21 Julai 2010

Hukum membaja tumbuhan dgn najis haiwan

8 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Sudah menjadi kebiasaan para petani menggunakan najis haiwan utk dijadikan sebagai baja. Terdapat perselisihan pendapat berkenaan dengan hukum memakan buah-buahan yang terhasil dari baja najis haiwan. Ianya seperti berikut:

Pendapat pertama:

Ulama mazhab Maliki dan Syafie mengharuskan tanaman dan buahan yang dibaja dengan najis haiwan utk dimakan. Ulama mazhab Syafie mensyaratkan utk halal dimakan tanaman dan buahan tersebut dgn syarat tidak ada bau busuk. Kalau ada bau busuk maka hukumnya adalah makruh.

Ulama mazhab Hanafi tidak menyebut secara jelas berkenaan dgn hukum ini. Mereka hanya menyebut hukum jual beli najis-najis tersebut. Mereka mengharuskan jual beli najis haiwan sekiranya bercampur dgn benda yg bukan najis. Jika tidak bercampur maka hukumnya makruh. Maka difahami dr hukum ini penghalalan tumbuh-tumbuhan yang dibaja dgn najis-najis haiwan kerana mereka mengahruskan baja tanaman menggunakan tahi.

Pendapat kedua:

Ulama mazhab Hambali berpendapat haram tanaman dan buah-buahan yg di baja dgn najis haiwan.

Dalil pengharusan:

1. Sesungguhnya najis-najis yg dijadikan baja akan berubah menjadi zat lain apabila ia sudah sebati dgn tanah yg menumbuhkan pokok yang dibaja. Kemudian tanah tadi akan berubah zatnya menjadi pohon-pohon yg dibaja. Maka najis-najis tadi tidak ada kesan sedikit pun dari segi bau, warna dan rasa di buah-buahan dan daun-daun.

2. Buah-buahan dan daun-daun adalah cabang bagi asal yang bersih dan diharuskan. Setiap yang tercabang dari asal yang bersih dan harus maka ianya adalah harus dan bersih.

Dalil pengharaman:

1. Ibnu Abbas berkata:“ Kami mencangkul tanah2 Rasulullah saw dan memberi syarat kepada mereka supaya mereka tidak mengemburkan tanah dengan najis-najis manusia.” (Hr Baihaqi)

2. Pokok-pokok dan tanaman-tanaman tersebut memakan najis-najis. Proses ‘istihalah’ (perubahan zat) adalah tidak diterima pakai bagi kami(ulama mazhab Hambali).

Keempat-emapat mazhab bersepakat bahwa najis binatang yang halal dimakan boleh dijadikan sebagai baja tumbuh2an.

Faktor-faktor penggunaan baja-baja binatang:

Najis-najis haiwan ini mengandungi nilai nutrien yg tinggi yang mempunyai kepentingan sgt tinggi untuk nutrisi tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi kandungan nitrogen yang tinggi sekitar 60 – 70 %. Ia juga mengandungi bahan-bahan yang lain seperti fosfour, potassium, magnesium dan lain-lain.

Pendapat yang kuat adalah halalnya buah2an dan tumbuh-tumbuhan yang dibaja dgn najis sekiranya tidak ada kesan dari segi warna, rasa dan bau pada tumbuhan tersebut. Ia lebih hampir kepada mazhab Syafie.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagaimana kalau baja itu datangnya dari najis babi?
ada seorang cina memberitahu bahawa limau yg di import dari china mgunakan baja najis babi.
mohon pihak admin blh memberikan pandangan.