25 Rabiulawal 1431H
Rizal Tahir
KOTA BHARU, 10 Mac: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat permohonan kepada istana Kelantan bagi memohon perkenan mengadap Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
Katanya, surat berkenaan dihantar bagi mendapatkan persetujuan mengadap baginda bersama anggota-anggota Exco kerajaan negeri.
“Sejak keberangkatan pulang baginda pada Khamis lalu pemimpin kerajaan negeri belum lagi mengadap biar pun telah menyambut keberangkatan pulang baginda dari Singapura,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Pada 4 Mac lalu, Sultan Kelantan berangkat pulang dari Singapura selepas mendapat rawatan lanjut di negara itu sejak 24 Mei lalu.
Sebelum itu, baginda menghadapi masalah jantung dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.
Turut menyambut keberangkatan pulang baginda Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.
Bagaimanapun Menteri Besar tidak dapat hadir kerana sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian kerana masalah kesihatan.
Harakahdaily.net/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan