26 Safar 1431H
Email : Haris Akhlaken
KENYATAAN MEDIA
Keputusan Mahkamah menolak rayuan Dato’ Seri Nizar Jalamaluddin bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah harus diterima dengan tenang oleh rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat.
DPPKG menyatakan bahawa walaupun rakyat secara umumnya merasa tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, ianya harus diterima sebagai keputusan oleh mahkamah yang tertinggi di negara ini dan ianya tidak akan diubah dengan sekadar luapan emosi dan rasa marah.
DPPKG berharap seluruh penyokong dan pedokong Pakatan Rakyat tidak dipengaruhi oleh emosi dan rasa marah sehingga bertindak diluar kerangka rasional dan menyerahkan sebarang tindakan kepada kebijaksanaan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
DPPKG juga menasihati agar penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat tidak terpengaruh dengan provokasi-provokasi dari pihak luar yang cuba untuk memanipulasi emosi rakyat untuk bertindak di luar batas undang-undang dan memberikan imej yang kurang baik kepada rakyat.
DPPKG berpandangan perkara yang paling perlu dilakukan oleh semua lapisan pendokong Pakatan Rakyat ialah memperkemaskan jentera di semua peringkat bagi menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa. DPPKG berharap keputusan ini tidak akan meruntuhkan moral dan keyakinan rakyat untuk terus bersama-sama Pakatan Rakyat bagi menghadapi Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang.
Akhir sekali, DPPKG berharap agar seluruh rakyat memohon dan bermunajat kepada Allah SWT agar kezaliman yang berlaku hari ini akan memberikan lebih kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah berjuang agar suatu hari nanti akan terbina sebuah Negara Berkebajikan yang lebih demokratis dan adil kepada semua.
Yang benar
HARIS BIN ALIMUDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS
Kawasan Gopeng.

5 ulasan:
dah kalah sudahla ..
kami dapat buat duit dengan bn..
dengan Pas kami tak boleh buat duit...pi ceramah pas kena bayar duit
pi ceramah..oops konsert bn dapat duit, dapat baju , duduk atas kerusi lagi.kah kah kahak...tuih. aku budak bn
Inila dia ( kepada ulasan 1 )jenis penyokong bukan kerana kebenaran tapi kerana duit. hancutlu
mahkamah bertingkat2!!!!!! wahahaha jiran bawah jerit nizar..jiran atas jerit zambry!!!! waahahhahaa
aku sokong hang ludah BN.
Ingatlah, Kematian merupakan sesuatu yang pasti. Surah Al-Mulk, Ayat 2:
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Catat Ulasan