20 Januari 2010

Anugerah Juara Lagu 24

04 Safar 1431H
Email : ameer ..

Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;





Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?


Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?






Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.


Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.


Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.





* ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?

Apa persamaannya?

Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah


Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.



23 ulasan:

abukhuzaifah berkata...

tv3 sengaja buatnya spt kebetulan tp siapa tahu ahli2 freemason malaysia sdgkan byk bangunannya di malaysia jd siapakah yg mengisi perjumpaan2 yg diadakan dlm bangunan trsebut

cahaya malam berkata...

salam..

Alhamdullilah..
moga disebarkan lagi pendedahan ini..'

*jangan tak tahu,
menteri kita pun ada yang terlibat..


wassalam..

Tanpa Nama berkata...

menentang penggunaan nama ALLAh oleh agama lain bukan main sungguh.tapi bila jd nya hal-hal begini xdela plak sape2 nak sibuk2 tumpang sekaki nak kutuk.sokong lg adala.rasa malam tu rais yatim ada jgak. kena tanya dia ni. kita bukan main marah bila agama lain guna Perkataan ALLAH. tp cuba tanya diri kita, adkah kita merasa malu marah jika tengok anak melayu kita dalam keadaan sepertimana yg ditunjuk di atas td.ada kita ambik berat.hukum halal haram yg dituntut oleh agama kita xambik peduli.sedangkan perkara beginilah yg menunjukkan kita ingkar perintah ALLAH.BERDOSA BESAR!!! tp apa yg pihak tertentu lakukan.xde bukan.galakkan lg ada. xpelu la kita nak tunjuk kita la pejuang agama islam,pejuang hukum ALLAH.tp pada masa yg sama kita benarkan kemungkaran berleluasa di atas muka bumi ini. apa ni BRO. mukin slogan ! malaysia kot.semua bleh.campur jd rojak xpe.xde sape nak tegur.mana mufti2 kita.mana ahli ulamak ustaz(tolak Ulamak n ustaz pas je) yg lain hampeh,nak tegur kemungkaran pun takut.kerana apa,keran takut periuk nasi berkubur.skrg kena jg2.silap tegur,makan nasi BUBUR.kpd mereka yg btgjwb tu,cuba pandang n lihat,apa yg berlaku skrag.jgn kerana isu klaimah ALLAH,kita nak tunjuk kita lah juara yg menentangnya.olah kerana takut agama lain memesongkan FAHAMAN masyarakat islam.tp kita mudah lupa,bahawa masyarakat islam skrg terutama remaja dah lama terpesong dr ajaran agama islam yg sebnar....APAKAH TINDAKAN KITA.BUAT DEKKKKK JEEEEE.

Tanpa Nama berkata...

bila artis buat apapun tak ada masalah. sekalipun haram dan boleh rosakkan akidah.sibuk para agamawan mencari dalil menghalalkannya.Hatta bersiaran dengan artis tidak bertudung pun ada golongan agamawan. ke mana hilangnya sensitiviti kita sbg umat Islam..mungkin inilah suasana akhir zaman

Tanpa Nama berkata...

fuh... macam cerita The Lost Symbol versi malaysia pulak....

anyway, thanks YB for this article.

Tanpa Nama berkata...

dimana para pengkritik hebat spt vip,para agamawan, ulamak dll yang dulu sibuk dok kritik Ustaz MAZA...tetapi dlm hal hiburan semuanya pejam mata dan bertepuk tangan ...berhibur sekali. inilah perangai mereka..kalau dlm hal ugama..menentang habisan,ttp dlm hal hiburan ini...lu sendiri tengok la...rakyat rosak pun x pe..tp jgn merosakkan pangkat gue

ziey berkata...

salam...
dah teruk dah malaysia ni,tak sabar nak tunggu pas memerintah,nak jadi kan malaysia cam negara islam yang betul-betul amalkan ajaran agama islam, dalam semua hal.anak bangsa kita jadi rosak sebab...terlalu kurangnya ajaran agama di sekolah-sekolah di malaysia, sepatutnya pada peringkat pra sekolah lagi perlu di terapkan nilai2 murni dan pengetahuan agama yang jitu.tapi....sekarang "1 malaysia boleh", boleh jadi rojak,campur semua,halal ka.. haram ka...semua ada..semua boleh..habis lah malaysia..

Tanpa Nama berkata...

salam to all..

bn kata semua tu boleh.tak percaya tanya harusani(ketua segala mufti di malaysia)

Unknown berkata...

program ni program maksiat tkkanle nak suruh JAKIM jadi set designernya pulak...tentule puak2 pro yahudi yang buat...so kena faham le bro tp pernah juga nampak ada ustaz yang amik job baca doa untuk berkatkan program maksiat.....emmmmm tak phm den

Tanpa Nama berkata...

