12 Mac 2010

Najib hina kebijaksanaan rakyat

25 Rabiulawal 1431H
Anak Sengat

Najib dilaporkan berita agak mengelabah ketika mengulas berita pilihanraya kerajaan Tempatan akan dilaksanakan di negeri pimpinan Pakatan Rakyat terutama Pulau Pinang. Atas alasan ianya sistem yang telah ditinggalkan dan tak perlu di laksanakan semula, Najib tahu akan kesannya.

Najib beralasan bahawa ianya akan menyebabkan perpecahan di peringkat bawahan. Nampak sangat sempitnya pemikiran PM Malaysia ni.

Kalau dibimbangkan perpecahan apa guna pilihanraya. Kalau alasannya takut berpecah di bawah... berpecah di atas sepatutnya lebih ditakuti dan yang patut dilakukan ialah mansuhkan pilihanraya.

Sebenarnya Najib berfikir untuk negara mengikut acuan Umno. Beliau melihat bagaimana Umno akan berpecah setiap kali pemilihan Umno. Beliau menyangka seluruh rakyat Malaysia setaraf cara berfikir Umno. Sepatutnya pilihanraya melambangkan kematangan dan menghargai kebijaksanaan rakyat. Memberi penghargaan kepada Rakyat memilih siapa yang dilantik mewakili mereka dalam kerajaan tempatan.

Cara ulasan Najib menampakkan penghinaan beliau terhadap kebijaksanaan dan kematangan rakyat dalam berpilihanraya.

Beliau seolah menganggap rakyat Malaysia masih rendah tahap berfikir hingga pilihanraya kerajaan tempatan akan menyebabkan mereka berpecah.

Inilah standart seorang pemimpin utama Umno yang terlalu dangkal dan jumud. Malangnya...beliau juga adalah Perdana Menteri dalam sebuah negara yang mendakwa demokrasi...

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tiada kejujuran jelas selain dari ikut acuan dauble stadart pro pembangkang yang sememang bangga diri konon terpelajar luar mengembara dan orang modern termakan umpu konon citarasa budak zaman sekarang..dari terkekeluar beberepa ahli pkr nampak jelas mereka seperti anda dan orang sehaluan anda bila tidak dapat apa yang di cinta semua salahkan parti yang asal disanjung terlebih lebih sama macam ahli pkr juga pandai agama dan berjaggut,....hati sikit pun tarak sama maa.!!