Email : wmashor welias
Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.
Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?
Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke- 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.
Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?
Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!
Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....

9 ulasan:
Alangkah indahnya jika dia menjawab begini "Aku mengikut sunnah Nabiku".
Tapi dalam sejarah, Tengku Kudin ni memang terkenal sebagai penyokong Inggeris, jadi tak peliklah dia jawab begitu.
tangan jari mengandungi sejenis asid untuk mempercepatkan penghadaman makanan dalam usus dengan cepatnya.
kalau kalian tak percaya kalian beli lauk gulai lepastu sentuh gulai dengan beberapa jarinya tengok dalam sejam dua lauk gulai itu boleh basi atau tak....
siapa tengku kudin?
salah satu kelebihan makan pakai tangan yg di ajar nabi, mengikut sains, setiap hujung jari manusia merembeskan sejumlah kecil asid nitrik( xbrape pasti asid ape,terlupa, tp yg pasti asid tu mmbntu penguraian mknn) yg membantu proses penguraian bahan makan..sbb tu usus Nabi sgt bersih krn amalan menjilat hujung jari slps mkn yg mmbntu proses penghadaman mknn dlm perut..ttg jwpn tengku kudin tu, itu adalah jwpn yg tepat bg menghadapi puak orientalis yg atheis pd ms tu..puak atheis melebihkan hujah akal dr hujah mn2 agama, lebih2 lg hujah mengikut sunnah Nabi..tp sbg seorg Islam kita dituntut berbangga dgn Iman dan Islam yg kita miliki, termasuk la sunnah Nabi Muhammad..wallahua'lam
from: anak perak
faizzer: tengku kudin adalah org yg bertanggungjawab membawa pengaruh british dlm pentadbiran selangor..dia melakukan perkara itu semasa perebutan kuasa pemerintahan dgn seorg lg anak raja selangor..dia memohon bantuan british utk menyokongnya menjadi raja di selangor..akhirnya british mendapat peluang utk menempatkan seorg residennya di selangor dgn membantu tengku kudin menaiki takhta..sila betul kan jika fakta ni adlh salah. terima kasih.
from: anak perak
tengku kudin sultan kedah pada zaman Yap Ah Loy masuk ke malaysia tanpa paspot hahaha.
faizzer berkata...
siapa tengku kudin?
Sah!(Faizzer) tak belajar Sejarah.
Tapi tak bole salahkan die.,kerana subject Sejarah tidak lagi di beri keutamaan .
He!he!jgn maree.
asidnya kalau tak silap di panggil enzim.
dalm national geografi dah bagitahu.
tak kisah apa pun alasannya, yang pasti Tengku Kudin menjawab secara spontan. kalau cakap bab agama pun mat salleh tu bukan paham sangat. Oleh itu perkara remeh temeh usahlah dipertikaikan. Kita lebih risau kalau Al Quran dan sunnah nabi diabaikan, tidak solat dan banyak lagi.
Wallahualam
insan kurang ilmu
Catat Ulasan