21 Julai 2010

PERPADUAN UMNO-PAS: MUFTI PERAK SUDAH LUPA

8 Syaaban 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak yakin akan personaliti Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria mampu dijadikan seorang yang bersikap profesional atau adil di dalam memastikan isu perpaduan masyarakat Melayu / Islam kerana beliau jelas telah di lihat berpihak dengan pendirian politiknya.

Kenyataan isu perpaduan dan penyatuan ini sebenarnya adalah agenda Umno bagi memastikan mereka akan terus berkuasa setelah mana rakyat sudah mula menolaknya.

Malah DPPN Pk menolak Tan Sri Harussani kerana sikap perkauman yang terlalu tinggi dalam memperkatakan tanggungjawabnya dalam bidang tugasnya sebagai seorang Mufti. Semasa berada di luar negara terutamanya (Australia, Jun 2010), Tan Sri Harussani menanamkan sikap pembenciannya terhadap bangsa-bangsa lain dalam ceramahnya kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Islam yang dibawa oleh Rasullullah SAW tidak mengajar umatnya untuk bersikap membenci agama atau bangsa lain tetapi perlu memahami dan mempelajari serta menguruskan perbezaan tersebut.

Sepatutnya Tan Sri Harussani masti bersikap neutral dengan ilmunya yang menampilkan ciri-ciri tokoh yang dihormati dan bukannya sebagai juru cakap pihak-pihak tertentu. DPPN Pk yang pernah mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Harussani pada setahun yang lalu (3 Julai 2009) dan telah menegaskan perkara tersebut.

DPPN Pk akan terus membantah usaha penyatuan ini yang jelas tidak berteraskan Islam dan menafikan tuntutan Perlembagaan Malaysia yang telah diterima oleh semua kaum di dalam negara kita.

7 ulasan:

Teropong Rakyat berkata...

email harussani: harussani@perak.gov.my

ORG2 JAHAT AKAN HANYA AKAN BERBAIK TIKA LEMAH berkata...

SALAM,

Jika benar Umno ingin mencari perpaduan Melayu-Islam, Umno sepatutnya mempelawa sama parti2 yang bermajoritikan Melayu seperti PKR. Jika Umno mendakwa PKR bukan parti Melayu tulen, maka Umno juga bukan Parti Melayu yang tulen kerana ahli2 Umno di Sabah bukan berbangsa Melayu dan Islam. Jika Umno benar-benar jujur, ikhlas, Umno mesti mempelawa PKR bersama- sama, supaya perpaduan yang sebenar, perpaduan melayu akan benar-benar berhasil melibatkan PAS-PKR-Umno. Dato' Harussani Zakaria mestilah memainkan peranan secara profesional bersemuka dan mengambil persetujuan pimpinan PKR, PAS dan Umno.

Jika tidak, kenyataan Dato' Harussani ini hanyalah sebagai perangkap kpd PAS dan Pakatan Rakyat bertujuan mendatangkan syak wasangka dan salah faham dalam kalangan Parti2 Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia amat memahami bahawa pelawaan Umno ini ada kaitan dgn pelbagai masalah yg berlaku kpd Parti2 komponen Be End dan kedudukan Umno yg tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat, termasuklah strategi penipuan/isu2 yg di reka oleh Umno selepas Tsunami politik Pilihanraya Umum ke 12 lepas telah memakan diri Umno sendiri. Isu Babi di Selangor, Kedah dan Melaka, isu Nama Allah, isu liwat 2, isu speaker di angkut & di angkat di Perak, isu ejen asing, Yahudi, CIA kpd DSAI, isu Kg Buah Pala, isu kuota rumah bumiputera di Kedah, isu dlm SPRM dan SPR, PI Bala, Raja Petra Kamaruddin, YAHUDI APCO-ASIASOFT-UMCO dalam Jabatan Polis....dan banyak lagi, dan isu yang terbaru ialah ISU PASIR DI SELANGOR. Semua ISU2 INI DIREKA untuk membohongi rakyat tapi rakyat sekarang sudah celik mata, cerah hati...bukan macam Mak Cik Felda dan Pak Cik Felda yang mudah di tipu oleh Umno-Be End.

Strategi ini sebenarnya pernah dan selalu di buat oleh kerajaan Siam ke atas negeri2 Melayu iaitu ketika Siam lemah, maka Siam akan bermuka manis dan berbaik2 dgn negeri Melayu, tetapi ketika Siam kuat, maka Siam akan menjarah dan menjajah negeri2 Melayu dgn kejam dan zalimnya tanpa belas kasihan. Tapi Melayu mudah lupa dan TIDAK SUKA SEJARAH...

Mungkin selepas ini, Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datin Rosmah Mansor dan Timbalannya Najib Razak bolehlah mengambil dialog Raja lakonan Tuan Direktor Ahmad Nisfu dalam cerita P.Ramlee 'Musang Berjanggut' yg berkata kpd Menteri2nya ..."TAK JALAN JUGAK JARUM AKU!"...

Tanpa Nama berkata...

Jangan layan manusia nyayok dengan kebendaan dunia ni. Lagi satu perkara, nama mufti ni tidak boleh digelar dengan Dr sebab itu hanya anugerah kehormat sahaja. Kalau hendak ditulis pun mesti dalam kurungan (Dr) yang tidak membawa sebarang gelaran.

ismel berkata...

jgn PAS dok layan munke nyanyuk sekor ni.lidah dia terlebih grohh.

Tanpa Nama berkata...

BOLIH PERCAYA LAGI KAH MUFTI NYANYOK NI............MAKIN LAMA DIBIARKAN,MELALUT NAMPAKNYA.KOLAAN,BAGILAH ORANG LAIN PULAK JADI MUFTI,RAMAI LAGI DILUAR SANA YANG LAYAK DAN BERILMU.

Tanpa Nama berkata...

Polarado.
Dari dulu lagi mufti Banjar tu tak pernah kenal perjuangan Islam. Yang dia kenal Me-LAYU. Sedangkan Allah sudah sebut dalam Quran yang bangsa di cipta untuk menunjukkan kebesaran dan keagunganNya supaya manusia saling berkenal-kenalan dan menjalin ukhuwah sesama Islam.YANG WAJIB bagi seorang MUKMIN ialah MENJAGA AGAMA DAN MEMPERTAHANKANNYA,sudah tentu dasarnya ialah wahyu Allah s.w.t-Al-quran dan Hadis-bukan mempertahankan bangsa.Kerana penentu bahagia atau celaka di akhirat ialah Islam bukan MELAYU atau Bangsa-Bangas lain.wallahu A'lam.

Kuda Perang berkata...

PAS Perak yang bertemu TS Harussani... ini yang diolah oleh dia...