25 Rabiulawal 1431H
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Sehari sebelum genap 10 tahun pendakwaan dibuat ke atas mereka kerana mengadakan demo membantah sekatan permit yang dikenakan ke atas akhbar Harakah, Mahkamah Majistret membebaskan kesemua tertuduh.
Mereka dibebas dan dilepaskan selepas saksi dari pasukan polis tidak menghadiri perbicaraan yang sepatutnya diadakan pada hari ini.
Yang dibebas Tian Chua, Sivarasa Rasiah, Hishamuddin Rais, Zulkefli Anwar Ul Haq atau Zunar, Munir, Mona Sofian, Nora, Malik Husin, Ansari, Lokman Nor Adam.
Seorang lagi tertuduh, Omar Tan telah meninggal ketika kes masih berjalan.
Esok 11 Mac genap 10 tahun pendakwaan ke atas mereka dikenakan.
Kesemua mereka ditangkap di perkarangan Masjid Negara kerana mengadakan demonstrasi aman membantah sekatan yang dikenakan Kementerian Dalam Negeri ke atas permit Harakah pada tahun 2000 lalu.
Harakah yang diterbitkan dua kali seminggu sebelum itu telah dibenarkan terbit dua kali sebulan sahaja mulai Mac 2000.
Ia dipercayai dibuat selepas PAS menang besar dalam pilihan raya umum 1999 iaitu mendapat dua negeri, Kelantan dan Terengganu, di samping 27 anggota Parlimen.
Harakahdaily.net/-

1 ulasan:
Apa perkataan yang sesuai untuk kumpulan yang memiliki kuasa tetapi menyalahgunakannya?
Celaka! Siapa? UMNO.
Mereka hanya mahu menyusahkan orang dan tahu mereka tidak akan menang dalam perbicaraan.
Catat Ulasan