16 Disember 2009

Tugas utama Ahli Parlimen dan ADUN ialah hadir sidang.

Kemenangan BN dan kekalahan tipis Pakatan Rakyat dalam sesi undian Bajet di Parlimen kelmarin telah mencipta sejarah baru dalam sistem demokrasi di negara kita. Undian yang dilakukan dalam keadaan ramai MP kedua pihak yang ramai tidak hadir sidang. Ia menunjukkan betapa hadir sidang adalah perakara yang paling utama bagi seorang Ahli Parlimen dan ADUN.

Saya tidak kisah sangat dengan 70 orang ahli Parlimen BN yang tidak hadir sehingga mereka menang tipis dalam undian tersebut. Namun sedikit mendukacitakan ialah rekod yang menunjukkan seramai 18 orang Ahli Parlimen Pakatan rakyat (PAS, DAP dan PKR) yang tidak hadir dalam sesi yang penting itu. Jumlah itu tidak mengambil kira 3 MP Bebas yang tidak hadir iaitu Pasir Mas dan 2 dari SAPP.

PAS
P008 Pokok Sena - PAS - Mahfuz Omar
P016 Baling - PAS - Taib Azamudden Md Taib
P057 Parit Buntar - PAS - Mujahid Yusof Rawa
P101 Hulu Langat - PAS - Che Rosli Che Mat
P031 Kuala Krai - PAS - Dr. Hatta Ramli

PKR
P052 Bayan Baru - PKR - Zahrain Mohamed Hashim
P058 Bagan Serai - PKR - Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor -PKR - Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak - PKR - Mohamed Azmin Ali
P109 Kapar - PKR - Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam - PKR - Nurul Izzah Anwar
P124 Bandar Tun Razak - PKR - Abd Khalid Ibrahim

DAP
P043 Bagan - DAP - Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan - DAP - P. Ramasamy
P049 Tanjong - DAP - Chow Kon Yeow
P050 Jelutong - DAP - Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor - DAP - Karpal Singh
P103 Puchong - DAP - Gobind Singh Deo *
P122 Seputeh - DAP - Teresa Kok Suh Sim

SAPP
P171 Sepanggar - SAPP - Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau - SAPP - Chua Soon Bui

Ramai yang membayangkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku termasuklah undi tidak percaya kepada kerajaan BN setelah bajet ditolak bila undian berpihak kepada PR,walaupun sebenarnya peluang itu cuma mungkin datang sekali sahaja dalam sejarah pengundian di Parlimen.

Bayangkan apabila PM dan TPM serta beberapa orang Ahli Parlimen dan sanator BN yang bergegas meninggalkan majlis penting diluar parlimen dan hadir untuk mengundi.

Apapun setiap kelalaian itu pasti ada sebab dan musababnya dan satu tindakan perlu dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan pimpinan PAS, PKR dan DAP untuk menyiasat dengan teliti kenapa sejumlah ahli Parlimen masing-masing yang tidak hadir .

Selain itu saya sediri merasakan sesuatu yang tidak kena juga dengan pihak luar yang sering mengambil peluang dengan keberadaan ahli Parlimen di sekitar Lembah Kelang dengan mengatur pelbagai program dan menganggu jadual keberadaan MP dalam setiap sidang.

Sesungguhnya jika diteliti dalam insiden ini, semua pihak perlu muhasahab diri dan saya rasakan tidak perlu ada tuding-munuding dan saling mempersalahkan antara satu sama lain.

Semuga insiden ini akan menjadi ingatan kepada semua Ahli Parlimen malah ADUN yang dilantik supaya lebih amanah dengan hadir dalam setiap sidang, kerana perlu diingatkan bahawa tugas utama Ahli Parlimen dan ADUN ialah hadir pada setiap sesi sidang. Kecuali sekiranya berada diluar negara atas urusan resmi dan penting atau sesutu perkara yang tidak dapat dielakkan seperti sakit dan sebagainya namun perlu dibawah pengetahuan dan pengawasan parti masing-masing.

Penekanan dan memahamkan mereka bahawa hadir sidang adalah tugas yang paling utama adalah langkah yang paling wajar untuk mengelakkan mereka tidak hadir sidang.

Seterusnya saya cadangkan supaya parti masing-masing melalui sekretariat Parlimen Masing-masing atau bergabung atas nama pakatan Rakyat supaya ada satu pemantauan yang lebih teliti mengenai aliran kehadiran Ah;li Parlimen pada setiap kali Sidang.

