8 Syaaban 1431 H
Oleh: Joseph Sipalan
Bekas Sarjan TUDM, N Tharmendran membatalkan ikatjamin terhadap dirinya selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menolak permohonannya untuk mendapatkan perintah perlindungan.
Tharmendran memfailkan permohonan perintah perlindungan di sebuah balai polis berhampiran.Kehadiran dua pegawai TUDM yang berada di perkarangan mahkamah mengusarkan peguam-peguam Tharmendran yang bimbang anak guamnya itu akan 'ditahan.'
Berikutan pembatalan ikatjamin itu, Tharmendran akan kembali ke Penjara Sungai Buloh - dua minggu selepas dibebaskan dengan ikatjamin RM50,000.
Tharmendran berdepan dengan tuduhan mencuri dan bersubahat mencuri dua enjin jet daripada Pangkalan Tentera Udara Subang pada Disember 2007.
Peguam utamanya, N Surendran berkata Tharmendran membuat permohonan tersebut kerana dia bimbang akan dibawa oleh pegawai TUDM yang sedang menunggu di luar dewan mahkamah.
"Ini menunjukkan bahawa orang yang pernah diseksa sebelum ini, tidak mahu diseksa lagi," kata Surendran mengenai dakwaan pelanggannya diseksa oleh pegawai perisik tentera.
Surendran mendakwa terdapat cubaan dari pihak TUDM untuk menangkap anak guamnya itu untuk dibawa balik ke Pangkalan TUDM 16 Julai lalu.
Menurutnya, beberapa kakitangan tentera udara - tiga lelaki dan seorang wanita - muncul di rumah Tharmendran di Seremban Jumaat lalu bertanyakan tentang "lapor diri ke kem".
"Ibu bapanya bagaimanapun berkata mereka tidak tahu di mana anaknya berada selepas meninggalkan rumah akhir-akhir ini untuk menetap di tempat lain," kata Surendran.
"Perkara ini serius kerana tertuduh bukan lagi Sarjan TUDM dan sudah meletakkan jawatan 28 Mei lalu," kata Surendran.
Hadir pada perbicaraan ini adalah tertuduh bersama K Rajandran Prasad, yang diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo.Pihak pendakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya Ishak Muhamad Yusof.
Mahkamah sesyen menetapkan 6 September sebagai tarikh sebutan kes dan sambungan perbicaraan.
Malaysiakini/-

1 ulasan:
Saya merasa pelik sangat, adakah anggota berpangkat sarjan boleh mengeluarkan enjin jet yang begitu besar dan kehilangannya diketahui setelah beberapa tahun, dari pengkalan/kem tentera pulak tu. Apalah nasibnya? Budak sekolah mencuri minyak rambut code 10 dari pasar raya pun boleh dicegah sebelum dibawa keluar.
Aleh-aleh anggota bawahan yang kena dakwa dan dipaksa (dalam siasatan) suruh mengaku, untuk dijadikan kambing hitam. Ini lah bala ALLAH agaknya. Waktu jadi menteri pertahanan beli kapal besi buruk tak boleh menyelam, enjin jet hilang. Masa jadi PM tak tahu lah apa pula yang bakal hilang, sebelum sesuatu akan hilang, mari kita hilangkan kuasanya melalui PRU 13.
Catat Ulasan