11 Februari 2010

Bertarung di `mahkamah rakyat' – Nizar

26 Safar 1431H
Nazri Abdullah

PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.

Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.

Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.

Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.

“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.

Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.

“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.

Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah hari.


Harakahdaily.net/-


2 ulasan:

malaysia baru berkata...

Gerakkan semua ahli PR berjumpa setiap pengundi sebagai persediaan untuk kemenangan yg lebih BESAR.

Jebat_Musibat berkata...

Tuan,
jangan bimbang, dulu adik ipar saya dan seluruh keluarganya berhampiran selama, Bukit Merah adalah orang2 UBN. Namun selepas pengalaman yang dilalui baru2 ini, keseluruhan keluarganya dah pun berubah.

Mereka tidak lagi menyokong BN, apatah lagi berdasarkan bukti2 pandangan yang ada di sekeliling mereka. Mereka sempat merasa beza antara 2 kerajaan yang memerintah walaupun sebentar. Terutama dalam soal tanah.

Adun2 PR lazimnya lebih dekat dengan rakyat, tidak hidung tinggi seperti UBN. Contohnya yang diberi pada saya ialah, betapa besarnya rumah seorang bekas adun dan menteri jika tak silap di kawasan pekan semanggol. Tak nampak muka dah sebab dah tak boleh berbangga macam dulu. Adun baru dikawasan tersebut boleh berborak2 di pekan sehari yang mana tidak pernah berlaku sebelumnya.

Dia berkata, seluruh keluarganya sudah celik. dan nampak. Berdasarkan sikap ahli2 Adun BN, mereka tidak akan jadi baik, sebab memang ramai yang dah perangai tidak elok semula jadi.

hati yang bersih semula jadi akan nampak jua. tapi perlu diingat, walaupun PRU13 akan datang menjelma. Saya tidak jamin akan ada Pilihanraya yang bersih di Perak. Sebaliknya mungkin sekotor-kotornya akan berlaku.

Sekian.