Inilah malaysia 53 tahunnya telah merdeka & ugama resminya ISLAM...

Masih nak tiduq lagi.. sedarlah..

Tanpa Nama berkata...

salam ziarah.. minta izin untuk copy artikel diatas untuk disebarkan...

Tanpa Nama berkata...

Macam dokumentari siri The arrivals
http://www.youtube.com/user/Fr33DoMFighT3Rz#p/u/64/x9zrPH6HMu4

JIhbIz berkata...

in politic nothing happen by accident, if it happens, it was planned that way - bekas presiden amerika, rooservelt

Tanpa Nama berkata...

majlis himpunan ulamak2 dunia kt sebelah bukit jalil jer mlm tu..tak plak seramai yg duk melangut kat pesta hiburan tu...cuba check, JAIS ada join tak kt majlis ilmu tu...ntah2 duk huha sama kt stadium tu..Menteri budaya pun duk hegeh skali kt stadium tu! Pastu tanpa segan silu tunjuk jaguh Isu perkataan ALLAH...

Balqis Rashdeen berkata...

dah berapa kali ustaz dan ulama tengur mana maksiat mana ajaran Islam yang benar. tapi tengoklah apa depa buat?? didatangkah hujah yang berapi2 membenarkan tingak mereka yang membabi buta. nescaya bila ditanya mana datang sumber.. percaya la pengikut2nya tak tahu dari mana. kasihan anak-anak melayu Islam yang muda. buata2 ikut saja. tak percaya tanya budak yang pakai gitar hitam putih tu.

Tanpa Nama berkata...

adoi tolongla.....

Tanpa Nama berkata...

aman:
Tanda-tanda kiamat:

Bermaharajalela alat muzik[perlu rujukan]
“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Bil berkata...

Sbg seorang designer, sy ingin sntiasa ingtkan diri sndiri dan rakan designer lain supaya sntiasa bringat pd Allah dlm karya yg dihasilkn, dan ambil peduli tntang benda2 cult/songsang camni, sbb kdg2 kita main amik je design tanpa selidik latar belakangnya.
Sbg contoh dlm satu islamic design, ada pula kerawang arab yg ada star of david di tengah2, mungkin sengaja tp mungkin designer x tahu TAPI benda ni penting, kena ambil tahu.
Dan carilah bidang rekabentuk yg 'selamat', insyaallah saya bekerja dlm penerbitan buku2 ilmiah ni x terjerumus dlm saham menolong kerja2 sesat camni. Gaji byk tapi x berkat buat apa..

Tanpa Nama berkata...

Janganlah nak suruh ustaz2 komen hal juara lagu. Juara lagu tu sendiri dah melalaikan. Para ustaz tak sepatutnya tengok hiburan macam ni. kita semua ni dah diberi amaran jangan tengok, tapi masih nak tengok juga. Bila ada isu, nak salahkan orang lain pula. sepatutnya kita boikot ajelah hiburan konsert2 tu.. barulah mereka tak ada duit nak buat lagi.

Tanpa Nama berkata...

salam 'alaik

sy ni sgt jahil dlm ilmu islam. mtk maaf sy xphm la artikel ni tentang yg tersirat di sebalik semua gambar yg dipaparkan. apa itu lady in red? sy da bukak youtube tp its just a song? er mtk maap. n checkered floor..sedangkan sy suka design checkered tu, ah jahil nya diri ini. maaf sekali lg. harap ada yg dpt bantu sy leraikan kekusutan ini ;)-hamba jahil

bapak jahil, x tau nak buat ulasan, berkata...

hmmm. agaknye otak korang memang dah terpengaruh ngan masonic punya idea, tu disbbkn korang kate biase.
lol. x tau jgn buat kepale tau(TTBKT).
my brother is doing a research on masinic culture, i know lah. ayyo, susah sangat nak terima bukti, tahyul kat tv pecaye, nie bukti dah ade dpn mate kate karut.

Tanpa Nama berkata...

Anda disarankan melayari the arrivals versi english dan suatu kedatangan versi melayu di youtube, di situ segala persoalan akan terjawab.

Tanpa Nama berkata...

ini hanyalah hiburan..tak ada keje lain ke? tak ada orang terfikir atau ternampak benda benda yang sengaja dijadikan isu. Anyway saya prefer Astro. Good Luck TV3..