12 Mac 2010

Rakyat tiada pilihan, tukar kerajaan BN

25 Rabiulawal 1431H
Hashim Abdullah

BANDAR JENGKA, 10 Mac: Rakyat di negara ini tidak ada pilihan selain daripada menukar kerajaan Umno/BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat jika mahu melihat masalah yang dihadapi negara ini dapat diselesaikan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bercakap dalam forum Maulidur Rasul anjuran PAS Kawasan Kuala Krau, di Dataran Masjid Lama, Bandar Jengka, malam tadi, Tuan Ibrahim menambah, adalah amat mengecewakan selama 50 tahun lebih Umno/BN diberikan kuasa oleh rakyat keadaan masyarakat semakin bertambah buruk.

“Bukan kita suka-suka nak sebut tetapi rakyat telah memberikan peluang kepada pemerintah yang ada berkuasa selama lebih 50 tahun. Keadaan masyarakat semakin bertambah buruk.

“Kita tak boleh bayangkan bagaimana teruknya masalah sosial yang melanda negara sekarang ini. Kita ada masalah dadah yang teruk, masalah rasuah, masalah penyelewengan, anak luar nikah dan berbagai masalah yang tidak lagi mampu dikawal. Sebab itu kita nampak tak ada jalan lain melainkan rakyat kena tukar kerajaan yang ada,” katanya.

Turut menjadi ahli panel ialah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Kamal Ashaari, pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani sementara pengerusi forum, Ustaz Sahril Azman di hadapan kira-kira 2,000 pendengar dari kalangan warga Jengka hadir.

Harakahdaily.net/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam dr dlm Gua Bkt Putus, G.Semanggoi;

Jika apa yg dinyatakan DatukTITM itu dijadikan alasan utk nyahkan UBN, aku sokong sgt2. Tetapi, segala deraf bentuk pemerintahan kita nanti perlu dijelaskan secara lebih specific, kerana rakyat dikatakan kini dah tolak retorik permukaan.

1. Jelaskan bagaimana kerjasama dgn DAP & PKR dpt direalisasikan sebagai satu entiti. Jgn hanya laungkan DAP dah terima Islam melalui kita. Agak mengelirukan. Padahal dlm siaran2 mereka, jelas ada penentangan.


2. Bagaimana PKR, dgn socialist & ultra liberalnya?

3. Bagaimana dgn anggapan umum terhadap grassroot PAS yg dilabelkan, kasar, kurang beradap & tak punya jatidiri bangsa.

4. Terangkan kenapa penolakkan kepada soal kebangsaan perlu ada pd perjuangan.

5. Kenapa module luar sering diguna & disanjung sebagai contoh, padahal tak ada satupun negara dluar yg punya keunikan struktur polarisasi & ideologi seperti kita.

Kenyataan apa yg dah berlaku di Perak sebagai bukti kegagalan sebuah bentuk pakatan yg tak menjadi. Manakala bagi Selangor, keseluruhan struktur kerajaannya dilihat dah dikuasai puak2 socialist & ultra liberal. Kelantan, dilihat sebagai segala-galanya adalah TGNA. Apa jadi setelah ketiadaan beliau?. Kedah, antara yg terselamat tika ini. Jgn salahkan musuh kita semata-mata di atas kelemahan sendiri. Jika kita merasakan rakyat dah celik, maka, berhati-hatilah.

Sepertimana madah pujangga Jin aku:

" sesekali, selak sama kain kita. Jgn dok asyik selak kain org ja, kerana org kita lah yg paling ramai pakai kain!"