21 Julai 2010

Kenyataan Media : Saya masih belum berhasrat nyatakan siapa yang Harussani maksudkan .

9 Syaaban 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Ekoran dari kenyataan media saya mengenai perkara yang berkaitan dengan dakwaan dari Harussani yang mendakwa bahawa terdapat pimpinan PAS yang datang bertemunya untuk membincangkan perpaduan Melayu, saya sebenarnya menerima banyak panggilan dan pertanyaan dari para rakan media dan blogger yang meminta saya mengumumkan nama tersebut, tidak kurang yang kurang berpuas hati kerana saya mengeluarkan kenyataan yang sedimikian dan nasihatkan jangan menimbulkan keraguan sesama Islam.

Sehubungan dengan itu suka saya mengeluarkan kenyataan terbaru mengenai perkara itu.

1. Saya mengulangi bahawa saya tahu dengan siapa Harussani bertemu , namun saya menafikan matlamat pertemuan itu bukan untuk membincangkan isu perpaduan antara PAS dengan UMNO seperti yang didakwa oleh Harussani

2. Saya masih tidak berhasrat untuk mendedahkan dengan lebih jelas maklumat yang saya miliki ini setakat ini.

3. Adapun tujuan saya mengeluarkan kenyataan ini dan kenyataan sebelum ini adalah untuk membuktikan bahawa Harussani untuk sekian kalinya berbohong kerana dalam masalah terbaru ini dia telah melakukan pengkhianatan kepada hubungan dengan orang PAS yang bertemunya untuk tujuan perniagaan namun didakwanya bertemu untuk membincangkan soal perpaduan melayu.

4. Oleh itu mulai dari sekarang saya menasihatkan diri saya dan semua pimpinan PAS serta ahli dan penyokong PAS supaya berhati-hati bila bertemu dan bercakap dengan orang seperti Harussani, kerana ia sekarang telah berubah watak sebagai agen UMNO yang sangat bahaya dan sering memutar belit fakta demi untuk memghalakan apa saja tindakan UMNO walaupun jelas ianya mungkar dan bercanggah dengan hukum Islam.

5. Sepatutnya Harussani terlebih dahulu membetulkan UMNO yang jauh menyimpang dengan perjuangan Islam , malah merupakan parti yang telah merosakkan negara, agama dan bangsa Melayu sendiri. Usaha Harussani saya sifatkan sebagai usaha tukang pembersih tong najis yang badannya penuh berlumuran dengan najis.

6. Harussani setakat ini mengesahkan dirinya sebagai Mufti UMNO dan juru cakap UMNO dalam soal agama, sehinggakan dia telah membutakan matanya untuk kebenaran perjuangan Islam dan membenarkan apa saja yang dilakukan oleh UMNO walaupun bercanggah dengan hukum Islam termasuklah rampasan kuasa di Perak.

7. Kenyataannya mengharamkan non muslim yang merujuk kepada YB. Nga Kor Ming yang membaca Al Quran sebenarnya sangat menguris hati saya kerana itulah yang saya lalui sebelum masuk Islam. Kalau haram membaca Al Quran sebelum masuk Islam, maka apakah saya dan YB. Nga kena baca kita suci lain untuk memahami islam. Bukankah itu tandanya kedangkalan dan sempitnya pemikiran mufti UMNO ini.

8. Kerana itu saya harapkan kalau Harussani benar-benar ingin menceburkan diri dalam politik, maka bersiaplah untuk menawarkan diri untuk mewakili parti UMNO yang hampir karam itu bagi berhadapan dengan calon PAS atau PKR atau DAP dimana-mana sahaja yang difikirkan. Titi Serong pun tidak mengapa.

Kenyataan media, 21 July 2010.

