16 Disember 2009

SERAP SABK: SELAMATKAN SIS & SERATA

Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (15 Disember 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendesak supaya Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak agar tidak meneruskan usaha menyerahkan sekolah tersebut kepada Kerajaan Pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

DPPN Pk berharap Kerajaan Negeri membatalkan usaha tersebut dan jangan mengheret sekolah ini atas agenda politik. DPPN Pk merayu semua pihak agar campur tangan di atas usaha ini supaya usaha tersebut dibatalkan. DPPN Pk meminta semua Badan Bukan Kerajaan Melayu / Islam dan juga Persatuan Bekas Pelajar agar mendesak supaya dibatalkan usaha tersebut.

DPPN Pk juga meminta supaya Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Perak agar campur tangan supaya usaha ini digagalkan. DPPN Pk akan mengutus surat rasmi memohon perkenan agar Raja Dr Nazrin Shah membantu menyelamatkan sekolah tersebut.

DPPN Pk sekali lagi menegaskan agar Kerajaan Negeri tidak mengadaikan sekolah tersebut. Kerajaan Negeri sepatutnya bangga dengan kecermelangan dan kejayaan yang telah ditunjukkan oleh sekolah tersebut sebagai satu sejarah dan imej Negeri Perak.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah Selamatkanlah Sekolah ku

Sabri Batch 1999-2003....

Tanpa Nama berkata...

Minx izin copy pic skool bwh tu nk msuk dlm fb..tq3

Penegak berkata...

sya bekas pelajar SIS..tlong jgn pndah mlik sekolah ini...xspatutnya skolah ini dipolitikkn..
selamatkan SIS & SERATA...

cikgunizar berkata...

tak setuju.. apa salahnya.. adakah mengikuti kurikulum kementerian akan menjejaskan prestasi sekolah?

pentingnya dari segi kewangan.. para guru sek tersebut akan bersyukur kerana selepas ini gaji mereka akan setaraf dengan guru2 KPM, mcm yang terjadi di kelantan tahun lepas..

apa pula kaitannya dengan politik? apakah lembaga pengurusan sekolah yang berpolitik??

Tanpa Nama berkata...

salam cikGunizar.. guru nk crik makan pi brniaga.. jgn jdik cekgu.. kluk ikut kurikulum kementerian.. abehla dipinda nya semua matapelajaran.. gheti?

Tanpa Nama berkata...

saya bekas pelajar..saya bantah ianye di ambilalih..moga allah selamatkan sis n taayah..mane pbsista!!

Tanpa Nama berkata...

SELAMATKAN SEKOLAH IZZUDDIN & TAA`YAH..

Tanpa Nama berkata...

salam..cikgu nizar..smemangnye dr dulu pihak krjn cube nak amik alih sis n serata.bila krjn amik alih..of course, subject idadi+thanawi yg mmberikan fikrah dan kefahaman islam kat student akan dihapuskan.brape kerat sgt sek di malaysia ni yg still pertahankan subject2 ni?sek agama bwh krjn cnthnya,satu pun xda subject idadi@thanawi.x dinafikan ada kbaikan di sebalik krjn amik alih cnthnya gaji setaraf ngan guru2 KPM,tapi maslahah umum xkan terjaga+keburukan lg byk mengatasi segalanya.student xkan paham islam secara syumul,lahirlah pewaris negara yg korupsi,rosak akhlak spt yg ada cam skrg ni.wallahua'lam

Penegak berkata...

cikgu nizar....mungkin cikgu nizar tidak mengtahui dngn mndalam tntg hal ni..hnya pngrusan dan bkas pljar sja yg tau..adakah ckgu nzar ni bkas pljar SIS atau SERATA...
cba cikgu nizar beri beberapa nma sekolah yg masih mngajar idadi & thanawi...dan adkah sekolah tersebut di bwah prsekutuan...
jika di pndah mlik maka tiada lgi aktiviti sosial pelajar2 seperti BADAR, Usrah dan sebagainya kerana ia akan di anggap sebagai satu persatuan yg boleh merosakkan pemikiran pelajar...adakah kerajaan akan membiarkan pelajar SIS & SERATA untuk mengikuti persatuan yg brasakan kerohanian...
tidak timbul soal kewangn kerana kebyakan guru di SIS & SERATA juga dari kementerian...kesemua guru yng mengajar di SIS & SERATA juga bukan calang-calang guru yg dapat melahirkan pelajar yg berjaya..sebagai contoh Dato Zahid Hamidi..ketika itu SIS bawah kelolaan Jab. Agama..tiada masalah tidak ada duit..setiap pelajar juga membayar yuran bulan kepada sekolah dan itu tidak menjadi bebanan kepada pelajar...
apa sebab munasabab yg mengatakan SIS & SERATA tiada duit nk bayar gaji ckgu...???