11 Februari 2010

MAHKAMAH AKUI RAMPASAN KUASA OLEH UMNO DI PERAK: PESURUHJAYA PAS PERAK SOKONG PENDIRIAN MURSYIDUL AM PAS

26 Safar 1431H
Email : mohd hafez sabri

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak menyokong penuh kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan bahawa mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak.
Beliau menyatakan perkara ini jelas bertentangan dengan prinsip negara demokrasi apabila kuasa menentukan kerajaan tidak dikembalikan kepada rakyat semula.

Beliau turut meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes dengan menanam kebencian terhadap umno dan menentang kezaliman yang dilakukan umno yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kuasa.

Bagi beliau keputusan yang dikeluarkan mahkamah ini adalah keputusan yang penuh dengan konspirasi yang disusun bagi menyelamatkan umno.

Beliau turut menyatakan sokongan penuh kenyataan Mursidul AM PAS yang menyatakan apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik dan khianat kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyatakan bahawa, rakyat perlu memprotes keputusan mahkamah tersebut, hal ini kerana zambry dilihat sebagai Menteri Besar yang diputuskan mahkamah, bukannya Menteri Besar yang diangkat oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke 12 sebelum ini.

Menurut beliau lagi, umno sememangnya sangat licik dalam merosakkan seluruh sistem yang ada dalam Negara ini, tidak mustahil Negara ini akan rosak nilai keharmorniannya akibat dari politik kotor yang dimainkan umno ini

Memetik ucapan beliau, “ Keadilan adalah satu perkara wajib ditegakkan, selagi mana umno terus berkuasa selagi itu kezaliman akan menindas rakyat”

Sehubungan dengan itu beliau memberi peringatan kepada UMNO bahawa Keputusan mahkamah ini, akan menjadi rujukkan di masa hadapan, dan tidak mustahil UMNO/BN akan kehilangan kuasa kerajaan dengan cara yang sama, sepertimana yang berlaku di Perak ini.

“ Kita telah sedia maklum bahawa Yang Dipertua Dewan selalunya akan memihak pihak kerajaan. Dan sesuatu usul tidak percaya kepada Perdana Menteri mahupun Menteri Besar sukar dilakukan akibat dari kerenah Yang Dipertua Dewan, Namun dengan rujukan kes seperti di Perak ini, jika undang-undang tubuh negeri hampir menyamai undang-undang tubuh negeri Perak, usul tidak percaya di dewan secara tidak langsung tidak lagi diperlukan, melain perlu dibuktikan kepada YDP Agong atau Sultan bahawa MB tidak lagi menerima sokongan majoriti, hanya melalui perkenan istana maka secara tidak langsung sebuah kerajaan boleh diguling” jelas beliau.

11 ulasan:

Raziq Najab berkata...

Hakim & Kerajaan zalim akan dihumban ke Neraka!!!

Tanpa Nama berkata...

Memang ye...memang kena protes...kerajaan BN yang baru tak demokratik...dilantik luar dari sidang DUN..kok ye nak beralih..usul undi tidak percaya dulu..kan dah berpanjangan dah kes ni..dah bertahun..

Kapten Zero berkata...

Menurut beliau lagi, umno sememangnya sangat licik dalam merosakkan seluruh sistem yang ada dalam Negara ini, tidak mustahil Negara ini akan rosak nilai keharmorniannya akibat dari politik kotor yang dimainkan umno ini; Jadi Jauhilah UMNO dan jangan bersekokong dgn nya. walaupun dalam bentuk UG. ingatlah...jangan cakap saja amalan , tindakan dan pelaksanaan itu yang penting. Tidak boleh proses bila kena batang hidung tu...tak nak dengar nasihat Islam ke...

Tanpa Nama berkata...

dulu kita digebirakan oleh umno/bn keluarnya satu orang adun mereka nasaruddin.. utk ape? utk menyadapkan hati kita...
dato sri nizar pulak kata ada 3 lagi adun yg nak kluar.. tgk2 adun kita yg keluar 3 org

sekarang ni pulak bagi tau.. sebelum keputusan mahkamah kita menang 4-1 sblknya kita klah 5-0

mene lah radio buruk yg kita dgr tak tau lah...

Tanpa Nama berkata...

wahai saudara sekelian............sudah sudah lah perkara dah selesai. Kalau nk perintah juga pancing lah adun bn tu dan kalau dh cukup majoriti mahkamah kata siapa pun boleh perintah. Untuk Pengetahuan semua MB tidak dilantik oleh rakyat tetapi dilantik dikalangan orang yang mempunyai majoriti. Rakyat hanya melantik adun sahaja. wallahualam............

Tanpa Nama berkata...

wahai kapten zero, apa benda islam nye kalau orang masuk mahkamah kauj orang semua sembahyang di atas jalan raya. Kita bukan dia afganistan atau di palestin. Kita banyak masjid dan surau sembahayang lah disana...........

Tanpa Nama berkata...

kawe rasa kalau undi rakyat takleh pakai.. mampus le kita.. hak RAKYAT betul pun boleh jadi dihukum salah.. mana lagi kita rakyat nak lari .kalau silap ckp yg KENA BTG HIDUNG DIA kena ISA KITA. HARAPAN KITA TAK JADI KAKI FITNAH PEROSAK BANGSA KITA..RASA ORANG NON BUMI DOK TEPUK TANGAN DAN POKET TENGOK BANGSA KITA KOT.. DIA CARI DUIT KITA PERABIH..

damai berkata...

selamat teruskan semangat memenangi hati rakyat dan kepercayaan mereka.

mohon bantuan tuan tolong linkkan blog kami http://kritik-damai.blogspot.com semoga menjadai kepanjangn pihak tuan dalam alam siber. tq

baei berkata...

Takpalah ustaz, terima seadanya tetapi pada masa yang sama kita bina kekuatan dalaman dan luaran, masuk ke semua cerok rantau di perak bagi membuka hati rakyat. Kita mesti tunjukkan kemampuan dan kebenaran kita. Saya percaya pada pilihan raya akan datang boleh mencapai lebih baik daripada sebelumnya.

Tanpa Nama berkata...

Kapten Zorro in pekak badak la. Bila masa PAS nak adakan UG dengan UMNO. Dato Nik kata dia nak duduk semeja dan dakwah kepada UMNO. Itu sahaja. Bangang betulk puak BN nie

Tanpa Nama berkata...

Bismillahirahmanirrahim, Ya ALLAH Ya Tuhan ku sekiranya keputusan hakim-hakim yang menjalankan amanah mu ini berada di dalam pihak yang benar, adil dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawabnya maka Ya ALLAH selamatkan lah mereka dari kecelakaan dan kesusahan. Berikanlah mereka kekuatan untuk menghadapi segala tohmahan dan perasaan benci orang lain terhadap mereka. TETAPI sekiranya mereka ini tidak berlaku adil, zalim dan mengkhianati orang-orang yang benar hapuskan segala nikmat mu dunia dan akhirat ke atas mereka-mereka ini.Kau Peritkan sinaran matahari Mu di siang hari, kau panaskan sinaran bintang dan bulan Mu dimalam hari, kau pahitkan segala apa yang keenakkan untuk mereka-mereka ini, Jauhkan mereka ini dari ketenangan dunia mu Ya Allah,kau gusarkan hati-hati mereka ini semoga mereka mendapat hidayah dan mengerti bahawa tiada tuhan yang di sembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.Amin ya rabbalAlamin. -BPayong69.