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas YB ..Semangat anda dan usaha anda tidak akan sia-sia... Jangan pandang ke belakang tapi mara dan terus mara kehadapan sehingga bertemu syurga yang dijanjikan..Biar musuh keliling pinggang namun jadilah seperti ikan disekelilingnya laut air bergaram, namun isinya tetap sedap tiada masin yang mencerobohi dirinnya.. sehinggalah kematian menjelma tiba.. (Islam For All)

budak kajang berkata...

well done YB

saya teringin berjumpa YB semasa YB datang ke kajang baru2 ini(ceramah yg di ganggu polis),tapi tak sempat sebab YB naik ke atas.

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua Ahli n Penyokong PAS,

Sama2 kita bersatu n bersama, skng UMNO tgh cuba merosakkn perpaduan ini.

Allahuakbar

DRS. KHALIL IDHAM LIM berkata...

IsnyaAllah dilain masa.....

Tanpa Nama berkata...

saya sokong YB. kita jangan tertipu dengan jawatan seseorang sehingga apa yang dikatakannya betul. Allah dan Rasul tidak pernah menjanjikan kata-kata seorang mufti itu semua benar dan mufti akan masuk syurga. tetapi Allah dan Rasul menjanjikan setiap orang yang beriman dan bertakwa akan masuk syurga denga izinNya. Mengambil kira dari itu mufti juga tidak bersih dan juga melakukannya kesilapan. oleh itu berhati-hatilah kita terhadap suasana ini. jangan tertipu.

Tanpa Nama berkata...

kalau dia mufti...yang goda dia, mufti juga dalam golongan iblis, yang pasti mufti dari kalangan manusia tu dah kalah...disebabkan sukanya dia kepada habuan duniawi...

Tanpa Nama berkata...

sama2 istiqamah dgn perjuangan islam yg suci ini.inilah yg dikatakan hidayah..hidayah ini milik allah...dia boleh beri dan dia boleh tarik.contoh..harussani.ana nk panggil ustaz pn rasanya dia dh xlayak. sorg lg zul kulim.dulu cakapnya dasyat betul sekarg lg dasyat

Tanpa Nama berkata...

pernahkah kamu berjuang menentang usaha murtad seperti Harussani?

Tanpa Nama berkata...

Kalau harusani bertanding di Titi Serong, kami sedia membantu calon PAS yang bertanding, hancur umno, hancur umno, hancur umno. ALLAH HUAKBAR!ALLAH HUAKBAR! ALLAH HUAKBAR!

Tanpa Nama berkata...

....Assalaamu 'alaikum, sy ingin mengimbas kembali ...pada satu kesemptn soal-jawap agama pd suatu pagi Jumaat... d radio Perakfm...sy mngemukakn dua soalan mudah pd Dato Mufti kitani,..soalan prtama: Tolong nyatakn ciri-ciri orang munafik..dan soalan kedua: (merupakan saranan/cadangan sy pd beliau)..sy sangat-sangat bersetuju andaikata Dato Seri menawarkan diri mnjadi calon Barisan Nasional dalam PRK Bukit Gantang nanti! (masa itu belum penamaan calon PRK Parlimen (P059) Bukit Gantang)...Wlaupun soalan tersebut nmpak sperti soalan "Tadika"...namun inilah jawapan beliau melalui radio Perakfm yang siarannya dpt d dngar oleh ribuan manusia,utk kita nilai bersama...jawapan soalan pertama:..Jangan senang-senang menuduh orang munafik, nanti munafik itu kembali kpd kita!...jawapan soalan kedua:..saya tidak berminat dengan politik!(lalu sekaligus beliau menerangkan kpd deejay bertugas pada pagitu,.)..saya tidak hairan dengan soalan-soalan yang macam ini!..malah ramai orang mengata saya macam anjing...(Laa hawla wala quuwataillaa billaahil'liyyil'dzimm)....disini, kenapa beliau sanggup membuka 'aib peribadi "ramai orang mengata saya macam anjing" dalam radio...
...Ya Allah kmbalikanlah kemuliaan marwah hambamu ini..dan ampuni dosa kami...

Tanpa Nama berkata...

Peribahasa terbaru...

"sayang anak tangan tangan kan..
sayang gaji...anta mau ana cakap apa?"