebab mungkin tidak bertelur...he..he..he