12 Mac 2010

Mazlan Aliman dibebaskan

25 Rabiulawal 1431H
Hashim Abdullah

RAUB, 11 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman pagi ini telah dibebaskan dibebaskan dengan bon polis RM3,000 dengan seorang penjamin berhubung isu dialog bersama peneroka Felda Lembah Klau, Selasa lepas.

Mazlan yang tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Raub sekitar jam 10.30 pagi seterusnya dibebaskan pula oleh mahkamah setengah jam kemudian.

Selepas itu, Mazlan dibawa semula ke Ibu pejabat Polis Daerah Raub dipercayai bagi urusan dokumentasi dan pembebasan sepenuhnya.

Peguamnya, Haris Abdullah memberitahu satu sidang media khas akan diadakan di pejabatnya bagi memperjelaskan kedudukan kes Mazlan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS didakwa mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan dan didenda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Selasa lalu, difahamkan Mazlan membuat lawatan ke Felda Lembah Klau untuk menziarahi tiga peneroka yang ditahan polis sebelum ini atas dakwaan menceroboh kawasan Empangan Krau serta mengadakan dialog dengan generasi kedua di Felda berkenaan.

Beliau ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub petang itu ketika membuat laporan polis berikutan tindakan pengurusan Felda bekenaan yang cuba menahannya.

Harakahdaily.net/-

2 ulasan:

Raziq Najab berkata...

SYABAS MAZLAN!!! SEMOGA IANYA MENAMBAH LAGI KEKUATAN DALAM DIRI ANDA SEBAGAI PEJUANG ISLAM TULIN SEBAGAIMANA PEMIMPIN2 ISLAM TERDAHULU!
TERUSKAN PERJUANGAN BIAR SYAHID DARI MENJADI BACUL DAN PENJILAT KEKOTORAN & NAJIS UMNO!
PERSETAN DENGAN KEBANGSAAN!
PERGI JAHANAM DENGAN UMNO!!
ALLAHUAKBAR!!!

Tanpa Nama berkata...

Tak tahulah apa nak jadi dengan polis malaysia..asyik jadi barua parti mungkar/umno je..tak pikir gaji yang mereka perolehi tu dari wang rakyat bukannya wang umno..boleh ke gaji tu dikatakan halal..kemudian lepas sama2 buat kerja mungkar atau mempertahankan parti mungkar)bagi anak isteri makan..