12 Mac 2010

Populariti Najib menjunam

25 Rabiulawal 1431H
Tun Telanai

Kita berasa amat bersyukur ke hadrati Ilahi kerana seorang PM Malaysia yang baru memegang kuasa tidak sampai satu tahun sudah tidak popular di kaca mata rakyat yang dipimpinnya.

Kita juga turut bersyukur kepada Allah swt dengan tidak popularnya PM, maka secara tidak langsung populariti UMNO yang gah dengan slogan ‘juara rakyat’ turut terjejas. Kita berharap slogan tersebut akan tinggal slogan sahaja. Biar rakyat yang akan menilainya. UMNO telah pun menghampiri hari senjanya.

1 Mei ini usia UMNO semakin tua. UMNO akan mencapai usia ke-64 tahun. Dalam usia itu, UMNO sudah tidak dapat berlari sekuat dulu lagi. Usia tua melemahkan segala urat saraf. UMNO tidak berupaya untuk bergerak cergas seperti ketika usianya masih muda remaja. Walaupun begitu, UMNO masih lagi bernasib baik.

Ia ada tongkat untuk berpaut. Tongkat UMNO ialah institusi Raja-raja Melayu, PDRM, SPRM, SPR, system kehakiman yang tempang dan jentera-jentera kerajaan. UMNO terus bergantung kepada institusi-institusi ini untuk melengah-lengahkan ia ditalqinkan.

Umno juga serupa dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah lainnya. UMNO bersifat baharu. Setiap yang baharu akan tetap menemui ajalnya. Ia tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah swt sahaja.

Berapa banyak kerajaan-kerajaan [bermaksud parti juga] terdahulu dihapuskan oleh Allah kerana sifat tamak haloba meraut kekayaan negara sepuas hati, rakus dengan kuasa, zalim dan penindas rakyat, rasuah, pecah amanah dan menjadikan kuasa sebagai alat untuk kepentingan peribadi, bukan untuk kepentingan rakyat dan negara.

GOLKAR,di Indonesia pimpinan Suharto, jatuh. LDP di Jepun turut tumbang. Marcos dan Shah Iran juga ditumbangkan oleh rakyat dengan izin daripada Allah. Parti Baat pimpinan Saddam Hussein juga turut dimusnahkan oleh Allah. Sekarang kita perlu bersabar menunggu detik-detik kehancuran UMNO. Tanda-tandanya mulai jelas kelihatan hanya masa dan Allah akan tentukan harinya.

Najib Tun Razak PM yang bermasalah. Mana ada PM di Malaysia yang perlantikannya dipertikaikan oleh rakyat. Rakyat telah menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong untuk menghalang Najib dilantik sebagai PM ke-6. Najib banyak tercalit dengan tuduh-tuduhan yang amat memalukan. Berbagai skandal melibatkan dirinya. Oleh kerana itulah, Najib menjadi PM yang tidak popular baik di dalam Negara mahu pun di luar negara.

TV3 mengakui hakikat ini. Sumber TV3 menyebut, hanya 270,000 orang menonton sahaja yang menonton wawancara Ahmad Talib dengan Najib pada 18 Januari lalu.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak sabar nak tunggu PRU 13 nak tengok UMNO-BN dan orang-orangnya tumbang, insya allah semua pasti berlaku

Tanpa Nama berkata...

bila populariti najib altantuya naik????

Tanpa Nama berkata...

apa sumbanga najib? jet tiada enjin, kapal selam tak boleh selam, altantuya, teoh, rasuah meningkat, ekonomi merosot.........

Tanpa Nama berkata...

cakap tak serupa bikin, rasuah berleluasa

Tanpa Nama berkata...

hampeh belaka

Tanpa Nama berkata...

tumbangkan najib bersama UMNO, kapal selam tak boleh selam, UMNO boleh tenggelam

Qaseh Bonda berkata...

Usia UMNO usia subsidi.

Agak2 yang menonton 270000 orang tu pun berusia subsidi yang rumah kata p kubor kata mari.

Saki baki rakyat yang orang la panggil UMNO piang.

Yang dok seronok sendiri tak payah kerja duit masuk...yang bodo2 dok makan beras subsidi hancur...alih2 bagi ayam pun ayam tak mau...

Lawak, lawak tengok puak2 UMNO piang...

Iktikaf di masjid lagi mulia diusia2 emas.

Raziq Najab berkata...

PERGI JAHANAM DENGAN UMNO!
SEMOGA PADA PRU-13 NANTI KITA SAMA2 MENGHUMBANKAN UMNO/BN KE LONGKANG!

Tanpa Nama berkata...

kembalilah wahai umno kepada islam, berpeganglah kepada tauhid, syariat dan aklak yang dibawa oleh nabi s.a.w

Tanpa Nama berkata...

tiada apa nak bangga ngan najib... ekonomi makin teruk, nak buat GST pulak dah.. jenanyah makin berleluasa, maklumlah PM pon penjenayah juga....