Email : safarizal saleh
Kenyataan Media (15 Disember 2009)
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta seluruh rakyat melihat penyata rasmi yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Perak semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua pada hari Khamis, 7 Mei 2009 di Dewan Mesyuarat, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh sebagai bukti yang kukuh kedudukan V. Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah.
Penyata rasmi tersebut jelas menunjukkan suasana yang yang telah berlaku dan dengan jelas berlaku pelanggaran peraturan-peraturan sidang DUN. Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak jelas mengganggu urusan perjalanan sidang DUN pada 7 Mei 2009. Datuk Rahman telah mengganggu tugas dan arahan V. Sivakumar sebagai Speaker pada hari tersebut.
DPPN Pk mendesak supaya satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan untuk menyiasat kemelut yang telah berlaku semasa sidang DUN Perak pada 7 Mei yang lalu. DPPN Pk juga meminta supaya tindakan terhadap Datuk Rahman juga di ambil berdasarkan penyata rasmi tersebut yang jelas beliau telah melanggar peraturan sedia ada sebagai penjawat awam.
DPPN Pk juga memohon perkenan Seri Paduka Sultan Perak dan Raja Muda Perak melihat penyata rasmi tersebut sebagai bukti bahawa jelas kelihatan telah dilanggar oleh 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Dr Abdul Rahman dan bentara-bentara yang telah ditugaskan. DPPN Pk merayu Seri Paduka Sultan Perak dan Raja Muda Perak mengadili kemelut ini dengan kebijakkan sebagai Raja yang memerintah.
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

3 ulasan:
hiss, hiss, hiss,....tak patut,tak patut.
ambe cadang anjur solat hajat terus menerus setiap minggu di semua surau masjid kita. Doa kasi 'pecah' zambry punya 'perut'.
Zombrie pun satu hal. Dulu waktu hang jadi 'lecturer' aku, mcm2 hang bagitau yg tak betul dlm pengurusan political economy negara. Skrg hang yg bersekongkol dgn kezaliman. Taubatlah...
siasat janan tak siasat
Assalamualaikum,
Perlukah kita menubuhkan SIASATAN DIRAJA?... sekarang nie UMNO boleh buat aper sahaja susah nak percaya..
Kalau ikut undang-undang memang sah la v. sivakumar tu yang betoi sebagai speaker tapi kenaper Sultan & Raja-2 kita tak buat benda yang betol?
Catat Ulasan