16 Disember 2009

RM3 untuk pendapatan lebih RM5,000 sebulan tidak wajar

Halimah Abdullah

Saya ingin memberi komen kerana kenaikan ini terlalu membebankan. Bagaimana dengan keadaan hanya bapa sahaja yang bekerja dengan gaji sekitar RM5,000 sahaja mempunyai 3 orang anak yang belajar disekolah berasrama dan seorang lagi berada di IPT.

Sudahlah sekarang ini untuk mendapat pinjaman PTPTN sukar untuk golongan yang berpendapatan sekitar RM5,000 keatas. Untuk memenuhi keperluan asas pelajaran anak-anak golongan ini terpaksa menangung sendiri perbelanjanan untuk anak yang berada di IPT. Itu belum yuran-yuran lain seperti yuran sekolah, yuran PIBG dan yuran peperiksaan.

Dengan nilaian pendapatan keluarga RM5,000 untuk menanggung keluarga seramai 5 orang anak yang semuanya berada dalam alam persekolahan/universiti memang amat terasa perit perbelanjaannya. Pendapatan RM5,000 hanya dapat memenuhi keperluan asas kehidupan sahaja.

Oleh itu saya cadangkan formula itu perlu diubah kepada perkiraan gabungan pendapatan ibu bapa RM 10,000 ( formula : gaji bapa + gaji ibu = RM 10,000) baru lah boleh dikenakan kenaikan yuran tersebut.

HarakahDaily.Net/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak perlu yuran kalau pakatan rakyat perintah, jangan tindas rakyat

Tanpa Nama berkata...

Kepada seluruh warga Malaysia, pilihlah Pakatan Rakyat pada PRU akan datang. Memang sekarang ekonomi sedang meleset tetapi kerajaan BN telah berbelanja tidak berhemat. Banyak pembaziran, penyelewengan, ketirisan dalam mengemudi negara. Saya percaya sekiranya PR memerintah rakyat akan jauh lebih dijaga kebajikannya. Selangor misalnya, pelbagai usaha kerajaan negeri lakukan untuk kebajikan rakyat. Tarif air, bantuan warga emas dan tabung pendidikan bayi merupakan sesuatu yang tidak pernah kita mimpikan semasa kerajaan BN dulu

Tanpa Nama berkata...

bisik2 dari pegawai bahagian penganjuran Mara juga menyatakan dana utk pendidikan juga "tak ada".
apa maksud mereka dgn "tak ada"...??
ptptn masih boleh mohon tapi utk mara khabarnya BERMASALAH...

Tanpa Nama berkata...

Bermula dari sekarang rakyat mesti mempunyai pemikiran yang bijak memilih, plihlah parti yang menjaga kepentingan rakyat jangan mudah tertipu guna akal ambil tahu tentang parti yang memerintah negara