Pengunaan sistem pesanan ringkas dan sebagainya sudah cukup untuk memaklumkan kepada Semua Ahli Parlimen untuk hadir dalam sesi kelmarin.

Sesungguhnya sesuatu yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya dan Islam mengajar kita untuk sentiasa muhasabah diri untuk mengatur langkah yang lebih baik dari hari kelmarin.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah ada semua MP Pakatan Rakyat dalam Parlimen semalam dan 1 usul undi tak percaya dibuat keatas Barisan Nasional, pasti dh tumbang BN hari ni... emmm... MP PR knapalh x abil peluang ni? atau ade udang disebalik mee??? - Aziz Al-Fayyed

Tanpa Nama berkata...

Salam. Semua wakil pas yang x hadir sidang tersebut gaji yang diterima pada hari itu jangan bagi makan kat keluarga ... tak halal kecuali "uzur" yang dibenarkan. X sangka pokok sena pun kaki ponteng... kata orang "bukan maing"...

Tanpa Nama berkata...

Perluang macamni hanya datang sekalije kenapa ahli parlimen pakatan rakyat tak buat persediaan kan mereka mesti tahu haritu ada sidang.

Tanpa Nama berkata...

mengikut speaker dewan negara, kalau bajet tdk dluluskan, kemungkinan yg dipertuan agung akan memerintahkan, parlimen akan dibubarkan...alangkah ruginye....alahai...tp da takhdir Yg Maha Esa....

Tanpa Nama berkata...

yb mahfuz kat jakarta la.jgn main tuduh je.korang ingat speker senang2 nk lulus undi x pecaya?YB PR usul,Speaker yg ada hak nk bagi ke x.kalo x bagi PR ada 81 BN ada 1 je,pun x leh buat undi.aparaa..fikir dulu sebelum cakap

Tanpa Nama berkata...

TAK AMANAH...MEMPERMAINKAN RAKYAT SERTA DUA KALI LIMA JER NGAN BN. AKU SERIK DA PANGKAT DIA ORG NI..NEXT TIME AKU TAK AKAN KUAR NGUNDI LAGI..MEMANG DASAR ORG POLITIK NI TAK LEH PERCAYA. CAKAP JER BERAPI TAPI HABUK PON TARAKKK...GI MAMPUS LA KO ORG

Tanpa Nama berkata...

Kalau mcm ni la perangai wakil rakyat pakatan, mimpi jela nak tawan malaysia 2013. Ada peluang pun tak tahu nak ambil kesempatan. Tak payah la nak menyalak lebih-lebih lagi lepas ni ko org pun dua kali lima je

Tanpa Nama berkata...

Jangan salahkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tak hadhir mereka tak tahu hari itu ada undi bajet.Mereka utamakan tugas-tugas lain.Walaubagaimanapun lain kali ahliParlimen Pakatan Rakyat utmakanlah sidang parlimen.

Tanpa Nama berkata...

bodo la kalo x tau.. yg ade hal ke luar negara atau hal2 penting gile tak pe la.. ni dah la x amek tau.. x kan la mmber2 kat dewan tu x kontek ke ape ke?? bodor aaaaaa .... yg satu lg, ni meeting kot.. yg x datang tu apahal?? mampos la diorang tau ade ke x vote bajet ke apa.. yg x dtg tu apahal?? izzah ko x dtg apahal??? harap muke je lawa.. hah..

Poyo abes la seme.. DAP ngn PKR (bekas2 umno taik) yg ramai x dtg... korang semua taik

Tanpa Nama berkata...

Awal kemenangan semua MP & ADUN kata tak kan masalah jamban rosak, dapur habis gas, bini lari tengah malam nak lapor kat kami. Tugas kami gubal undang2. Kami tak dak kerana ada sidang.

La hampa buat apa. Hampa kena ingat kita masih dalam peperangan. Dok simpan senjata kami kena tembak.

Hampa tanggung sampai mati amanah yg hampa tinggai ibarat lari dari perang.

Tanpa Nama berkata...

Adakah
1. MP tak tahu fungsi MP
2. MP hanya harap pada rakyat sahaja
3. MP makan gaji buta
4. MP tidak amanah pada ikrar sumpah
5. MP ibarat duri dalam daging
6. MP adalah Membuncitkan Perut
7. MP tidak bertanggungjawab
8. MP tak reti membaca dan menulis
9. MP itu bertopeng dan bermuka-muka
10.MP tidak layak dan patu disingkir pada penggal seterusnya